KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 16, 2008

REALITI SEKOLAH HARI INI

Kini anak ku sudah 2 orang yang sekolah. Tanggung jawab sudah bertambah. Kerana bimbang mungkin, aku gunakan sedikit masa untuk berkunjung ke sekolah untuk beberapa hari ini. Masa menanti aku gunakan untuk bertanya khabar dan berita tentang keadaan sekolah. Maklumlah aku hanya hadir ke mesyuarat PIBG hanya sekali sejak anakku masuk ke sekolah. Setelah 4 tahun berada di sekolah yang sama, geli rasa untuk mendekatkan diri dengan PIBG kerana beberapa sebab.

Yang menjadikan aku muak adalah kerana PIBG sekolah tersebut dijadikan sebagai alat politik dan kepentingan hak para ibu bapa yang gila kuasa. Ada yang bersungguh sungguh untuk menjadi Pengerusi untuk menyenaraikan pencapaian diri mereka. Kebanyakan yang tergila gila dengan jawatan tersebut adalah golongan pegawai kastam yang rumah mereka terdapat berhampiran dengan kawasan sekolah. Memperlihatkan tentang bentuk banglo yang besar di satu kawasan kuarters Kastam itu menjelaskan bahawa mereka mereka yang mendiami rumah tersebut adalah golongan pegawai atasan dan berpangkat besar.

Rupanya kegairahannya membawa kepada memonopoli jawatan di dalam PIBG sekolah. Bentuk, cara, keadaan dan perangai memang memalukan. Ramai antara kumpulan pegawai kastam tersebut yang memegang jawatan penting di dalam PIBG. Tanggung jawab tidak seberapa tetapi gila pangkat usah nak kata.

Merujuk kepada kenyataan Hisammuddin (Menteri sotong negara) bahawa ramai ibu bapa yang tidak hadir ke mesyuarat PIBG dan kerana itu maka banyak berita yang tidak diketahui, termasuk tentang yuran dan sebagainya. Secara jelas, menurut beberapa orang ibu bapa dan penjaga yang ditemui, alasan mereka tidak menyertai PIBG adalah kerana terpesongnya tujuan asal penubuhan. Pihak PIBG sekarang banyak yang galak mencipta nama selain dari mencantikkan sekolah dari menjaga keadaan dan pencapaian anak murid. Akibatnya sekolah berhias canggih, anak murid terbiar dan ada antara mereka yang tidak mampu, tetapi PIBG tiada usaha untuk membantu.

Pegawai Kastam yang dilantik menjadi Pengerusi, kelihatan memperolehi barangan percuma termasuk langsir sekolah dan sebagainya. Kerusi bersantai serta pasu bunga disusun indah untuk memperlihatkan betapa berjaya nya sekolah itu. Dari siapa dan bagaimana ianya diperolehi, Wallahualam. Hanya Tuhan yang mengetahui. Kaedah mencantikkan sekolah ini umpama sikap kerajaan Malaysia yang memenuhkan bangunan dan kecanggihan di dalam negara sedangkan rakyat susah.

Aku berkesempatan untuk datang sendiri dan melihat. Cukup lama untuk aku meneliti. Melalui beberapa kali kehadiran sejak awal tahun, baru sekarang ingin menulis tentang keadaan sekolah anak ku. Ramai yang kecewa dengan keadaan disekolah walaupun pada zahirnya ia INDAH. Barangan makanan di kantin berbeza. Awal tahun dan sekarang. Belum pun habis bulan Januari, semua barang makanan sudah naik harganya. Paling kurang kenaikan adalah RM0.20 sen.

Dalam pada itu pihak kantin berangan untuk mempelbagaikan masakan. Kononnya untuk mengisi selera anak murid yang ada. Maka dimasakkan masakan seperti Mee Sup, Meehon Sup yang penuh dengan air dari meenya serta resepi resepi lain. Tiada kandungan perencah yang terdapat di dalam masakan tersebut kecuali air dan Mee. Harga semangkuk RM0.50. Cukup murah. Manakala 'Bebola ayam' dijual sebiji RM0.40 dan nasi lemak kosong RM0.50. Kalau ada ayam yang sekecil dua ibu jari harganya meningkat kepada RM1.00. Nasi ayam pun ada, dijual dengan harga RM1.00. Untuk membezakan antara nasi ayam dan nasi lemak, nasi ayam berwarna kuning dan ayam seketul yang sama saiznya. Tiada sayur dan tiada kuah mahupun sambal.

