KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 18, 2008

Video Collection

[No2umno+tube.jpg]

No2umnO Viceo Collection : CLICK LOGO !!!

DENGAN UMNO ... HIDUP SUSAH MATI PUN SUSAH

Lebih 7,000 penduduk tertekan, BN tarik balik kelulusan tanah perkuburan
Ekmal Yusof
harakahdaily

SUNGAI SIPUT, 18 Feb (Hrkh) - Lebih 7,000 orang penduduk Islam di Kampung Tersusun Keledang dekat sini kini menghadapi tekanan dari pihak umno/Barisan Nasional (BN) disebabkan ahli kariah di sini sudah tiada lagi kawasan tanah untuk mengebumikan jenazah-jenazah sekiranya terdapat kematian kerana Tanah Wakaf Perkuburan Islam yang telah digazetkan oleh kerajaan negeri ditarik balik kelulusannya oleh Exco Kerajaan Tempatan Dato' Chan Ko Youn baru-baru ini.

Penduduk-penduduk tersebut yang terdiri dari orang-orang Melayu dan anak tempatan negeri Perak sendiri telah melahirkan rasa hairan dengan sikap pihak kerajaan negeri kerana sanggup menarik balik kelulusan yang diberikan pada 18 Julai 2007.

Menurut mereka, Umno/BN yang ada sekarang telah melakukan pelbagai penganiayaan ke atas rakyat yang bukan sahaja menyeksa mereka yang masih hidup tetapi juga turut melibatkan bagi yang telah meninggal dunia.

Seorang wakil penduduk, Mohd. Rosni Abu Bakar memberitahu Harakahdaily, bahawa Tanah Wakaf Perkuburan Islam tersebut telah pun diluluskan pengunaannya oleh Exco Tanah Kerajaan Negeri Perak, Ipoh pada 18 Julai 2007 lalu di atas tanah kampung.

"Saya pun turut hairan, kalau dulu pihak kerajaan telah pun luluskan projek kebajikan berkenaan maka kenapa pula kemudiannya hendak ditarik balik. Pada hal ianya telah pun digunakan sejak diluluskan sudah banyak jenazah dikebumikan di situ, termasuk yang terbaru ini telah terdapat dua jenazah seorang lelaki dan wanita dikebumikan di tanah perkuburan tanah kampung itu pada 8 Januari lalu.

"Saya pun tidak berapa faham mengapakah kelulusan tersebut hendak ditarik balek oleh Umno dan kerajaannya. Adakah itu bermakna untuk memaksa orang kampung mengorek balik kubur berkenaan untuk dipindahkan di tanah perkuburan yang lain?"soalnya.

Selain itu katanya, penarikan kelulusan tanah wakaf tersebut juga tidak menggunakan saluran yang betul, tetapi hanya diwakilkan dengan Exco Kanan Kerajaan negeri Perak, Dato' Ramli Zahari apabila memanggil beliau sebagai wakil penduduk ke pejabatnya di Bangunan Pejabat Menteri Besar Perak untuk memberitahu secara mulut sahaja. - mks.

GADIS MANIS INI PUN MARAH PADA BN

Kita ingat kita sahaja yang marah. Kalau marah tu memang la macam samseng. Muka makan Sarif Dol kampung dusun. Tapi marah rakyat kepada kerajaan sudah tidak boleh dibendung lagi. Dari Samseng membawa ke manusia yang sopan pun sudah menjadi bengis gara gara dek marah. Kenapa ye? Mari kita baca ......

Kerajaan sekarang? Boleh pergi jahanam
szuraiha.blogspot

Haaa… mcm mana aku nak mulakan ye? Aku tau ramai tak berapa nak masuk cmpur hal ni. Tapi lagi ramai yg sibukkan hal nih. Lagi2 pilihanraya ada kat sebalik corner tuh je. So takpe. Apa2 pun korang baca dulu. Kalau malas baca, skrol je sampai penghujung entry ni pastu tulis kat comment bawah tu ”no comment”. Kalau malas jugak, tutup aje blog nih. Habis cerita. Heh~

Aku malas nak citer menda2 korang tak nmpk. Nnt korang kata aku takde bukti walhal bukti ada je depan mata aku ni ha. So aku sentuh hal2 yg memang ada depan mata korg. Pertama sekali, surat lahabau.. eh.. surat khabau dok kutuk pasal negara kebajikan yg bakal PAS syorkan andai mereka memerintah. Oleh kerana aku ni semngt inkuiri yg tinggi dan curious secara membabi buta, so aku dapatkan lah maklumat pasal kebajikan yg hendak ditawarkan dek PAS itu... so here are the list :-
(panjang nih)

