KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 12, 2008

Khalid selar media isu babi

Utusanloya - Kerajaan negeri Selangor terus berkeras tidak mahu menangguhkan pelaksanaan projek ternakan babi moden di Sepang walaupun digesa berbuat demikian demi menjaga sensitiviti penduduk beragama Islam.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kelulusan oleh kerajaan negeri sebelum ini untuk menggunakan sistem bioteknologi dari Jerman sudah cukup memenuhi setiap kehendak dan syarat diperlukan bagi melaksanakan projek itu.

Menurutnya, proses-proses lain tidak diperlukan kerana ia akan memakan masa yang lebih lama dan ini boleh memburukkan lagi keadaan kawasan itu yang semakin tercemar.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri juga sudah mengambil-alih tanah di situ untuk projek berkenaan.

"Kalau nak dibuat semula kajian-kajian lain, kita nanti terpaksa menempuh rutin yang sama.

"Teknologi untuk melaksanakan projek ini sudah ada, apa lagi yang perlu dibuat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri pertemuan dengan belia dari kawasan Dewan Undangan Negeri Ijok di sini hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggesa kerajaan negeri Selangor mencari jalan penyelesaian terbaik sebelum meneruskan projek ladang ternakan babi bernilai RM100 juta dalam kawasan Parlimen Sepang.

Sementara, bekas Exco yang dipertanggungjawab melaksanakan projek tersebut, Datuk Tang See Hang mendedahkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo sebelum ini hanya meluluskan penggunaan sistem bagi ladang ternakan moden itu.

Kajian-kajian teknikal seperti Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA), persetujuan penduduk dan sokongan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menjadi syarat-syarat keperluan bagi projek itu belum pernah dibuat.

Abdul Khalid turut menyelar segelintir organisasi media yang tidak melaporkan secara seimbang mengenai isu berkenaan.

"Sesetengah media massa khususnya surat khabar tidak menyiarkan isu ini sepenuhnya, hanya sebahagian saja.

"Surat khabar lebih kepada politik, mungkin mereka ada agenda tersendiri," katanya.

Mufti: Jangan tergesa-gesa

Utusanloya- Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berharap peraturan yang dicadangkan oleh kerajaan untuk mewajibkan mereka yang ingin memeluk agama Islam supaya mengisytiharkan status terkini mereka tidak akan menyukarkan atau mendatangkan kerugian.

Katanya, peraturan itu tidak boleh dilakukan tergesa-gesa sebaliknya perbincangan lanjut perlu diadakan bagi memastikan perkara itu tidak memudaratkan mereka yang terbabit.

"Saya setuju dengan peraturan itu tapi masih perlu perbincangan dilakukan," katanya di sini hari ini.

Mohd. Asri berkata, pengisytiharan memeluk Islam tidak menimbulkan masalah tetapi jika mereka yang terbabit diwajibkan memohon keizinan keluarga, ia akan menimbulkan masalah besar.

"Saya tidak setuju sama sekali jika peraturan itu turut memasukkan perkara yang mewajibkan mereka memohon izin keluarga," katanya.


Beliau berkata, jika keizinan keluarga diwajibkan bermakna hasrat mereka yang terbabit untuk memeluk Islam akan terbantut kerana mereka akan berhadapan dengan tentangan.

"Mana-mana orang yang telah dewasa mempunyai hak untuk memeluk Islam dan tidak perlu memohon keizinan keluarga," katanya.

Apr 11, 2008

PM ‘Flip-Flop’ Abdullah bertemu UMNO Johor hari ini

bigdogdotcom
Presiden UMNO PM ‘Flip-Flop’ Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi petang ini bertemu UMNO Johor di Grand Ballroom, Seri Pacific Hotel, Johor Bahru. Setakat ini, pertemuan masih berjalan dan tiada maklumat terperinci yang keluar dari dewan bankuasi itu kerana semua alat perhubungan diminta dipadamkan dalam suasana yang dijangkakan hangat.

Sebelum ini, PM ‘Flip-Flop’ Abdullah telah bertemu UMNO Sabah dan perwakilan yang hadir secara terbuka dan lantang menyuarakan perasaan dan permintaan mereka. Ada laporan menyebut sekurang kurangnya 20 Bahagian UMNO dari Johor mahukan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah ‘bercuti’ dan Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak memangku jawatan Perdana Menteri, sehingga pemilihan pada Perhimpunan Agung UMNO 16-20 Disember 2008 ini.

Semalam, UMNO Kedah dan Pulau Pinang bertemu Timbalan Presiden UMNO Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak dan hasilnya tidaklah memberangsangkan bagi Kepimpinan UMNO. Jelas, akar umbi kini tidak segan silu lagi menyuarakan pandangan mereka dan mahukan perubahan kepada Kepimpinan.

*Perkembangan terkini 5.20pm

Ketua Penerangan UMNO Johor Dr. Mohd. Fuad Zarkashi telah kelihatan keluar Grand Ballroom pada jam 5.10pm. Lima minit kemudian Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin menyusuli.

*Perkembangan terkini pada 5.50pm dan Laporan Lengkap Pertemuan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dengan UMNO Johor

Maklumat dari perwakilan yang menghadiri menyuarat tertutup tersebut, melaporkan hanya tiga orang Ketua Bahagian, mewakili UMNO Johor bercakap.

Ketua Bahagian pertama, bercakap panjang lebar mengenai keresahan ahli UMNO mengenai soal Krisis Kepimpinan UMNO yang melanda, semenjak UMNO kalah di 5 + 1 negeri, gagal meletakan Menteri Besar pilihan dalam 2 negeri dan prestasi yang menurun dalam 5 negeri lain, termasuk Johor.

Ketua Bahagian ini menegaskan bahawa UMNO tidak mahu lagi mendengar sebarang penjelasan tetapi sebaliknya mahukan satu penyelesaian kepada kemelut Krisis Kepimpinan UMNO hari ini. Proses peralihan kuasa dan Kepimpinan UMNO hanyalah penyelesaian yang ada dan diterima majoriti ahli UMNO dan umumnya, rakyat.

Oleh itu, ‘Flip-Flop’ Abdullah diminta menyediakan plan dan jadual peralihan kuasa dan Kepimpinan, sebagai program mengukuhkan UMNO. Dengan adanya rancangan dan jadual peralihan Kepimpinan, ianya akan meredakan suasana tegang dan tidak tenteram akar umbi UMNO seluruh negara.

Contoh diberikan berkaitan proses peralihan kuasa dan Kepimpinan ialah pasca peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Parlimen telah digantung selepas berlaku rusuhan kaum dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah mengambil alih fungsi Kerajaan. Perdana Menteri ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj telah ‘melepaskan Kepimpinan’ kepada Tun Razak Hussein sebagai Pengarah MAGERAN. Pada September 1970, Tunku telah berundur sebagai Perdana Menteri dan pada tahun 1971, Tun Razak Hussein mengambil alih sebagai Presiden UMNO. Pada Ogos 1973, Parti Perikatan digantikan dengan Barisan Nasional dan ianya menjadi kerajaan kongsi kuasa yang lebih mantap. Proses peralihan kuasa dan Kepimpinan adalah terancang dan rakyat kembali tenang.

Peralihan kuasa dan Kepimpinan yang dirancang sebagaimana yang dilakukan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, apabila mengumumkan perletakan semua jawatan pada Ucapan Pengulungan Presiden UMNO 22 Jun 2002 dan akhirnya berundur sepenuhnya selepas selesai Persidangan OIC, pada 31 Oktober 2003 diterima baik rakyat dan semuanya berlaku dalam keadaan tenang juga dihuraikan sebagai contoh.

Pemimpin UMNO Bahagian ini, yang juga baru baru ini dipilih menjadi Ahli Parlimen juga menekankan bahawa proses peralihan kuasa Kepimpinan UMNO ini akan memperlihatkan kehebatan UMNO dan akan mengembalikan keyakinan dan seterusnya sokongan rakyat kepada UMNO dan BN. More...

DAP-Abdullah pakat ke? - Mahathir

mahathir malaysiakini interview 070207Malaysiakini
(...)
Dalam suratnya kepada The Star, mantan perdana menteri itu berkata beliau mengucapkan terima kasih kepada pengerusi DAP Karpal Singh kerana "menyelesaikan satu misteri yang mengganggu fikiran saya sepanjang lima tahun lepas."

Selepas membuka kenyataannya dengan perenggan tersebut, Dr Mahathir berkata beliau sudah masak dengan kritikan, malah serangan, anggota-anggota DAP termasuk "isu-isu penyelewengan yang dikhayalkan oleh mereka."


"Bagaimanapun, selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan saya, salah guna kuasa dan kesalahan terang-terangan pihak kerajaan jarang sekali diulas oleh tokoh-tokoh DAP seperti Karpal dan Lim Kit Siang," katanya dalam surat 'A Political Mystery is Finally Soved'.

"Saya bingung. Saya tidak percaya kepada cadangan bahawa wujud 'pakatan' (konspirasi) antara Abdullah dan DAP."

Dr Mahathir menjawab kecaman Karpal terhadapnya dalam kenyataan kelmarin. more...

Salahkan pengerusi BN

ishak ismail and umno negeri sembilan azman hassan grafittiMalaysiakini - Saranan itu dibuat, tambah ketua bahagian Seremban, kerana merekalah yang bertanggungjawab memilih senarai calon BN baru-baru ini.

"Persoalannya adakah Abdullah berani mengambil tindakan ke atas pengerusi BN di negeri-negeri tersebut.

"Kerana perdana menteri memerlukan sokongan pengerusi BN negeri untuk mengukuhkan kedudukannya," kata Datuk Ishak Ismail ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Sebelumnya, kira-kira jam 11 pagi tadi, Ishak mengulas perkara yang sama di sidang medianya di Seremban.

Ishak mendakwa, pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan telah menggunakan kuasanya untuk memilih calon BN mengikut kehendak hatinya.

"Beliau telah memilih calon yang disukainya sahaja dan menolak senarai calon yang dikemukakan oleh bahagian-bahagian. more...

Umno div chiefs: 'We don't want Pak Lah'

THE SMS have been coming thick and fast, as do reports on various news portals and blogs - the majority of Umno division chiefs in Kedah and Penang yesterday said they don't want Datuk Seri Abdullah Badawi to continue to head the party.

Today, division chiefs of Johore Umno meet Pak Lah and will make known their feelings to the Prime Minister. The Kedah and Penang chiefs gave their views loud and clear to party deputy president Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Since the closed-door meeting was with Najib, the division chiefs could speak freely and candidly. And they had asked Najib, who led a small delegation which include vice presidents Tan Sri Muhyiddin Yassin and Datuk Seri Mohd Ali Rustam, to convey their views to Pak Lah. more...

10,000 Dijangka hadiri perhimpunan Gelita 14 Isnin ini

KeADILan

KIRA-KIRA 10,000 orang dijangka menghangatkan majlis sambutan ‘Gelita 14′ yang akan diadakan isnin depan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di ibu negara.

Menurut Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali perhimpunan ini juga akan lebih bersejarah apabila Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim, buat pertama kalinya akan menghadiri perhimpun tersebut dan akan menyampaikan ucapan julung kalinya selepas pilihanraya.

“Anwar akan menyampaikan ucapan perdana yang pertama selepas pilihanraya umum lalu. KeADILan juga mengundang pemimpin PAS dan DAP untuk majlis tersebut,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KeADILan, semalam.

‘Gelita 14′ disambut setiap tahun sebelum ini bersempena tarikh Anwar dijatuhkan hukuman bagi kes pertama pada 1999.

Sambutan ini pada tahun-tahun awal 2000-an biasanya bersifat demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur anjuran aktivis Gerakan Reformasi dan penyokong KeADILan.

GEMPAR !!! Pak Lah akhirnya mengaku

Saya penyebab kemerosotan prestasi BN: PM
Bharian
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata, beliau adalah penyebab kepada kemerosotan prestasi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu. Perdana Menteri yang juga Presiden Umno berkata demikian dalam perjumpaannya dengan ahli jawatankuasa Perhubungan Umno Negeri, di sini, petang ini.

Rujuk: Malaysiakini
Berita bernama: Abdullah Akui Beliau Antara Penyebab BN Kehilangan Undi

No2umnO - Pening aku. Hari ini 11hb April ... selang 3 hari perjumpaan Anwar untuk sambut BLACK 14..... Dikatakan pengumuman penting akan dikeluarkan. Apakah pengumuman tersebut? Adakah ada kaitannya dengan pengakuan Pak Lah ini?

Polis kenal pasti punca prebet mati

Bharian - Polis sudah mengenal pasti motif berhubung kematian prebet Mohd Shahrizal Mohd Shaffie, 27, di Pusat Tahanan Angkatan Tentera (PTAT), Kem Sungai Besi, di sini Ahad lalu, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ku Chin Wah.

“Kami tahu lebih kurang apa sebenarnya berlaku.. tapi biarkan kami siapkan kertas siasatan dulu, semuanya masih dalam siasatan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri upacara sembahyang Agama Buddha bersempena Hari Polis ke-201 di Kuil Maha Whara, Jalan Berhala, Brickfields di sini, hari ini.

Beliau berkata, setakat semalam 11 orang ditahan bagi membantu siasatan kes dan tiada lagi tangkapan dibuat selepas ini.

Kematian Mohd Shahrizal dari Rejimen I Askar Melayu Diraja menimbulkan tanda tanya apabila keluarganya diberitahu mangsa mati akibat sakit perut, muntah dan terjatuh di tandas pusat tahanan itu. more...

Posting terkini

Blog Archive