Memandang kurangnya murid yang mahu membeli makanan makan ketika rehat kerana mahal dan tidak enak, pihak kantin sekolah telah menaikkan harga minuman. RM0.30 kepada RM0.50 dan yang RM0.50 kepada RM0.70. Rata rata murid yang datang membeli minuman adalah mereka yang membawa bekalan dari rumah. Tidak sekarang ramai antara mereka sudah tidak membeli lagi kecuali membawa minuman sendiri dari rumah.

Sedang aku berbincang dan berceloteh, terlihat akan beberapa murid yang duduknya agak terpencil dari kawanan yang lain. Mereka kelihatan seperti dari golongan orang yang susah. Membawa roti dan meminum air kosong yang dibawa dari rumah. Kainnya pula berwarna "BIRU LUNTUR" dan kalau baju kurungnya sudah senteng dan singkat. Menunjukkan bahawa ianya dipakai sejak dulu lagi, tiada bertukar. Wajahnya muram, mungkin pemikirannya juga bercelaru memandangkan kanak kanak lain yang tidak kaya tetapi tidak sesusahnya. Bayangkan betapa susah nya kehidupan sehinggakan baju sekolah yang cuma berharga RM30.00 untuk sepasang pakaian pelajar perempuan, masih tidak mampu dibeli. Ini kan pula untuk membayar yuran dan sebagainya. Ada ibu bapa yang terpaksa berkorban untuk mengurangkan belanja kerja pergi dan balik semata mata untuk membeli baju anak. Itu menurut ibu bapa yang datang ketika itu.

PIBG tidak memandang semua ini kerana fokus dan cita cita mereka untuk mencantikkan bangunan dan sekolah. Pasu yang berharga RM100 pun mereka boleh beli. Baju anak anak sekolah yang cuma RM30.00 tidak mampu dibantu.

Ini lah yang ada di sekolah sekarang. Sistem Pembelajaran percuma adalah OMONG OMONG KOSONG kerajaan Malaysia. Sebenarnya, rakyat masih terpaksa terus membayar. Dan kalau meneruskan sekolah dan melanjutkan pelajaran, kanak kanak tiada lagi biasiswa kecuali pinjaman yang perlu dibayar. Kalau tidak dibayar maka nama mereka di senarai hitamkan sejak remaja lagi. Beruntunglah rakyat Malaysia kerana adanya kerajaan yang pandai berbohong dan bijak menipu. Semuga peristiwa harian kita menjadi pendorong kenapa KITA PERLU TUKAR KERAJAAN. Jangan hanya gila kan pembangunan tetapi rakyat terus papa kedana.

Aku membandingkan kehidupan dulu dan sekarang. Tiada lagi bantuan kasut, fakir miskin dan murid susah. PIBG sudah gila pangkat. Maju pada mereka adalah maju dari zahir. Realitinya rakyat terus miskin dan semakin susah dari hari ke hari. Satu ketika nanti mungkin ramai yang tidak dapat kesekolah kerana kurangnya pekerjaan dan kurangnya pendapatan disamping barangan yang naik harganya. Berterima kasih lah kepada mereka yang memilih kerajaan sekarang kerana mereka tergolong di dalam kumpulan yang bersubahat untuk meneruskan kepimpinan yang tidak tahu erti kasih sayang dan tanggung jawab. Mungkin anda juga tergolong di dalam kumpulan yang sama.

TAIB MAHMUD KAYA, RAKYAT MAKAN KATAK?

Maut selepas makan katak panggang
Star

SIBU: Seorang lelaki meninggal dunia selepas memakan katak beracun yang dipanggang semalam manakala anak saudaranya dimasukkan ke Hospital Sibu setelah muntah tidak henti-henti.

Katang anak Rayun, 40-an, bapa kepada tiga orang anak, meninggal dunia dalam perjalanan ke Pusat Kesihatan Selangau manakala anak saudaranya Ejor Sulaiman anak Undi, 14, beransur pulih.

Undi anak Saga, 35, yang ditemui di Hospital Sibu hari ini, berkata anaknya bernasib baik kerana hanya makan sedikit sahaja isi dan telur katak itu.

Katanya beliau bersama anaknya serta Katang serta beberapa lagi anggota keluarga pergi memancing di Sungai Sepiring tidak jauh dari rumah panjang mereka.

