KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 12, 2008

Khalid selar media isu babi

Utusanloya - Kerajaan negeri Selangor terus berkeras tidak mahu menangguhkan pelaksanaan projek ternakan babi moden di Sepang walaupun digesa berbuat demikian demi menjaga sensitiviti penduduk beragama Islam.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kelulusan oleh kerajaan negeri sebelum ini untuk menggunakan sistem bioteknologi dari Jerman sudah cukup memenuhi setiap kehendak dan syarat diperlukan bagi melaksanakan projek itu.

Menurutnya, proses-proses lain tidak diperlukan kerana ia akan memakan masa yang lebih lama dan ini boleh memburukkan lagi keadaan kawasan itu yang semakin tercemar.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri juga sudah mengambil-alih tanah di situ untuk projek berkenaan.

"Kalau nak dibuat semula kajian-kajian lain, kita nanti terpaksa menempuh rutin yang sama.

"Teknologi untuk melaksanakan projek ini sudah ada, apa lagi yang perlu dibuat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri pertemuan dengan belia dari kawasan Dewan Undangan Negeri Ijok di sini hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggesa kerajaan negeri Selangor mencari jalan penyelesaian terbaik sebelum meneruskan projek ladang ternakan babi bernilai RM100 juta dalam kawasan Parlimen Sepang.

Sementara, bekas Exco yang dipertanggungjawab melaksanakan projek tersebut, Datuk Tang See Hang mendedahkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo sebelum ini hanya meluluskan penggunaan sistem bagi ladang ternakan moden itu.

Kajian-kajian teknikal seperti Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA), persetujuan penduduk dan sokongan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menjadi syarat-syarat keperluan bagi projek itu belum pernah dibuat.

Abdul Khalid turut menyelar segelintir organisasi media yang tidak melaporkan secara seimbang mengenai isu berkenaan.

"Sesetengah media massa khususnya surat khabar tidak menyiarkan isu ini sepenuhnya, hanya sebahagian saja.

"Surat khabar lebih kepada politik, mungkin mereka ada agenda tersendiri," katanya.

1 comments:

Anonymous said...

aku melayu tp aku rasa org politik melayu ni bodoh suma...xkirala BN/PR
yg untung bangsa lain.hangpa nk bela babi 1juta ekoq pn pi la wat kt kaw. cina.biaq depa kena JE.ni nk wat kt kaw. islam (kt melaka pn sama)..ada otak ka hangpa ni??bangsa kita ni asek nk kompromi ja.blogger dok ckp UMNO racist,tp cuba tgk DAP lg racist.teresa kok cauvinist tu mcm nyonya.ckp pn xbetoi (pro cina)..yg aku respek dr. tan seng giaw ja.bg aku pas/pkr sokong babi juz for their political mileage ja..depa tau depa xkan menang tanpa skongan bangsa lain...sedih aku tgk org melayu mpertahan kandang babi kt area melayu..what a shame!!...kadang2 kita kena tgk isu gak.jgn main sokong ja-(aku pn undi PAS gk tp kt kedah la)

Posting terkini

Blog Archive