  • Biasiswa (yaaa.. naikkan elaun belajar- tak ke syok?)
  • Pendidikan percuma di semua peringkat negeri. [ya.. bukan setakat free RM4.50 tu je]
  • Menghapuskan tunggakan PTPTN [ini sgt syiioook!]
  • Penghausan yuran pendidikan [mmg patut dari dulu pun..]
  • Penurunan harga minyak kepada satu tahap yg munasabah [negara kita kaya minyak ok]
  • Khidmat kesihatan percuma [mulianye kerja doctor]
  • Penghapusan Akta Universiti Universiti dan Kolej Universiti [yess... hak kebebasan mahasiswa dikembalikan]
  • Meletakkan Petronas di bawah Parlimen, bukan bawah Perdana Menteri [sumpah aku tak tahu selama ni PM yg kontrol Petronas? Patut la...]
  • Rapatkan jurang kaya miskin dan memastikan gaji minimum RM1,200 [baru lah kurang kes pengangguran... tak ramai nak memilih kerja]
  • Melebarkan golongan kelas menengah kepada semua kaum bagi memperkukuhkan ekonomi rakyat [nmpk adil je..]
  • Pertumbuhan munasabah dalam sektor yg menjana pekerjaan [aku belom kerja lagi... huhu~]
  • Dasar makanan yg memelihara ’kemerdekaan dan keselamatan negara’ [ni aku tak paham sket..]
  • Menolak perjanjian perdagangan bebas (FTA) yg mengancam pelbagai industri dan pentadbiran dlm negara [any economist yg boleh terangkan aku hal nih?]
  • Tamatkan pemberian AP makanan seperti gandum, beras dan gula bagi mengelakkan monopoli yg mencekik pengguna. [laa.... selama ni menda2 basic ni di beri AP ke? WTF~?]
  • Tingkatkan kualiti hidup nelayan dgn bantuan kerajaan dan persatuan nelayan capai pendapatan melebihi RM1200 [betol tu.. ingt senang ke kerja nelayan? Tak caya, tnya nurul syuhada pengacara Majalah 3 tu. Sape tak menangis tgk susah payah kerja nelayan tangkap ikan nih, mmg hati katak ler]
  • Membuka ladang2 baru untuk ditawarkan kepada generasi kedua Felda dan mana-mana rakyat yg memerlukan [memang patut pun]

So there you have it, sebahagian kebajikan yg ditawarkan oleh kerajaan pembangkang andai mereka memerintah. Mcm best kan?

Aku bukan nak kutuk lah tapi nak mengata je. Memang aku nak sentuh hal minyak dan tol sebab itu menda depan mata korang. Kalau aku ckp direct, semua boleh paham kan? So, kalau anda bijak bestari, kenapa negara kita pengeluar minyak yg kaya masih mengalami kenaikan harga minyak? Ada org tu kata, sebab kualiti minyak kita lebih sesuai utk penghasilan high degree apa kejadah aku tak paham. Boleh tanya org kimia nanti. Yg pasti, dia nk ckp minyak negara kita ni tak sesuai utk buat petrol kereta. Fine~ dah tu kalau jual kat luar, sure lagi untung kan? So soalan cepu emas seterusnya, mana pergi nye keuntungan minyak negara kita? Meh aku kasik statistik...

Tahun 2005, petronas untung kasar RM58037 bilion. Tahun 2006-RM70200 billion. Tahun lepas-RM76,300 billion. Member aku yg kerja pelantar minyak ckp minyak yg dikorek dek pelantar sebijik adalah dlm RM10juta satu hari. Negara kita berapa byk ratus pelantar? Dalam setahun ada berapa hari? Haaa.. kira sendiri.

Ni aku sentuh pasal untung Petronas je, bukan untung dari segi pelancongan ataupun menda2 lain lagi. So dengar je dulu aku citer psal minyak sebab korang makan minyak hari-hari kan? Kalau amik RM10 billion dari untung petronas dan tampung subsisdi minyak, kita mampu turunkan harga minyak dgn mendadak. Amik lagi RM10 billion utk pendidikan percuma [yes my dearies and darlings yg study2 kat oversea tuh, elaun anda boleh naik mendadak plus pergi sekolah mak bapak tak risau pasal satu sen pun], keuntungan negara masih byk. Takat KLCC petronas tu? Baru RM1.8 billion je. Maintenance KLCC? RM108 juta setahun. Tapi kan.. kan… KLCC tu orang kita punyer ke? Haprak! So parti pembangkang cadang, bubuh Petronas bawah Parlimen dan tumpukan kekayaan hasil minyak utk pembangunan potensi insan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D). Cakap aku ni berdasarkan sumber dari Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri. Korang tak puas hati, ckp direct dgn beliau.

Tol? Alaaaa.. malas cakap boleh? Tol naik naik dan naik. Perjanjian konsesi konon. Sape yg pegang konsesi tuh? Tak ke kroni2 mereka? Siap warning siapa2 yg cuba dedahkn akn dikenakn tindakan ISA. Budusss. Setiap kali aku masuk lane Touch n Go tuh, mmg rasa nak lempang je mesin tuh. Ni aku nak kasi statistik fakta nyata tak payah kira. Kereta kat jalan raya makin banyak, so kereta yg lalu pun makin banyak. Tol pulak mengada2 nak naik jugak? Nasib baikkkkkkkk lah toilet kat R&R Plus tu bersih giler harum semerbak dan FREE. Kalau masuk kena bayar jugak 20posen, sumpah aku bomkan aje toilet tu. Gatal sangat pergi private kan PLUS tu sape suruh. Semua nak kaut untung aje...

