KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 18, 2008

Malaysia's deputy PM rejects defections claim - report

Msn - Malaysia's deputy prime minister has rejected opposition claims it has the support of enough defectors from the ruling coalition to seize power, reports said Thursday.

The Barisan Nasional (BN) coalition lost its two-thirds majority in parliament and control of four states in March 8 general elections in the worst performance of its half-century rule over Malaysia. Five states are now in opposition hands.

Opposition leader Anwar Ibrahim has said government lawmakers from Sabah and Sarawak states on Borneo island have approached him about switching sides although none has declared such intentions publicly.

'So far, there's no indication of BN elected representatives wanting to cross over,' Deputy Prime Minister Najib Razak was quoted as saying in The New Straits Times.

'I don't believe we are in a crisis to be toppled at any time. Still, we will monitor the situation and not take things for granted,' he said.

Anwar's claim that 'we have enough MPs to topple the government' was made Monday as he celebrated the end of his ban from politics with a rally.

'We are saying here for the first time that we are ready (to rule the country),' he said.

'But we will only enter when the majority is comfortable,' Anwar told reporters after his speech to 10,000 supporters was cut short by police, who said the gathering was illegal. more...

Mufti Perlis: Hentikan Islam Hadhari!

Mstar - Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin lantang menegur agar Islam Hadhari dihentikan segera. Beliau sifatkan jenama Islam Hadhari sebagai salah satu sebab kekalahan Barisan Nasional baru-baru ini.

"Saya sudah banyak kali menegur tentang Islam Hadhari sebelum ini tetapi kurang mendapat perhatian," kata beliau yang menyuarakan ketidakpuasan hati di dalam ruangan Pena Mufti semalam di bawah tajuk...'Jika pemerintah bertaubat dengan taubat nasuha'.

Artikel beliau yang disiarkan di dalam akhbar perdana semalam mendapat banyak reaksi dari beberapa pihak di mana rata-rata menyokong keberanian beliau menegur kepimpinan dan isu politik yang sedang berantakan dewasa ini.

"Banyak perkara yang patut saya komen tentang Islam Hadhari. Sejak dahulu saya selalu mengelakkan dari menyebut jenama yang mengundang ‘seribu kekeliruan itu’. Saya akan menulis tajuk khas mengenainya, insya Allah. Apa yang penting banyak perkara perlu dibetulkan.

"Bertaubat!. Kembalilah kepada Islam yang murni lagi asal seperti zaman Nabi s.a.w. Islam yang terbukti membangunkan kehidupan masyarakat yang aman lagi harmoni dunia dan akhirat. Tokok tambah agama hanya menghilangkan keaslian dan keberkatan dari Allah."

Dr Asri turut memetik satu rangkap di dalam artikel beliau semalam yang jelas memperkatakan isu pasca politik yang 'bercelaru' sekarang.

"Wahai pemimpin! Pena saya tidak menzalimi anda. Sudah setahun, saban minggu ayat-ayatnya berbaris di sini. Bukan untuk menjatuhkan, tetapi mengajak melihat bersama laluan di hadapan. Allah yang memberi kuasa kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan mencabutnya dari sesiapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya taubat adalah penghalang bala bencana.

"Firman Allah: “Dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedangkan mereka beristighfar (meminta ampun)”. (Surah al-Anfal: 33).

Kata Dr Asri, "Ramai yang tidak berani berterus terang tentang isu 'Islam Hadhari' ini. Ini adalah kewajipan saya."

Menurutnya, istilah atau jenama 'Islam Hadhari' itu menakutkan orang kampung.

"Ada yang berfikiran ia satu agama baru sedangkan itu tidak benar. Ada juga yang keliru mengatakan pakaian separuh bogel adalah fahaman dari Islam Hadhari. Jadi saya syor hentikan saja uar-uar pasal Islam Hadhari kerana ia mengelirukan.'

Katanya, hala tuju negara hendaklah digaris dengan jelas.

"Saya kadang-kala melihat seakan generasi muda melayu Islam di negara ini dicandukan agar tidak lagi mampu berfikir dengan seimbang. Hiburan-hiburan yang melebihi dari tahap keperluan dan tidak memiliki matlamat yang jelas seakan sengaja dilambakkan untuk hidangan mereka.

"Inilah yang kelihatan dalam media-media kita sedangkan ketika yang sama gendang ‘Islam Hadhari’ dipalukan. Sebagai tanda restu atau sebaliknya, saya tidak pasti. Lalu anak muda kita dalam khayal dan mabuk, dadah, keruntuhan akhlak dan berbagai," kata tokoh agama yang berfikiran kritis ini.

Katanya lagi, "Apa yang berlaku dalam politik hari ini adalah dosa-dosa semalam yang terpaksa dipikul oleh kepimpinan hari ini dicampur dengan kelemahan yang ada. Janganlah orang semalam hanya pandai menuding juri kepada pemimpin hari ini seolah-olah mereka begitu bersih.

"Keadaan yang teruk ini adalah dosa warisan dan semasa. Apa yang kita bimbang jika kita merebahkan pemerintah yang lemah tiba-tiba diganti dengan yang lebih buruk hati budinya," kata Dr Asri.

AZREEN



MISSING TEEN REUNITED WITH FAMILY: Che Siti Nor Azreen, 13, who went missing last December, returned home from Indonesia to be reunited with her family last night. She was acompanied by her father at the Low Cost Carrier Terminal in Sepang yesterday. Read more...

MIKE TYSON KONGKONG MAJLIS, RAMAI KECEWA KELUAR DEWAN?

Kudakepang - Friday, April 18, 2008

Pada Rabu, 16 April 2008, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rombongan Jawatankuasa Pengurusan UMNO Malaysia mengadakan perjumpaan tertutup dengan para pemimpin UMNO Selangor.

Sumber-sumber memberitahu blog ini bahawa terdapat beberapa pemimpin UMNO Selangor yang meninggalkan dewan pertemuan sewaktu sessi soal-jawab.

Mereka dikatakan kesal kerana Ketua Penerangan UMNO Malaysia merangkap Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib, telah mengonkong sessi tersebut.

Beliau dikatakan telah menunjuk siapa yang perlu diberikan peluang bercakap dan mereka diizinkan bercakap pula diberikan tempoh yang amat singkat untuk meluahkan pandangan atau kritikan masing-masing.

Untuk mengelakkan ketegangan suasana, segolongan hadirin pun dikatakan keluar meninggalkan dewan.

Saya harap info di atas silap. Saya harap Mike Tyson tidak berbuat seperti apa yang dilaporkan ke blog ini. Tapi, kalaulah info ini benar, sebagai ahli UMNO, saya pastinya turut kesal dengan apa yang telah berlaku! – Ruhanie Ahmad

Rencana pengarang BH bukti Umno nyawa-nyawa ikan

Harakahdaiy - Semalam (16 April) saya 'terbeli' Berita Harian. Saya sudah lama tidak beli akhbar ini. Meluat, tetapi semalam 'terpaksa'. Terkejut saya melihat ada rencana pengarang di muka depan. Tajuknya 'Henti segera tuding jari'.

Setahu saya rencana pengarang ditempatkan di muka dalam, misalnya muka 8 atau 10. Tentulah ada perkara besar yang hendak diberitahu sehingga rencana pengarang diletakkan di muka depan.

Betul tekaan saya. Rencana pengarang itu menyeru ahli dan pemimpin Umno berhenti daripada bercakaran termasuk mendesak PM dan Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan, atau dalam bahasa lembut, meminta Abdullah menyediakan pelan pemindahan kuasa.

Apabila seruan dibuat di muka depan, bermakna tanda amaran (merah) dinyalakan. Hal ini diibaratkan ambulans membunyikan siren dengan lampu merahnya berkelip-kelip, memberi amaran kepada kenderaan lain supaya memberi laluan.

Pesakit dalam ambulans itu adalah Umno, keadaannya sudah nazak. Mungkin sedang bergantung kepada talian hayat. Kini Umno sedang dirawat seperti diakui Ketua Wanita, Rafidah Aziz.

Teman-teman di sisi Umno seperti MCA, MIC dan Gerakan perlu berhati-hati kerana sebelum mati, Umno akan memberikan terajang terakhir.

Harap-harap rontaannya benar-benar yang terakhir kerana jika ia membela makhluk...ia akan nampak hidup (seperti kuat makan) tetapi hakikatnya sudah mati.

Siti Nur Azreen has Returned

Kickdefella
(...)

Husam then used his Kijang Care to form a team of four people including Alex who is with Migrant Care, which got vast networking in Indonesia and sent them to Lombok in search of Siti Nur Azreen. Husam reported the journey in his personal blog, Cetusan Hati.

“She is 13 years old, the post-traumatic period will be difficult for her. Please respect her privacy, that is what is best for her”, Husam appealed to the press.

In the press conference held at LCCT, Husam lashed out at the Malaysian Police which despite all the networking and intelligence machinery, yet failed to utilise it for the right purposes and in this case, solving the missing person case.

Husam also is very upset with the Ministry of Foreign Affairs and the Embassy of Malaysia for not making it easy for them to bring back Azreen. more...

DBKL, Oh DBKL! Tidur lagi ke?

Wee Choo Keong
Had a round table meeting with DBKL this morning but was utterly disappointed with their lackluster attitude and work ethics. I couldn't help but walked away from the meeting with this conclusion. That DBKL = CORRUPTIONS AND MORE CORRUPTIONS!

Read for yourself the comebacks that I have received, or not received, for questions I put forward to them earlier this month.

Questions for Datuk Bandar submitted by Wee Choo Keong, MP for Wangsa Maju, to Datuk Bandar for answers during meeting on 07 April 2008 with the 10 MPs

1. The DBKL Advisory Board. We demand that all MPs in WP should be made ex-officio of the Advisory Board.

No decision made.

2. Objection by residents on future development on Lot 2398 Taman Setapak Indah, Mukim Setapak (Ref: DBKL.JPKB. 6471 / 2001): Development from Kindergarten Land to residential units. Residents sent letter in August 2003 until today no reply. Why? What happened to it now? Please give full detail.

Up till today, 16 April, there is still no reply form DBKL. 3 days delivery system? What a big joke!

More...

Ini kisah Tengku Adnan

klpos - (...) Ahli Parlimen muda ini berjaya menarik perhatian para audien yang hadir dengan membangkitkan sikap ‘double standard’ pihak Kementerian Wilayah yang tidak menghormati ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat yang dijemput ke majlis berkenaan sebagai ahli panel.

Beliau memaklumkan bahawa beliau dijemput hadir sebagai VIP tetapi tidak dibenarkan untuk meletakkan kereta beliau ditempat VIP kerana tempat itu dikhaskan untuk ahli parlimen BN dan kenderaan DBKL sahaja. Oleh itu beliau terpaksa meletakkan kenderaan di tempat letak kereta awam di bahagian bawah Hotel.

Tidak cukup dengan itu, beliau juga ditolak oleh pengawal peribadi Datuk Bandar ketika cuba mendekatinya untuk berbual.

Ahli Parlimen Putrajaya yang sampai lewat ke majlis ini menjadi panas punggung bila mendengar komen Lim yang dianggapnya sebagai perkara remeh dan ‘rubbish’. Beliau tanpa segan silu menolak untuk naik ke pentas dan terus sahaja meninggalkan majlis walaupun baru setengah jam berada disitu.

Sikap tidak ‘gentelment’ Adnan ini dikutuk oleh para hadirin hingga ada yang memanggilnya sebagai ‘rubbish MP’ ketika beliau melangkah keluar dari dewan.

Walau apa juga sebabnya beliau tidak sepatutnya keluar dan perlu berlapang dada menerima komentar dari MP lain. Urusetia program turun kecewa kerana beliau sebagai ahli parlimen BN gagal menunjukkan komitmen dan sikap yang positif didalam majlis berkenaan.

Para perwakilan persatuan, NGOs dan wartawan yang hadir menganggap bahawa beliau hari ini gagal menjalankan tugas beliau sebagai ahli parlimen Putrajaya, dimana semua MP telah memberikan kerjasama yang baik dalam mengupas permasalahan di parlimen masing-masing untuk dikongsikan.

Beliau menyertai ahli parlimen Setiawangsa, yang turut gagal membawa isu-isu rakyat dikawasan parlimen mereka yang sepatutnya dikemukakan dalam sesi pembentangan isu.

Ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan begitu kecewa dengan sikap ahli parlimen BN ini kerana mereka gagal menunjukan kesungguhan dan kerjasama walhal mereka juga yang merayu agar semua MP dapat hadir untuk berkerjasama dalam membela rakyat melalui majlis ini. more...

MAKKAL OSAI: INI ALASAN HAMID ......

Makkal Osai tidak patuh syarat permit.

Bharianb - Kajian semula lanjutan permit mesti berlandaskan kepada sumbangan sesuatu akhbar itu untuk bersama membangun dan memajukan negara dan masyarakat, bagaimana maju ke depan serta menyuburkan perpaduan serta persefahaman yang baik kalangan rakyat.

"Tetapi, banyak aduan disampaikan kepada kita (mengenai Makkal Osai) dan apabila tiba masa untuk memperbaharui lesen, kita membuat keputusan tidak memperbaharuinya. Bagaimanapun, terpulang kepada mereka untuk membuat rayuan dan kita akan melihatnya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada lawatan kerja ke Ibu Pejabat Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), di Jalan Padang Tembak di sini, semalam. Turut hadir, dua timbalannya, Datuk Chor Chee Heung dan Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Syed Hamid berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kerajaan untuk tidak memperbaharui permit penerbitan akhbar itu, seperti yang dinyatakan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. more...

Posting terkini

Blog Archive