KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Aug 25, 2008

Kenapa Mubahalah perlu ada dua pihak?



Radenjowo

Malam tadi imam muda Ramlang Porigi ada menyatakan bahawa sumpah lakhnat Mubahalah perlu di hadiri oleh kedua dua pihak., lalu sumpah yang dibuat oleh Saiful di kira tidak SAH.

Kenyataan itu di sanggah oleh Mufti Wilayah Persekutuan yang menyatakan keraguan akan kredibliti Imam Ramlang.

Menurut Ramlang lagi, Saiful dikatakan tidak langsung rasa gementar kecuali tersasul sasul ketika mengangkat sumpah dengan membaca tulisan RUMI yang dibawa bersama.

Apa yang dapat kita simpulkan disini adalah,

Umat Islam sekarang sudah tidak takut pada Allah swt. Mereka lebih bimbang sesama manusia walaupun masing masing mengakui beriman pada Quran dan Rasul. Sedangkan perbuatan jahat yang dilakukan seperti tidak mengambil kira tentang anutan dan ajaran agama Islam. Lantas bersumpah sendirian dilakukan kerana tidak mahu berdepan dengan mereka yang difitnah.

Kerap yang berlaku, mereka yang menabur fitnah dan tohmah selalunya akan terkedu kedu di depan mangsa kerana rasa bersalah. Dan kalau merujuk kepada cara yang diajar dan di pelajari oleh Imam Ramlang itu berkemungkinan betul. Namun ... tak mustahil bahawa Sumpah itu SAH, tapi ...benar atau tidak, terletak kepada hati dan diri masing masing.

Kehadiran dua dua pihak perlu untuk melihat riak wajah dan keberanian mereka untuk berdepan antara satu sama lain. Tapi sekali lagi .... sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Ramlang, sumpah tidak mampu selesai masalah kerana mereka perlu hadir ke mahkamah kemudiannya. Sumpah tidak boleh menjatuhkan hukuman pada yang salah selain dari menyedapkan hati masing masing.

Kalau aku di dalam keadaan yang benar dan mengangkat sumpah, esok aku demam. Sekali lagi aku di tuduh kerana di laknat. Tak ke haru jadinya.

So .... fikir pakai logik akal dan sumpah akan benar benar berkesan kalau yang bersumpah itu benar benar beriman. Jangan siang sumpah, malam buat perkara di laknat tuhan.

Kononnya minta di laknat sedang kan dianya sudah lama di laknat. Apa ke bende?

Sekadar hiburan - Sumpah Pocong
Sekadar pengetahunan - Sumpah Pocong dalam politik di Indonesia

1 comments:

Putra IJ80 said...

Mufti Wilayah Persekutuan yang menyatakan keraguan akan kredibliti Imam Ramlang.

Mengapa sekarang MW ini bersuara,mempertikaikan Imam nya??
hanya selepas Imam itu memperjelaskan keadaan dan kedudukan perkara.

Seminggu-dua dulu tido ke???

Ini lah yg. payahnya,bila kedudukan,pangkat,kuasa berkiblatkan duit dan harta dunia.

Posting terkini

Blog Archive