"Saya tak tahu kenapa Katang dan anak saya makan katak itu kerana saya yakin mereka tahu ia beracun," kata Undi.

How to bankrupt the nation, Malaysian style

moosecholet

From a friend of a friend

I refer to the local daily on 31st Dec 2007 quoting , our DPM
saying "The opposition's promises to reduce oil prices if it were to
form a government will only bankrupt the country".

Datuk Seri DPM, I would like to share with you on the same subject on
bankrupting the nation on a bigger perspective. I came from a very
poor family. My mother who lost her husband at the age of 35 years old
had never remarried but maintained the role of a father and mother in
a house. With having no land, no education and a meager income of
RM145 dollars a month, we came out of poverty simply because of mother
persistence and pressure that we must work to better ourselves.

My mother serves the role of the financial manager at home, managing
cash flow and debt. On several occasion we had to borrow a bag of rice
or flour but it she makes a point of repaying back. How does she goes
about and bringing up 4 successful children despite the poor financial
knowledge. The one that she thought me is to make the most out of a
Ringgit.

In this context, I can say the present government financial, purchases
policy and contract actually is the one that will bankrupt the nation.
The government is effectively paying RM 3 for something that cost RM1
when in actual fact by virtue of volume, it could get it at the price
of 80 cents. Let us look at the major transaction that took place in
the last couple of years

a. Purchase of Sukhoi Jets using an intermediary company belonging to
former Malacca Chief Minister - RM 1.8 bill. I was informed by the
company staff (Nor) , who's also the Dato key person that the company
made a clean profit of RM 900 mill of which is distributed to various
funds held by UMNO top people. Logic will tell you that, in the
history of this country military purchases it has always been on G to
G basis and not trough a private entity who has no expertise except
being a middle man. In any country it is the same. Don't give a cock
and bull story that the supplier is giving the commission and they are
the one who insist that they used an intermediary. We have the money,
if we tell the supplier we only deal with principal, they will follow
- those with money are Kings. They are the one calling the shots. When
we can buy 24 aircraft, we just buy 12 and we include other mumbo
jumbo's in the package.

b. Purchase of submarine. Again the same argument applies.

c. RMN ships - We spent RM4.5 bill but where are the ships. How come
money is being paid to builder who has no experience and it cost 3
times more than buying direct in overseas. In actual fact only 2 ships
were built and money for 6 ships has been paid. From what I gather in
the media, the documents pertaining to this payments has disappeared
at the company level as well as at Ministry of Finance level. What a
coincidence.

d. MAS share purchase. Mahathir one says " Melayu mudah lupa". .. well
Tun .. sorry to say not all Melayu has short memory. The government
paid RM8.00 per share for 30% share that is held by Tajuddin Ramli
when the prevaling market price is RM3.50. First of all the government
is the golden shareholder in the company which has certain powers as
dictated by the share holder agreement. There wasn't a need to pay
RM8.00 for a company with NAV of less than RM1.00 (at that time). Even
if has to accumulate enough share to effectively control the company,
they should have bought from the various government related agencies
like EPF who has 20% shares and other agencies like LTAT and the from
the general public. When the prevaling market price is RM3.50, I think
if the government offer RM5.00 every single citizen who hold shares in
the company will sell the share to them. Instead they chose to pay
RM8. What a joke.

Mr. DPM, I believe before we can claim that others will bankrupt the
nation, the government of the day must examine its own records. It has
clearly shown that it is in the process of bankrupting the nation with
a one sided agreement with Toll concessionaires and other contract's.
What I have mention is only the Tip of the Iceberg. What intrigues me
is that when the DG Audit can pick up purchases of cameras and other
small things but they failed to look at bigger purchases.

UMNO JADIKAN MASJID ALAT POLITIK

Masjid Sebagai Rumah Ibadat
kipashikmat

Memang tepat sekali komentar Subky Abdul Latif ( HarakahDaily.Net 14/01/08 ) diatas kenyataan TPM Dato Najib menjanjikan Kelantan sebagai pusat ketemadunan Islam. Itu hanya merupakan propaganda beliau untuk mengelirukan pengundi Kelantan.

Saya tertarik dengan kenyataan bahawa ‘‘Sepanjang 18 tahun Pas memerintah, berapa masjid yang dibina. Saya dimaklumkan hanya satu iaitu di Rantau Panjang. Tetapi sehingga kini projek itu masih tergendala,”katanya.