Pendidikan. YA Allah.. gatallll telinga dgr mak aku membebel pasal aku kena berhutang belajar nih. Dulu zaman mak aku belajau, segala2nye free. Yuran ke buku ke hape, semua free. Zaman sekrg, budak keluar dari universiti dah kena tanggung hutang. Kerja tak lagi. [aku ler tuh] Education sepatutnye PERCUMA dari segala segi. Sebab itu hak kita sebagai remaja bawah umur. Ada org kata, kang budak2 tak sedar diri pergi clubbing lah bazir duit lah hape. Kalau Pas perintah, ingat clubbing ni legal? Jaaangan harap! Takde clubbing or disco, takde lah bazir duit. Bazir beli menda2 lagha? Bukan ke aku sebut tadi education sajor? Means yuran sekolah/universiti serta buku rujukan itu percuma. Kalau nak kasi elaun pun, kasi yg cukup2 makan je lah. Kalau habis jugak, tu masalah budak2 yg tak reti nak jaga duit lah. Then baru aku setuju kerajaan nak hentam balik rakyat terdiri dari budak2 sekolah yg tak sedar diri ni. Ok? Kerajaan kan tegas. Korang pedulik hape budak2 byk bunyik kan? Sebab dah jalankan tugas dgn adil dan saksama. Yaa... ini aku setuju! Tapi mak aku dulu belajar free, aku belajar sekarang kena berhutang, tak adil tau!

Pastu ada org hentam kata aku tak sedar diri dah ada tempat belajar kerajaan bagi tapi mcm org tak bersyukur. Ye aku bersyukur. Aku bersyukur lepas belajar aku kena bayar balik segala yuran yg aku hutang kat universiti? Hello... aku kena bayar balik kat kerajaan yg tampung universiti tempat aku belajar tu? So, mana ketulusan kerajaan dlm menyediakan tempat belajar utk aku? Ikhlas ke mcm tuh? Kalau hapus hutang PTPTN aku, ye aku akn sujud syukur.

Media? Macam lembu kena cucuk hidung boleh? Langsung takde kebebasan bersuara. Kata sorg tu, tak nak lah keluarkan statement2 yg boleh menyentuh sentimen dan hal2 peribadi negara yg boleh menyebabkan kucar kacir. Malu kat org luar nanti. Aik? Kalau takde apa2, apa nak malu? Kenapa susah sgt nak dedahkan secara telus? Kes demo BERSIH tu, ape kejadah media dok hentam tak tgk perkara yg sebetolnye? Kalau kerajaan ni telus, rakyat tak mengamuk tau? Kalau media ni telus, takde masa nak buat demo tau? Dah TERPAKSA buat demo kerana itu saje cara nak dapatkan perhatian dlm hak keadilan yg sebenarnye. Dan ISA pulak adalah menda sexy yg mencabul hak asasi manusia. Buat malu je negara kita ada ISA ni. Takde chance langsung nak bela diri. Setiap org yg bersalah ada hak utk dibicarakan. Tapi dgn ISA, langsung mulut kena gam, kaki tangan kena ikat. Sape2 tak nmpk gak pasal ISA ni, direct aku cakap, bongok boleh?

Ekonomi? Aku malas ckp byk. Aku bukan org ekonomi, aku org sains. Sebab aku pun tak baca paper seksyen ekonomi. Tahu sikit2 je lah. Pasal Proton. Hicom. Pasal CIMB. Pasal pembaziran bon kerajaan sebyk RM3.8 billion. Pasal Bail-out MAS sebyk RM668.8 juta. Pasal KLIA RM9 billion. Pasal Formula 1. Pasal Bank Islam. Pastu pasal apa ntah lagi ntah. Dapat tahu pun melalui member2 aku yg kerja kat tempat2 tu. So sumber2 aku sahih, bukan dari sumber surat lahabau. Malas nak ungkit sebenarnye. Menda dah lepas. Cuma aku harap takde jadi lagi la lepas nih. Membazir duit cukai mak pak aku je.

Aku bukan kata parti pembangkang itu perfect tapi sekurang2nye mereka menampakkan pemimpin yg menegakkan agama ALLAH. Mostly perkara yg hampir benar lah. Kalau lah Barisan Neraka nih menegakkan hukum ALLAH, mmg aku sokong je tanpa ragu2. Sebagai contoh, ada sorg berkot kolar putih ni sarankan, kalau boleh diadakan bulan membaca, apa kata diadakan kempen bulan solat? Pastu dihentam dek org jubah kopiah ni ckp, kalau dah Islam, mmg semayang hari2 tapi kalau membaca ni bukan hari2. So tak perlu buat kempen bulan solat. WTF? Solat tiang agama, tak tau? Tak membaca, takde dosa tapi kalau tak solat, berdosa besar tau? Besar hikmahnye buat kempen bulan solat nih. Kesimpulannye, bukan semestinye aku sokong org2 kopiah jubah ni, aku sokong org yg tegakkan perkara yg benar je. Dan org yg berkot kolar putih itu adalah org PAS dan org yg berkopiah jubah tu adalah org BN. So toksah lah nak cetekkan fikiran menilai org dari kulit buku aje okeh. Kerana aku bukanlah macam tu.

