KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 20, 2008

Istana T'ganu tidak anugerah darjah kebesaran

malaysiakini | Istana Terengganu, buat pertama kalinya, tidak menganugerahkan sebarang darjah dan pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan ke-46 Sultan Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin, esok.

sultan mizan zainal abidinSetiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mokhtar Nong mengesahkan perkara itu melalui surat yang diterimanya dari istana berkenaan tetapi beliau tidak mengetahui sebab-sebab upacara itu tidak diadakan seperti sebelum ini.

"Sama ada selepas ini (esok) ada majlis penganugerahan darjah dan pingat kebesaran atau tidak, saya tidak pasti," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah Kejohanan Jet Ski Asean Watercross Super Cup 2008 di Pantai Batu Burok di Kuala Terengganu hari ini.... selanjutnya.

Sementara itu ... menurut buletinonline,

The image “http://buletinonline.net/images/berita9/mercedestrg.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Kerajaan negeri telah membeli 14 buah kereta mewah tersebut dengan kos RM3.43 juta sebagai menggantikan Proton Perdana V6 Executive yang baru sahaja dibeli pada tahun 2004.

Walaupun setiap satu kereta Mercedes tersebut dibeli dengan harga RM245,000 dikatakan lebih murah dari harga pasaran, namun tindakan kerajaan Terengganu ‘kontra’ dengan arahan kerajaan pusat yang menyarankan semua pihak berjimat cermat.

Setiausaha kerajaan negeri Dato’ Mokhtar Nong menyatakan keputusan kerajaan membeli kereta baru tersebut telah dibuat beberapa bulan yang lalu.

Beliau berkata kerajaan membeli kereta tersebut adalah sebagai langkah keselamatan kepada para exco dan menjimatkan kos penyelenggaraan.
Kenyataan itu seolah-olah menafikan bahawa kereta buatan Malaysia Proton Perdana V6 yang dibeli pada tahun 2004 lalu, tidak lagi selamat dan merugikan jika terus digunakan. - Buletin

1 comments:

Anonymous said...

Hancur berkecai hati dan duit rakyat !!!

Posting terkini

Blog Archive