Mungkin Najib bermaksud bahawa rakyat Kelantan susah atau jarang jarang berjemaah terutama solat Jumaat, tak mungkin. Tuan Guru Nik Aziz mengaku akan kenyataan tersebut tetapi beliau tidak menyatakan kemana orang Kelantan bersolat Jumaat.

Najib impikan Kelantan di bangunkan dengan masjid seperti yang terdapat di Lembah Kelang atau negeri negeri dibawah pemerintahan Umno. Masjid yang tersergam indah dengan ukiran dan tulisan khat yang susah hendak difahami olih jemaah. Hiasan dalaman hanya akan dikagumi olih pengunjung dalam dan luar negara. Hanya untuk mengagongkan keindahan masjid seperti masjid Crystal di Trengganu, Putrajaya dan banyak lagi. Malangnya hasrat untuk dijadikan rumah ibadat tidak kesampaian dan tidak diberi perhatian yang serius. Nasib baik ustaz menyatakan hiasan hiasan khat dalaman masjid adalah bida’ah yang di haruskan.

Masjid masjid yang tersergam indah tidak dimakmurkan bukan kerana ketiadaan jemaah tetapi disebabkan olih pentadbiran dan pengurusan yang tidak berminat.

Sepatutnya imam yang dilantiklah diberi tanggongjawab untuk memakmurkan masjid. Ini tidak, di tugaskan kepada ahli ahli politik Umno yang berminat untuk membodek sahaja kerjanya.

Imam selepas solat terus pulang kerumah atau membuat tugasan lain. Maklumlah elaun imam tidak seberapa terpaksa kena tampung dengan kerja lain. Kadang kadang bila ada kematian kelang kabut mencari tok imam.

Itu tidaklah berapa teruk sangat, ni nak solat magrib atau ishak terpaksa bilal toleh dua tiga kali mencari sesiapa yang layak mengimamkan solat. Saya kata layak sebab kalau ada ustaz tapi fahamannya tak sehaluan tidak layak menjadi imam. Begitulah taksubnya ahli jawatanjuasa masjid yang berhaluan Umno.

Kita pun hairan apakah yang ditakutkan dengan orang orang yang berfahaman bukan Umno. Hendak tazkirah selepas magrib pun susah. Ustaz yang ditauliahkan terhad, padahal pensharah pensyarah pengajian tinggi belambak bolih menyebarkan ilmu.

Inilah Islam ada had ada hari, setakat banyak masjid yang indah belum tentu dapat menjurus kepada ketamadunan Islam yang Najib laungkan.

PENGUMUMAN

Beberapa hari ini pelayar sukar untuk menembusi laman BLOG MARHAEN. Kepada sesiapa yang ingin melayarinya dapatkan laluan sementara ini




http://fisher.globat.com/~marhaen.org/v1/index.html

RTM Gelabah, Talian Terus Di Matikan


tranungkite

Syabas Dr Mansur yang berani memperjuangkan kebenaran malam tadi. Sekalung tahniah dari saya untuk anda kerana berjaya membuatkan RTM menggelabah.

"Isu Semasa" kelolaan RTM malam tadi yang membincangkan Harapan 2008 tiba-tiba "panas" apabila seorang pemanggil yang bernama Dr Mansur mengatakan Harapan 2008 nya adalah untuk bertukar kerajaan.

Lebih menghangatkan forum pada malam itu adalah kerana kelantangan Dr Mansur yang mengatakan para panel buta tuli dengan perkara yang berlaku seperti rasuah, harga barang yang naik dan skandal yang membabitkan pemimpin di pandang remeh dan Dr Mansur mengatakan yang ahli panel pada malam itu pengampu kerajaan terutama OKU yang di lantik Senator itu.

"Jangan hanya anda telah dilantik jadi "Senator" oleh kerajaan maka anda mengikut kata telunjuk kerajaan walaupun tidak benar" antara kata-kata Dr Mansur.

Dr Mansur juga mengatakan yang tindakan ahli panel mempertikaikan pembangkang dikecam oleh beliau kerana pembangkang juga memainkan peranan dalam memperjuangkan yang tidak betul.