Menda2 yg aku cakap ni tak sampai 10% dari apa yg ada. Banyak sangat kalau aku bukak cerita. Bukan lah nak kata kerajaan sekarang langsung takde kebaikan, tipu lah tuh. Tapi itu dulu. Kerajaan BN dgn tampuk kepimpinan dulu mmg telus. Nenek aku pun sokong. Tapi biler dah makin lama nih, dah makin seleweng lar. Kebaikan mmg ada tapi dah nampak lagi byk keburukan dari kebaikan. Dalam Islam pun ada kata, kepimpinan pemerintah tak boleh lebih dari 10 thn kerana kuasa yg dipegang itu nanti akn melahirkan ketamakan haloba. Kerana tamak itu adalah sifat semulajadi manusia. Dah lama sangat BN memerintah. Jemput lah turun dan beri peluang pada parti kepimpinan yg lain.

Kepada yg sokong saya, terima kasih saya ucapkan tapi saya SANGAT2 mengalu2 kan seluas2 nya komen2 dari mereka bertentang pendapat dgn saya. Saya sangat menghargai andai korang yg nak hentam saya balik ni, siler jgn hentam membabi buta tanpa fakta. I need facts! Ckp tanpa fakta bagaikan tin kosong ada batu sebijik. Goncang2kan ada bunyi bising tapi isi kosong! Org yg low mentality adalah org yg menghentam dan kutuk saya sambil mengeluarkan kata2 tuduhan melulu seperti tuduhan PAS ni bagaikan anjing menyalak kat bukit. Jangan lah menampakkan kebodohan diri anda. Sangat kasihan kerana saya tak layan org2 low mentaliti mcm ni. Bidaskan lah statement saya dgn fakta2 anda. Kemukakan hujah2 anda. Baru lah bijak! Andai ucapan saya mcm org tak sedar diri, siler sedarkan saya. Saya bukan nak tunjuk garang. Bukan nak tunjuk pandai. Jauh sekali nak berlagak. Saya sekadar nak tunjukkan sokongan kepada pemimpin yg tegakkan perkara yang BENAR. Tu sahaja. Dan melalui statement ini, ALLAH menjadi saksi saya laksanakan tugas menjadi seorang pejuang dlm menegakkan perkara2 yg BeNaR~

Sebab ni je yg aku mampu buat...

Terbongkar : Najib Arah SPR Pindah Nama Ke Pekan !!



cucumatkilau.

17 Feb 2008 Patutlah kita tengok sejak mutakhir ini Dato' Najib, Si Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang kini dikaitkan dengan Kes Altantunya seolah-olah berada dalam kedudukan selesa tatkala menghadapi pilihanraya umum ke-12 ini. Gaya dan gelagatnya kelihatan selamba membuatkan kita tertanya-tanya apakah muslihatnya. Beliau yang kini banyak menyerang dan menggempur Kelantan, jelas sekali seakan-akan membelakangkan pengundinya di Pekan. Walhal, umum mengetahui bahawa kedudukan Najib kini sebenarnya dalam kedudukan yang "Panas", itu belum ditambah dengan isu-isu moral yang melibatkan kreadibiliti beliau. Najib kini nampaknya semakin berkokok ditempat orang. Mungkin agaknya, Pak Lah mencabar beliau agar merampas kembali Kelantan jika beliau mempunyai pengaruh yang kuat dan benar-benar diterima oleh rakyat.

Faktor ini mungkin kerana, Pak Lah melihat Najib adalah seteru politiknya yang bakal menikam beliau dari belakang. Ditambah lagi Najib dilabelkan sebagai orang Mahathir yang kini kononnya menjadi musuh utama Pak Lah. Sikap mantan perdana menteri itu yang dilihat lebih suka mengganggu pentabdiran Pak Lah dan sering mengaitkan nama Najib sebagai pengganti Pak Lah sebenarnya amat menggusarkan presiden UMNO itu. Beliau tahu bahawa masih terlalu ramai orang-orang Mahathir dan Najib yang berada dalam UMNO sekarang ini. Maka itulah, Khairy si anak menantunya itu bakal digunakan sebagai peledak untuk mencantas orang-orang Mahathir dan Najib. Mungkin juga antara mereka yang menjadi sasaran ialah Bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad. Justeru itu kita tidak hairan mungkin selepas ini ramai lagi pemimpin kanan UMNO yang dikaitkan dengan Team Mahathir akan menjadi mangsa politik mereka sendiri. Apa yang pasti, cantas mencantas pasti akan berlaku dikalangan mereka.

Atas dasar itulah, Najib mungkin terpaksa menyahut seruan Pak Lah agar mengembalikan semula Kelantan ke tangan BN/UMNO. Mereka begitu terdesak kini, tambahan pula bila mengetahui Kelantan kini mempunyai aset yang bernilai iiaitu minyak. Lantaran itu, apa sahaja yang dilihat salah pasti akan dilakukan oleh mereka. Matlamat bakal menghalalkan cara !!. Kunjungan yang bertali arus para pemimpin pusat termasuk Najib sendiri ke Kelantan jelas membayangkan BN/UMNO semakin kemaruk untuk merampas kembali negeri itu dari PAS. Bukan sahaja pemimpin utama mereka mengadakan kempen menakluki Kelantan malahan juga si budak hingusan Khairy Jamaluddin (Calon BN bagi kerusi parlimen Rembau dan merupakan calon Menteri Belia Dan Sukan menggantikan Azahlina). Baru-baru ini kita melihat Khairy juga telah menyediakan sebuah bilik gerakan untuk menarik seberapa ramai rakyat Kelantan balik mengundi. Katanya lebih 50 ribu rakyat Kelantan berada di Lembah Kelang dan mereka bakal menentukan masa depan politik negeri itu. Khairy mengandaikan agar rakyat Kelantan terutamanya golongan muda hanya akan mengundi BN dalam pilihanraya akan datang.

