KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 12, 2008

RADIO SELANGOR FM AKAN DIARAH KELUAR - Shabery Cheek

 Bernama - Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata beliau akan mengarahkan Radio Selangor FM yang dikendalikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) supaya segera keluar dari Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam berikutan kata dua dari Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kita akan dapatkan tempat lain yang sesuai untuk menempatkan Radio Selangor FM. Yang pasti kita akan terus menghampiri hati rakyat negeri Selangor menerusi siaran Radio Selangor FM," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan bahawa Abdul Khalid telah meminta stesen radio berkenaan agar tidak lagi beroperasi di bangunan tersebut sekiranya tidak mahu menyiarkan visi dan program kerajaan negeri itu yang kini diperintah pembangkang.

Abdul Khalid dilaporkan berkata beliau mahu menggunakan siaran radio tersebut untuk berhubung dengan rakyat, tetapi permohonan beliau itu belum mendapat maklum balas dari RTM.

"Saya rasa terkilan di atas kata dua yang diberikan oleh Menteri Besar Selangor yang bersifat mengugut dan mengancam. Ini mencerminkan satu hubungan yang tidak baik antara kerajaan negeri dan persekutuan.

"Saya sudah berbincang dengan pegawai saya dan saya akan mengeluarkan arahan supaya Radio Selangor FM keluar daripada bangunan itu," kata Ahmad Shabery.

No2umnO - Diskriminasi di dalam penyiaran. Menghalang kerajaan baru buat kenyataan. Rujuk kenyataan sebelum ini oleh TS Khalid Ibrahim, RADIO SELANGOR FM HALANG MB BUAT PENJELASAN.

3 comments:

Malaysian Makcik said...

Shabery dah tunjuk belang.....

konon cakap "kita akan terus menghampiri hati rakyat negeri selangor menerusi siaran radio selangor"

i said "menghampiri rakyat" my foot!

rasta_nails said...

salam...
steady la tan sri khalid..
lepas nie harap nye ken ekat media prima pulak..
baru la adil...
TAKBIR!!!!ALLAHUAKBAR!!!

rasaBijak said...

"Saya rasa terkilan di atas kata dua yang diberikan oleh Menteri Besar Selangor yang bersifat mengugut dan mengancam. Ini mencerminkan satu hubungan yang tidak baik antara kerajaan negeri dan persekutuan."


ermm.. talk to the hand laa sobri..

Posting terkini

Blog Archive