KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 2, 2008

Shaiful dan Mohd Shaid .... lebih kurang

Bukan aku nak tunjuk 'terror' tapi waktu aku hilang motor beberapa bulan yang lalu ... lapuran polis aku lagi lengkap dari lapuran milik Shaiful. Aku sertakan gambar, plan lokasi kemalangan, salinan geran kenderaan dan jadual lengkap sebelum kehilangan motor. Dengan lapuran lengkap cam tu, polis masih gagal kesan motor canggih aku. Aku tunggu jugak kalau kalau, pengesan forensik dan pihak polis datang untuk buat siasatan. Tapi tak der jugak. Aku talipon ... diorang kata. Motor hilang ni biasa. Setiap hari mesti ada moto hilang. Mungkin selepas ini aku akan ubah tajuk lapuran polis, supaya diorang buat siasatan segera .... contohnya 'Lapuran polis pengLIWATan motor'.

Korang tengok bagaimana pelajar lepasan UNITEN buat lapuran polis ...... Ni aku ulang tayang lapuran yang dibuat ...

No. Repot: 4350/08, Balai Polis Jalan Travers, K.L.:

Pada 28/6/08 jam 1745 satu repot di HKL oleh Mohd Saiful Bukhari b. Azlan [ No.K/P: 850706-01-5687], umur 23 tahun, kandungan repot:

“Saya Mohd Saiful Bukhari b. Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya.Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondo Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, K.L. Oleh itu tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan ke atas saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Sri Anwar Ibrahim-Ketua Umum PKR.
8 baris ... mengikut keluasan paparan blog aku dan 94 patah perkataan kesemuanya. Cam pertandingan mengarang Hari Kemerdekaan. - Tidak melebihi 100 patah perkataan.

Dia buat 'police report' seperti mahu tak mahu, tanpa sebarang lampiran membantu penyiasatan.... Kalau aku jadi pegawai polis yang menerima lapuran tersebut, aku akan tanya banyak persoalan kerana kes ini melibatkan individu ternama. Seolah olah beliau nak pedajal polis supaya buat kerja lebih atau dia sendiri tak mempunyai bukti yang cukup untuk buat lapuran.

aKalau ini lah bentuk report dari bekas pelajar UNITEN ... aku tak hairan kenapa ramai sangat graduan yang tak berkualiti sekarang ni. Mungkin ada baiknya mamat ini ditendang dari UNITEN kerana bakal rosakkan nama Universiti tersebut ... Mungkin kah ini lah hakikat mahasiswa sekarang ..

Korang ingat tentang Graduan yang pernah di gunakan oleh UMNO seperti Mohd Shaid Rosli dulu ... lebih kurang je style nya....
Nak cepat kaya .... tolong UMNO.

1 comments:

Anonymous said...

setahu saya, dari sumber yg paling dekat, 5 orang pembantu DSAI ditangkap pada 26 Jun 2008. Alasannya atas sebab protes minyak-geramm. Antara 5 orang tu ialah Zulfikar dan si Saiful. Polis lepaskan 4 daripada 5 orang ni. Diorang tahan Saiful. Then, esoknya...keluarlah laporan liwat ni...So, memang saya tahu laporan ni laporan palsu..dia dipaksa..tapi, kesal juga dengan Saiful sebab tidak berjuang..unless kalau dia ada azam utk bercakap yg benar di dalam makhamah nanti supaya orang2 yg memaksa dia buat laporan palsu ni ditangkap, wallahualam...

Posting terkini

Blog Archive