Seperti biasa dan di duga, percakapan beliau di potong taliannya oleh RTM. Namun, dengan cepat pengacaranya berkata itulah RTM yang sentiasa mendengar pandangan samada dari pihak menyokong atau tidak. Itu semua hanya sandiweara RTM sahaja.

Sekali lagi tahniah saya ucapkan kepada Dr Mansur kerana bijak menggunakan kesempatan yang ada. Sekurang-kurangnya beliau berjaya membuat RTM menggelabah pada malam itu. Alangkah bagusnya kalau anak Maidin "Bos RTM" menjadi panel pada malam itu. Tentu kelakar. Tau sajalah Anak Maidin yang gelabah itu. Ntah apa arr agaknya ucapan beliau untuk menepis kata-kata Dr Mansur itu.

AMARAN !!! UBAH ATAU PADAH

dipetik: ntbn.wordpress

Lapuran diterima dari beberapa rakan yang mengatakan kekecewaannya dengan sistem perniagaan berunsur PAKSA yang terdapat di Malaysia. Di dalam keadaan ekonomi yang teruk sekarang, mereka terus mencengkam pengguna dengan perjanjian penggunaan yang tidak boleh diterima pakai.

Pelanggan yang gagal membayar, telah menyebabkan talian perkhidmatan di batalkan. Malangnya sekira mereka tidak membayar, caj akan terus dikenakan walaupun pelanggan tidak mempunyai siaran.

Ada rungutan dari Pelanggan ASTRO yang menyatakan bahawa mereka telah memberitahu tentang pakej yang tidak mereka kehendaki kepada telefonis ASTRO, malangnya mereka terus menyiarkan rancangan dari saluran tersebut pada tahun berikutnya, lantas mereka terus dipaksa membayar. Panggilan talipon kepada telefonis sekali lagi dan pelanggan diberitahu bahawa TIADA terdapat permohonan untuk menghentikan siaran. Namun bayar terus bayar dan tidak membayar akan melonggokkan lagi tunggakan yang ada.

Setiap penyambungan semula akan dikenakan bayaran RM20. Dan kerana itu jumlah tunggakan akan bertambah. Ianya membebankan pelanggan. Sudah lah kena langsaikan tunggakan, kena bayar proses penyambungan dan menantikan talian diangkat oleh operator memaksa beliau membayar bil panggilan. Kalau menggunakan prepaid, RM3 sudah pasti dibelanjakan. Pelanggan bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga.

PERHATIAN !!! Pihak SYABAS sedang di dalam proses menyatukan BIL PEMBENTUNGAN dan PEMBEKALAN AIR. Dimana sebelum ini ianya adalah berasingan. Kepada pihak yang tidak berpuas hati, mereka tidak membayar proses pembentungan dan hanya membayar bil pembekalan air. Maka banyak tunggakan bil pembentungan berlaku. Ada pihak pihak yang dilantik untuk menyatukan bil tersebut.

Kaedah ini adalah kaedah yang sama kepada STREAMY dan TELEKOM. Bila bil ini disatukan, maka kegagalan untuk membayar salah satu dari bil tersebut akan menjadikan KEDUA DUA PERKHIDMATAN itu akan dipotong sekali gus.

KETIKA ini, mereka di dalam proses menyatukan alamat, no akaun dan nombor meter air. Selepas semua proses ini selesai, maka rakyat akan diPAKSA menerima CARA mereka. Hanya satu bil akan dikeluarkan. Bil Pembentungan dan Bil Air dengan satu jumlah yang besar akan tertera di dalam BIL dan Pengguna (Rakyat Malaysia) akan dipaksa membayar jumlah tersebut. Walaupun air berkeladak, pencatuan air, dan gangguan bekalan air berlaku tidak kira waktu, rakyat dipaksa terus untuk membayar.

Ini lah yang berlaku di dalam keadaan KEGAWATAN EKONOMI sekarang. Keadaan akan berterusan sekiranya kerajaan (BARISAN NASIONAL) yang sama dikekalkan. Abdullah Badawi dan Menteri yang ada GAGAL membawa masuk pelaburan. Malah mereka dikaitkan dengan pelbagai isu dan penyelewengan. Berita buruk pemerintahan BARISAN NASIONAL telah menular ke luar negara. Isu RASUAH semakin menjadi jadi. Penghakiman tidak telus dan Jenayah semakin memuncak menjadi punca kebimbangan pelaburan. Maka kebimbangan ini telah menyebabkan kelembapan ekonomi. Ianya BAKAL terus berlaku sekiranya mereka terus kekal sebagai kerajaan. Kerajaan yang lemah , tidak kreatif menyumbang kepada kejatuhan ekonomi negara kita.

Apa yang ada hanya lah PEROGOLAN bajet kerajaan untuk mendirikan bangunan dan kononnya pembangunan, di dalam masa yang sama ianya PENGISIAN kantong sesetengah pemimpin. Apa yang anda lihat sekarang adalah lakunan naik turun saham dan nilai wang. Realitinya, rakyat terus malang. Proses jual beli berkisar di dalam negara. Wang keluar negara tanpa kawalan. Pendatang asing menyalurkan wang ke kampung halaman mereka tanpa ada sekatan.

Perlu dijelaskan bahawa keadaan rakyat amat menyedihkan. Segala sumber dan keperluan harian meningkat dan akan terus meningkat selepas pilihanraya. Air minuman disekolah baru semalam sudah meningkat dari RM0.50 sen kepada RM0.70 tanpa sebarang kenyataan. Begitu juga dengan makanan. Anak anak perlu bawa bekalan. Banyak pihak bertindak sesuka hati.

Harga minyak petrol? Kerajaan sekarang sedang menanti untuk kemenangan PRU12, alasan yang sama akan digunakan. Naik harga? Ianya tidak dapat dielakkan. Harga kenaikan MASIH RENDAH dibanding dengan negara luar. Itulah yang bakal diberitahu kita kelak.

Peluang perniagaan terlalu sedikit. Mereka yang makan gaji mungkin kurang menerima impak tetapi yang berniaga, keadaan amat memilukan.

Bersedia untuk berubah dan bersedia untuk tukar pemerintah. Kegagalan berbuat demikian akan menyusahkan terus diri kita. Mahu berlapar atau mahu ubah kerajaan. Semuanya keputusan ditangan anda. Jangan biarkan segolongan manusia yang rakus memonopoli kekayaan yang ada. Jangan sampai sudah kekeringan baru mahu turun ke jalan. Ketika itu semua sudah terlewat. Fikirkan masa depan keluarga, anak anak dan jenerasi kita. UBAH KERAJAAN, UBAH PEMERINTAH !!!

Hishamuddin Hussien perlu segera disiasat

hanfeitsu

Beberapa hari lalu saya ada mendedahkan di blog ini berkenaan dengan Laporan Ketua Odit Negara yang terbaru yang dibentangkan di Parlimen baru-baru ini (bukan untuk dibahasakan).

Banyaklah ketidak cekapan malah penyelewengan yang ada diantaranya berbau rasuah dan salah guna kuasa telah didedahkan dalam laporan tersebut oleh Ketua Odit Negara Tan Sri Amrin Buang. Yang saya dedahkan dalam tulisan saya itu adalah antaranya termasuklah yang melibatkan Kementerian Belia dan Sukan.
Ianya termasuklah tindakan pihak kementerian membeli satu set screwdriver yang harga pasarannya hanya RM40 tetapi pihak kementerian telah membayar sebanyak RM224.94 kepada pembekal.

Selain itu buku rujukan teknikal untuk IKBN yang harga pasarannya RM417 seset tetapi pihak kementerian telah membayar sebanyak RM10,700 seset. Dan banyak lagi penyelewengan melibatkan kementerian ini (disamping kementerian lain didedahkan), termasuklah menterinya memberikan kuasa kepada Ketua Setiausaha Kementerian untuk meluluskan kontrak bernilai RM449.42 juta sedangkan kuasa yang diberi kepada KSU cumalah tidak melebihi RM5 juta.Ini merupakan satu skandal yang besar dan serius kerana walaupun kejadian dikatakan berlaku sekitar tahun 2002, menteri berkenaan kini masih duduk dalam kabinet Dollah Badawi, jika di Kementerian Belia dan Sukan boleh berlaku kepincangan seumpama ini bayangkan kemampuannya kini di kementerian yang lain pula.

Siapakah menteri itu?Menteri Belia dan Sukan dari tahun 1999 ke 2004 adalah Hishamuddin Tun Hussien merangkap Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia!Ketika ditanya pemberita berkenaan isu ini Hishamuddin dilaporkan oleh NST sebagai berkata:It should be investigated.

What is wrong is wrong. Action has to be taken against wrongdoers including me if I have done wrong.Ia septutnya disiasat. Yang salah tetap salah. Tindakan perlu diambil terhadap mereka yang bersalah termasuklah saya jika saya yang bersalah.Prinsip akauntabiliti menuntut pertanggungjawaban bagi mereka yang diamanahkan memikul tanggungjawab.

Tambahan dalam kes ini yang yang terlibat adalah wang kerajaan, milik rakyat Malaysia.Bagi saya menteri berkenaan perlu segera disiasat termasuklah KSU nya ketika itu. Lebih tepat lagi kerana ianya melibatkan kepentingan awam maka menteri tersebut sepatutnya digantung dari jawatan untuk memberikan kebebasan kepada agensi yang bertanggungjawab untuk menyiasat sehingga ke akar umbi.
Pihak BPR perlu segera bergerak dan menyiasat serta membongkar perkara ini. Jika tidak kredibiliti kerajaan pimpinan PM Dollah Badawi akan semakin dipertikaikan. Ini baru satu kementerian, banyak lagi kementerian yang turut disentuh dalam laporan Tan Sri Ambrin itu. Mudah-mudahan maklumat sebenar tidak dipengap dari pengetahuan rakyat. |more...|

No2umno - Aku baru di beritahu oleh pihak sekolah yang berhampiran. Banyak buku buku yang diberikan kepadapelajar, tidak berkualiti. Ada mukasurat yang hilang dan tudak kurang juga dengan mukasurat yang tunggang langgang. Menurut orang dalam yang ditemui. Keadaan itu berlaku kerana masa yang suntuk untuk membuat stok buku buku tersebut disamping tiada pegawai dari Kementerian yang memantau proses kerja pihak percetakaan. Ini lah kerja tergesa gesa Kementerian Pelajaran. Umpama melepaskan batuk ditanggga. Mengarut semua ni....

I can see clearly now...

kosong cafe

|...| For every seat in parliament, on the average, the following number of Malaysians voted for each party:

GOVERNMENT PARTIES
UMNO - 22,782 voters
MCA - 34,652 voters
MIC - 24,616 voters

OPPOSITION PARTIES
DAP - 57,278 voters
PAS - 150,211 voters
PKR - 617,518 voters

Every Malaysian who has continued to vote in BN whilst there have been human beings detained at Kamunting, have been guilty of denying their fellow human beings the basic right of liberty and freedom; the right to be charged and to defend themselves at trial.

After Ops Lalang in 1987, we failed the detainees then by giving BN the vote in 1990.

Let’s not fail our 75 brothers and sisters now languishing in Kamunting.

Nazri says a vote for BN is a ‘Yes’ vote for the ISA.

Well, now vote ‘No’ for the ISA."

Excerpt from a Malaysiakini letter,

Kayveas dares attack Samy, not Rustam
Vijay Jan 15

"But where was this valiant streak when Malacca Menteri Besar Rustam Ali came a-calling at your own annual conference and in public, figuratively spat on PPP? You sat there and simply lapped up all that Rustam had to spew out. You did not even have the self-respect to at least walk out of the hall, let alone take Rustam on. Were you scared that such a demonstration of temerity against even an uncouth Umno Mat Rempit leader would be the death knell of your political career? When it comes to Umno, none of you in PPP, MIC, or MCA have the pluck to stand up. Instead, you grovel and continue to invite them. Oh, I forgot. To respond in like vein would not be in keeping with the Barisan Nasional ‘spirit’.Kayveas’ only consolation is perhaps that he is not alone in his shameless sycophancy. When Selangor Menteri Besar Mohd Khir Toyo attended a recent meeting with Hindu temple representatives to discuss the issue of temple demolitions, the committee - unbelievably - presented a shawl to him, a symbol of respect in the Indian culture."

Raja Petra is fond of saying that 191 division leaders of Umno decide who shall be PM and we know why PM has to treat them with velvet gloves.

There is talk that Khairy might stand in Putra Jaya (where the number of constituents is just over 5,000 and most of them are government servants who are known to follow orders), not only because it is physically nearer the PM’s office.

I summarise them as follows:-

A vote for BN is a vote for ISA
A vote for MCA, MIC, Gerakan, etc. is a vote for Umno
A vote for BN is a vote for Umno is a vote for status quo
A vote for Umno is a vote for Khairy as future PM…
scary isn’t it?


|More...|

Posting terkini

Blog Archive