Kemungkinan besar, banyak peruntukkan yang disediakan oleh Khairy dalam usaha memunggah para pengundi ini ke Kelantan. Apa yang kita gusarkan ialah, bukan sahaja anak Kelantan dibawa pulang.. namun mereka juga memunggah para penggundi "Hantu" untuk membantu undi di Kelantan itu nanti. Kehilangan terlalu banyak nama daripada daftar pemilih yang diwartakan SPR baru-baru ini, jelas sekali menunjukkan ada tangan-tangan ghaib yang memberi arahan terhadap semua itu. Soalnya siapakah lagi tangan-tangan itu? Mungkinkah Najib atau Pak Lah. Kemungkinan besar itu pasti ada kerana Si Rashit SPR hanya takut kepada dua lembaga ini sahaja.

Soalnya kini kenapa Najib merasa agak selamat kini, walhal beliau pernah ditewaskan di Pekan dalam pilihanraya umum ke-10 yang lalu. Umum masih ingat ketika itu Najib yang sudah kalah telah dimenangkan oleh Undi Pos yang entah dari mana datangnya. Maka akhirnya Najib menang dengan kelebihan majoriti yang amat memalukan kepada calon PAS. Lebih perit lagi apabila kerusi DUN Chini telah dimenenagi oleh calon KeAdilan dengan kelebihan 5 undi sahaja.

Maka, setelah disiasat terbuktilah kepada kita kenapa Najib seolah-olah berasa selamat di parlimen Pekan kini. Antara sebab-sebab utama yang menjadikan Najib merasa selesa menjelang pilihanraya umum ke-12 ini ialah :-

1. Peneroka Felda Disuapkan Dengan Skim Insurans

Najib telah mengumumkan penubuhan skim insurans berkelompok kepada kira-kira 112,000 peneroka di lebih 50 tanah rancangan Felda di seluruh negara dengan caruman premium ditanggung penuh oleh agensi tersebut. Ketika mengumumkan penubuhan skim itu, Najib berkata, polisi insurans berkonsep syariah itu akan berkuat kuasa 1 Mac ini. Menurut beliau, tidak ada sebarang bayaran dikenakan ke atas peneroka termasuk jumlah premium sebanyak RM75 hingga RM80 seorang setahun. Beliau memberitahu, skim insurans itu melibatkan tujuh jenis pelan perlindungan meliputi kematian dan kemalangan diri iaitu bagi faedah kematian biasa, waris peneroka akan menerima perlindungan sebanyak RM10,000. Katanya, bagi kematian akibat kemalangan, keilatan kekal, keilatan kekal akibat kemalangan dan keilatan separuh kekal akibat kemalangan, waris turut menerima sebanyak RM10,000.

Ini bermakna Najib bakal mendapat undi yang besar dari para peneroka Felda di kawasan Chini yang telah menumbangkan beliau dulu. Tambahan pula Chini adalah kawasan Felda yang kritikal dan bila-bila masa sahaja pembangkang boleh merampas kembali kerusi tersebut. Adalah difahamkan ramai SB "Special Branch" yang telah dihantar ke Chini bagi memantau kawasan tersebut sejak beberapa bulan yang lalu. Namun melihat kepada sambutan Anwar baru-baru ini, Najib bakal berhadapan dengan laluan sukar. Justeru itulah skim insurans dianugerahkan kepada para peneroka. Semua ini adalah rasuah pilihanraya yang jelas. Bukankah SPR sepatutnya mengambil tindakan terhadap perkara ini.

2. Undi Pos Angkatan Tentera Kem Tentera Batu 10, Kuantan

Umum mengetahui Najib telah awal-awal lagi mengarahkan SPR membuat persempadanan semula menjelang pilihanraya umum ke-11 lalu dimana Kem Batu 10, Kuantan telah dimasukkan ke parlimen Pekan. Bagi memudahkan kerja jahat itu, SPR telah mewujudkan satu kerusi DUN baru iaitu Pulau Manis. Apa yang menghairankan kita ialah, dari mata kasar memang jelas Kem Batu 10 yang terletak dalam daerah Kuantan itu termasuk dalam parlimen Paya Besar yang diwakili oleh Siti Zaharah (Bekas Ketua Wanita yang dihumbankan oleh Rafidah dulu). Mungkin atas dasar, Najib juga adalah Menteri Pertahanan maka itu Kem Tentera Batu 10 dihadiahkan oleh SPR kepada beliau. Maka itulah. Najib mendapat kemenangan besar dalam pilihanraya umum ke-11 yang lalu. Walhal sebelum itu beliau telah terkena pukulan maut oleh pembangkang dalam pilihanraya terdahulu.

Kita juga tahu, sememangnya tidak langsung wujud ketelusan dalam undi Pos! Apatah lagi yang melibatkan anggota tentera dalam sebuah kem. Biasanya kerja mengundi dijalankan oleh para pegawai atasan semata-mata. Bahkan, anggota tentera terbabit tidak pernah pun melihat kertas undi mereka sendiri. Bayangkan di Malaysia ini terdapat ratusan ribu pengundi pos. Siapakah yang akan lebih untung sebenarnya? Bukankah ianya bakal menjadi penyelamat kepada kawasan-kawasan kritikal yang bakal dimenangi oleh parti pembangkang. Apabila didesak oleh rakyat yang cintakan keadilan supaya undi pos dihapuskan, SPR memberi bermacam-macam alasan dan berdolak-dalih. Inilah yang amat mengecewakan kita sebenarnya. Apapun, sememangnya pada kali ini, Najib agak selesa kerana lebih 10,000 undi sudah pasti menanti beliau dari Kem Tentera Batu 10, Kuantan.

3. Mengarahkan SPR Memindahkan Nama Pengundi Ke Pekan

Terbongkar! Inilah kerja terbaru yang dilakukan oleh Najib dalam usaha memastikan kemenangan mutlak beliau di parlimen Pekan sebenarnya. Maklumat ini Cucu terima secara sulit daripada seorang rakan Cucu yang dikenali sebagai Abg Yie. Beliau, yang berasal dari Kelantan namun sudah lama bermastautin di Kuantan itu menjelaskan kepada Cucu bahawa tiga bulan yang lalu beliau telah dihubungi menerusi panggilan telefon dari Pejabat Perhubungan UMNO Pahang untuk memohon kerjasama bagi pertukaran tempat mengundi beliau dan keluarga ke parlimen Pekan. Beliau yang pada awalnya tidak bersetuju akhirnya terpaksa akur apabila didesak beberapa kali oleh individu terbabit. Selepas itu beliau sekali lagi dihubungi pula oleh pejabat SPR yang mengatakan namanya bakal ditukarkan ke Pekan. Beliau ada mengatakan bahawa pejabat perhubungan UMNO ada menjanjikan "Habuan" sekiranya beliau bersetuju.

Beliau sememangnya tidak bersetuju kerana sememangnya menyokong parti pembangkan sejak dulu, kini dan selamanya. Namun setelah beliau didesak dan sememangnya mempunyai banyak hubungan perniagaan dengan kerajaan maka akhirnya beliau terpaksa akur. Dan kini namanya telah ditukar ke kawasan mengundi di Pekan. Cucu tidak dapat menunjukkan bukti disini, atas sebab-sebab keselamatan dan amanat dari beliau. Namun begitu Cucu telah melihat sendiri nama beliau sememangnya telah ditukarkan ke Pekan. Ini bermakna UMNO dan SPR telah melakukan kerja sebegini sejak tiga bulan yang lalu. Mereka menukarkan dengan sewenang-wenangnya nama pengundi di Kuantan ke Pekan. Bagi beliau, parlimen Kuantan dan Indera Mahkota yang terletak di ibu negeri Pahang itu bukanlah kawasan kritikal. Soalnya disini, itu hanya satu keluarga yang dibongkarkan. Mungkin ada banyak lagi diluar sana yang tidak mengetahui atau takut untuk melaporkannya. Bukankah semua ini atas arahan orang yang berkuasa. Siapa lagi kalau bukan Najib anak Tun Razak ini !!.

4. Sokongan Istana Sejak Turun Temurun

Maklumat sulit yang diperolehi Cucu tatkala Najib ditewaskan dalam pilihanraya ke-10 lalu ialah bantuan daripada pihak istana. Biarpun rakyat tidak sepatutnya menderhaka kepada raja mereka. Namun di Pahang, semua rakyat boleh dikatakan tahu dan faham benar sikap mereka yang mendiami Istana Pahang di Pekan. Maka tidak perlulah diulaskan secara detail disini. Apa yang penting menurut ceritanya, rakyat Pahang sudah masak dan tahu bermacam-macam cerita yang melibatkan pihak istana. Bahkan ada yang mengatakan, sememangnya sudah untuk parti pembangkang berkuasa di Pahang. Ini kerana. kemungkinan besar jika menang di Pahang sekali pun, pasti pentadbiran kerajaan negeri tak akan mampu untuk melayan pihak istana. Inilah yang menjadi kemusykilan kita sebenarnya. Jika dulu pahlawan Hang Tuah ada mengatakan "Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah !!". Tapi hari ini, apakah kata-kata keramat itu boleh digunakan lagi?. Inilah persoalannya.

Apa yang pasti, pihak Istana Pahang pasti akan membantu Najib agar terus berkuasa di Pekan. Sejak dari zaman ayahandanya lagi, jasa keluarga Najib dilihat memainkan peranan yang besar serta menjadi faktor sokongan istana terhadap beliau. Pihak istana melihat, keluarga Najib telah banyak membawa pembangunan ke Pekan. Ianya dikatakan menjadi sebab utama untuk mengekalkan Najib di situ. Lagipun, Najib juga banyak menyumbang untuk istana. Menyedari hakikat ini, sudah pastilah pihak istana amat menyayangi beliau dan tidak mahu tempatnya digantikan dengan orang lain.

Kesimpulan

Mungkin banyak lagi sebab musabab mengapakah Najib merasa selesa di Pekan sekarang. Lantaran itu sanggup memperjudikan Nasibnya untuk meyerang negeri Kelantan. Diganyangnya Kelantan cukup-cukup !!. Ini jelas membuktikan kepada kita bahawa Najib sebenarnya dipertanggungjawabkan oleh Pak Lah untuk mengembalikan Kelantan ke tangan BN/UMNO dalam pilihanraya umum akan datang. Soalnya disini, biarpun segala faktor ini menjadi peranan utama membantu Najib tetapi sebenarnya SPR lah yang bertanggungjawab untuk memastikan Najib selesa sekarang. Menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankan negeri Kelantan daripada jatuh ke tangan mereka. Maka marilah kita sama-sama mengembeling tenaga agar semua ini tidak berlaku. Sama-samalah juga kita berdoa agar Tuan Guru Nik Aziz akan terus kekal berkuasa di negeri "Serambi Mekah" itu, untuk selamanya.

[Ramai yang berpendapat bahawa BN/UMNO memang akan terus berkuasa di Pahang negeri cucu ni. Namun begitu banyak kerusi DUN akan jatuh ke tangan Barisan Alternantif jika pun mereka bermain kotor kali ini. Jika mereka tidak bermain kotor, kemungkinan besar Pahang akan menjadi seperti Kelantan. Apapun, sama-samalah kita terus berjuang ]

BERAPA BANYAK BOHONG DAAAA!!!

Sains, Matematik dalam BI dikaji semula
Oleh Fazli Abdullah dan Norakmah Mat Youb
bharian

GEORGETOWN: Kerajaan akan menimbang permintaan untuk menggunakan semula bahasa ibunda dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik di sekolah rendah, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata, perkara itu akan dipertimbangkan selepas kerajaan melakukan kajian terperinci mengenai keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.


"Bagi lebih masa kepada kami untuk melihat keberkesanan pelaksanaan itu. Kerajaan sentiasa prihatin dan bersedia mendengar setiap permintaan rakyat.

"Bukan orang Cina saja yang minta, orang Melayu juga minta. Jadi, kita akan mempertimbangkan kedua-duanya," katanya pada sesi dialog sempena majlis perjumpaan dengan masyarakat Cina di Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang di sini, semalam. (Bohong ...)

Turut hadir ialah Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina, Tan Sri Lim Gait Tong.

Abdullah berkata, kedua-dua subjek itu yang diajar dalam Bahasa Inggeris pada masa kini, perlu diteruskan untuk melihat keberkesanannya dalam tempoh percubaan.

"Ia perlu diteruskan dulu untuk satu tempoh tertentu. Kemudian ia akan dikaji dan dinilai semula," katanya.

Mengenai kekurangan guru di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC), Abdullah berkata, masalah berkenaan sudah dibincangkan di peringkat Kabinet dan kerajaan sedang berusaha menanganinya.

"Kita memang memerlukan lebih ramai tenaga pengajar untuk melatih bakal guru di SRJKC. Usaha sedang dilakukan untuk menambah bilangan guru" katanya.

Beliau turut membincangkan masalah itu bersama Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting dan percaya ia dapat diselesaikan secepat mungkin.

Menjawab soalan Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Pendidikan Wawasan, Datuk Seri Stephen Yeap Leong Huat mengenai masyarakat berbilang kaum di negara ini, Abdullah berkata, kerajaan sentiasa menghormati kepelbagaian budaya, kaum dan agama rakyat kerana ia melambangkan perpaduan dan keharmonian kaum serta menjadi aset penting negara.

"Kita sentiasa meraikan semua kaum. Tidak pernah terlintas untuk meminggirkan sesiapa. Saya gembira setiap kaum di negara ini hidup dalam aman dan dapat menerima perbezaan budaya. (Bohong ....)

"Syukur kerana sepanjang saya menjadi Perdana Menteri, tidak ada pergaduhan rakyat. Malaysia masih jadi negara yang selamat dan rakyat dapat hidup dengan aman. Salah faham sikit-sikit itu biasalah, sedangkan lidah lagi tergigit," katanya.

Abdullah turut mengingatkan rakyat supaya sentiasa menghormati warga tua kerana budaya menghormati sesama manusia tanpa mengira pangkat adalah amalan masyarakat negara ini.

Perdana Menteri juga memberi jaminan lebih ramai anggota polis akan ditambah bagi meningkatkan kehadiran mereka di sesuatu lokasi demi keselamatan dan keamanan rakyat.

Barisan Nasional (BN) pada 15 Februari lalu mengisytiharkan 2008 sebagai ‘Tahun Merawat Kelantan’ iaitu respons kepada perisytiharan ‘Tahun Melawat Kelantan 2008’ yang dibuat oleh kerajaan Pas.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kempen itu bertujuan memulihkan semula keadaan negeri ini yang ‘sakit’.

Beliau berkata, kelemahan kerajaan Pas yang memerintah negeri ini sejak 1990 menyebabkan Kelantan mundur dalam semua aspek fizikal, kemanusiaan dan modal insan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai peluang Pas di Kelantan pada pilihan raya ini, Nik Abdul Aziz optimis parti itu mampu mencapai kemenangan dengan majoriti dua pertiga kerusi.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, Pas akan mengumumkan senarai calonnya secara berperingkat mengikut negeri dalam tempoh terdekat dengan meletakkan sehingga 50 peratus muka baru di kawasan-kawasan tertentu.

Senarai calon Pas di Kedah, menurut beliau, akan diumumkan pada 21 Februari ini dan parti itu menawarkan Kedah menjadi negeri ‘kebajikan’ seperti Kelantan jika mereka menang.

No2umnO - Berapa banyak bohong lah Dollah Badawi buat di dalam satu hari. Kesian sungguh, dah lah umur dah lanjut. Masih ingat nak terus berbohong dan berbohong. Tak terlintas ke di dalam hatinya untuk taubat dan beribadat. Semoga Allah swt kembalikan diri nya segera taubat dan berhenti berbuat jahat.

UTUSAN MELOYA .... WADAH BERITA BARUA UMNO

Serba ringkas berita yang dikelluarkan oleh Harakah

Rawat Umno dulu - Mursyidul Am PAS

ALOR STAR, 17 Feb (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menyarankan Umno dan BN supaya merawat diri sendiri dan tidak perlu merawat Kelantan, kerana di sana sudah ada doktor dan hospital tersendiri dan rakyat Kelantan sihat belaka.

“Umno yang perlu dirawat, beri Al-Quran Umno tolak, beri perintah Allah Umno tolak, cerita tentang kebaikan Islam juga Umno tolak, jadi seharusnya Umno yang mesti dirawat terlebih dahulu,” katanya.

Dan berita berikut di keluarkan oleh Utusan


Kelantan tidak ‘sakit’ – Nik Aziz
utusan Meloya
ALOR STAR 17 Feb. – Kelantan tidak ‘sakit’ dan tidak memerlukan ‘rawatan’, kata Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am Pas itu ketika mempertahankan corak pemerintahan parti pembangkang itu di Kelantan berkata, Kelantan membangun mengikut acuan sendiri.

Malah, menurut beliau, orang Melayu dan Cina di Kelantan hidup bagai adik-beradik dan menunjukkan kemesraan hidup bersama kerajaan yang berasaskan Islam.

“Rawat penyakit apa? Kalau penyakit kulit, jantung, buah pinggang, darah tinggi Kelantan ada hospital, ada doktor. Sudah lama Kelantan ada hospital ada doktor,” katanya pada sidang akhbar selepas memberikan ceramah di Kompleks Pas Kedah, di Kota Sarang Semut dekat sini malam tadi.

Turut hadir ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan Ketua Penerangan Pas Pusat, Mahfuz Omar.

DI dalam berita harakah, disebut Nasihat TG Nik Aziz kepada Najib untuk merawat diri Najib sendiri dan bukan Kelantan kerana Kelantan sihat walafiat. Manakala di dalam berita Utusan, lebih berceloteh tentang keadaan Kelantan yang tidak sakit. Lokasi yang sama, hari yang sama. Berita yang berlainan. Tidak terperinci. Kerana itu lah TG Nik Aziz selalu sebut dan kutuk media arus perdana yang sering tidak SIARkan apa yang beliau sebut di dalam banyak temubual.

Maka kekalkah Utusan Meloya menjadi wadah berita antara yang meloyakan di Malaysia. Aku berharap sangat agar BN dan UMNO tersungkur. Mahu kulihat apa akan jadi pada kumpulan berita yang macam ini. Adakah terus menjadi barua atau berubah mengikut arus bagai lalang atau menjadi lebih bebas di dalam membuat berita? Semuga doa dan angan angan kita ini menjadi realiti dalam sedikit masa lagi.

Video terbaru Samy Vellu

http://i9.photobucket.com/albums/a63/pemudawilayah/samy-pening.jpg

Samy lagi ...... Ayoyo !!! Kadawaleyy....
KLIK : No2umnO Video

oh election coming!

suyen2888.blogspot

Since brother join malaysiakini, I get the chance to follow him around to expand my understanding of the election. Just today, I get to go to two open houses. The DAP open house as well as Parti keadilan open house.

Is interesting to get to know how reporters carry out their job sometimes. First, you get to sit at the side table next to those important politicians. Second, the food is prepared so you don’t have to line up for food! Aren’t that great. Beside, there is someone there to serve you food as well.

Okay beside the point, I notice reporters is very aggressive with the covering. Lots of chatting, understanding, knowing what will make the headline and very professional too.

Now I finally understand every field has their own expert.

Beside, one of brother’s colleague ask me to join Malaysiakini as a volunteer photographer and this would be interesting. Taking photo, free food, and get to know media field. Anyway, still wondering whether I should send in a résumé to apply or not.

Here is some pictures taken by me and brother. ( i am so sorry other than Anuar i really do not know who is who)

Tekanan meningkat desak S Vellu letak jawatan

K Kabilan

Malaysiakini - Beberapa pemimpin MIC dalam diam-diam bimbang bahawa presiden mereka Datuk Seri S Samy Vellu kini menjadi beban dan seharus
diganti secepat mungkin.

Mereka bagaimanapun tidak tahu bagaimana mahu meyakinkan Samy agar melepaskan jawatannya dalam parti dan kerajaan.

Beliau, yang juga Menteri Kerja Raya, kini bersiap-siap untuk mempertahankan kerusi Sungai Siput dalam pilihan raya umum
nanti, yang telah dimenangi sejak 1974. Beliau juga memegang jawatan Nombor 1 MIC selama 29 tahun.

"Kini kita dapat lihat banyak anggota masyarakat India secara lantang dan terbuka menyalahkan Samy Vellu atas kelemahan
komuniti itu," kata seorang veteran MIC.

Posting terkini

Blog Archive