KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 25, 2008

Polis cari kesan Anwar di lokap

malaysiakini | Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa selepas ketua umum PKR itu dibebaskan daripada tahanan, satu pasukan forensik memasuki lokap dan mengambil kesan-kesannya termasuk rambut, bulu-bulu dan sel kulit.

anwar ibrahim 060207Mantan timbalan perdana menteri ditahan pada 16 Julai lalu di ibu pejabat polis (IPK) Kuala Lumpur berhubung dakwaan liwat terhadapnya dan dibebaskan dengan ikat jamin pada hari berikutnya.

"Selepas beliau (Anwar) dibebaskan - bahagian ini tidak divideokan - kumpulan forensik (polis) cepat-cepat masuk ke dalam bilik (Anwar ditahan) dan mengambil semua kesan rambut dan bulu, dan mungkin juga sel kulit Anwar," kata Sivarasa Rasiah.

"Adakah (tindakan) ini dilakukan terhadap tahanan reman? Tidak.

sivarasa"Kenapa ini dilakukan dalam kes Anwar? Kenapa hantar kumpulan forensik? Apakah releven siasatan dengan cara begini," kata Sivarasa, yang juga naib presiden PKR, kepada pemberita hari ini.

Beliau sebelum itu memberikan keterangan kepada polis berhubung siasatan akuan berkanun pertama penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang mengaitkan timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Altantuya Shaariibuu.

Tindakan forensik itu, tambahnya "menimbulkan banyak persoalan" dan "motifnya diragui".... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive