KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 25, 2008

Lain dituduh, lain di siasat

Akuan Bala: Sivarasa disiasat polis
malaysiakini | Peguam penasihat PKR dipanggil polis pagi ini berhubung siasatan akuan berkanun pertama penyiasat persendirian yang mengaitkan timbalan perdana menteri dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

p balasubramaniam private investigator altantuya murder caseSivarasa Rasiah, yang juga naib presiden PKR, bagaimanapun berkata beliau tidak tahu-menahu sebab beliau disiasat tentang akuan P Balasubramaniam.

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata kemungkinannya kerana beliau pernah hadir di sidang media mengumumkan akuan yang menggemparkan itu pada awal bulan ini - termasuk mendakwa Datuk Seri Najib Razak mengadakan hubungan seks dengan wanita Mongolia itu.

Balasubramaniam bagaimanapun menarik balik akuan awalnya dalam akuan kedua pada keesokannya, 4 Julai.

Beliau hingga kini tidak muncul di media dan dipercayai masih bersembunyi.

Najib sendiri menafikan kandungan akuan Balasubramaniam tersebut beberapa jam selepas ia didedahkan kepada media dalam sidang media bersama Anwar di pejabat PKR, Petaling Jaya pada 3 Julai lepas.

Beliau menyifatkan kandunhan akuan itu sebagai "pembohongan yang dahsyat."... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive