KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 30, 2008

Nyamuk 'pendekar' bawa ancaman

sm mohd idrisMalaysiakini - (...) Oxitec Ltd, sebuah syarikat Britain, dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dilaporkan sedang merancang melepaskan jutaan nyamuk "pendekar" - yakni spesies jantan Aedes aegypti yang telah diubah genetiknya - di Pulau Ketam, Selangor untuk menguji keberkesanan kawalan biologi tersebut.

Sambil menyatakan bantahan kerasnya, presiden SAM S M Mohamed Idris berkata apabila organisme yang diubah bakanya dilepaskan ke alam sekeliling, ia tidak boleh lagi ditarik balik seumpama barangan yang dipasarkan.

"Kami mendesak kerajaan menghentikan semua kajian tentang aedes yang diubah genetiknya, termasuk ujian di lapangan, dan menyalurkan dana dan usaha kajian ke arah kaedah-kaedah mesra alam untuk mengawal denggi," katanya.

"Jika ia bercampur dan membiak silang dengan hidupan lain yang sama, atau lebih, berbahaya dengan aedes, tidak ada jalan untuk kita menghalang proses ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Oleh itu, kita seharusnya sangat berhati-hati dan mengambil prinsip berjaga-jaga sebelum kita campur tangan dalam proses alam." more...

No2umno - Dulu Malaysia tak der pekerja asing. Untuk pembangunan dan kemajuan, maka di bawa masuk pekerja dari Indonesia, bangladesh, India dan macam macam spesis lagi. Kononnya untuk bantu pengusaha tempatan. Bila pendatang dah ramai, orang dalam tak dapat kerja kerana di monopoli dek warga asing. Bila nak tarik balik, semua jadi pening. Ada yang kata jangan, ada yang kata boleh. Yang jadi mangs adalah rakyat tempatan. Ehhhhh ....... Cerita ni ada kaitannya ke dengan isu nyamuk ni?

‘Saya sudah masuk…saya tak akan keluar’



Macam Istiadat Perkahwinan lak ..... Hehehe .... dah macam PM lah bro !!! .

Adusssss !!! Rapatnya dia dengan Dollah. Siap senyum lak? Apa dalam kepala Mahathir dan Najib agaknya? Bacakan lapuran Agendoldaily

Jeff Ooi's car towed away in Parliament

http://media1.malaysiakini.com/3/0abdd3a831d18b9732ccbc421d68e3bc.jpgSun2surf - KUALA LUMPUR (April 29, 2008): Jeff Ooi (DAP-Jelutong) has a bone to pick with the Home Ministry and the Inspector-General of Police (IGP).

Ooi had arrived in his wife’s seven-year-old Proton Wira in Parliament at 9.35am with a green sticker for him to park at Section E.

"When I arrived, I asked the police where this section was and they told me they did not know.

"I found a spot but I was told that I could not park there, probably because I was only driving a Wira and the spot could be occupied by a Mercedes-Benz or any bigger car," he said in press conference in the Dewan Rakyat lobby today.

Ooi was instructed to park just outside the police post at the entrance and exit of the Parliament.

"However, after the proceedings, my car was missing and it was towed away. After some query at the post, the police made some calls and found that my car was towed by the Kuala Lumpur traffic police and not City Hall.

"This is a blatant dereliction of duty and double standards on the part of the Home Ministry and the IGP. It is an obstruction of the duty of MPs who have a respectable duty to listen to the Royal Address and debate on it when sitting convenes."

'Not right for judge to act as adviser to Bakti'

Sun2surf - PETALING JAYA (April 29, 2008): It is inappropriate and wholly unacceptable for any member of the judiciary to act as legal adviser or in any legal capacity for any body or person while holding the office of a judge, says the Bar Council.

"More so if the body or person is associated with a state or federal government or a political party," said its president Datuk Ambiga Sreenevasan today.

“The Bar Council is deeply concerned by the report in theSun that suggests the involvement of a Court of Appeal judge as legal adviser to Bakti on matters pertaining to the transfer of funds from Association of Wives of State Assemblymen and Members of Parliament in Selangor (Balkis) and its Penang equivalent - Bunga Tanjung,” she told theSun.

The two organisations reportedly transferred the funds to Bakti, the Federal Association of Wives of Ministers and Deputy Ministers, after Barisan Nasional (BN) lost the elections in the states to Pakatan Rakyat on March 8.

“Such conduct is inconsistent with his or her position as a serving judge and has a direct impact on the issue of conflict and the independence and impartiality of the judge,” said Ambiga.

"In the circumstances and given the severity of the consequences of the allegations, it is important that the facts be established and that the judge be accorded a fair opportunity to respond to the allegations in an appropriate manner," she added.

Ambiga was responding to a report in theSun today which named Court of Appeal Judge Datuk Helilah Yusof as Bakti’s legal adviser. This was stated in the minutes of a Bakti Council meeting. more...

TAHNIAH KERAJAAN PERAK

Perak lantik imam ahli Pas

Bharian - SITIAWAN: Tidak sampai dua bulan memegang tampuk kuasa, kerajaan Pakatan Rakyat sudah menunjukkan taring dengan melantik imam dan pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid (JKKM) tanpa rundingan pada peringkat akar umbi serta tidak mengikut prosedur.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, berkata 675 imam, pengerusi dan ahli JKKM di masjid dan surau seluruh Lumut serta Beruas yang dilantik pada 2004 kini keliru kerana kerajaan negeri melantik imam dan pengerusi dari kalangan ahli Pas.

Katanya, pelantikan semua imam dan Pengerusi serta Ahli JKKM sedia ada dibuat kerajaan Barisan Nasional (BN) dan sah sehingga Oktober lalu, tetapi Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) mengeluarkan surat mengarahkan mereka terus bertugas sehingga surat lantikan 2007 hingga 2009 dikeluarkan tidak lama lagi. more...

No2umnO - Kita dah tak ada cukup masa melayan semua karenah orang orang BN. Kami dapat lapuran ada pihak yang cuba untuk menolak semua arahan disamping menyebar dakyah membantah kerajaan baru. Kalau BN boleh lantik imam, kenapa PAS tak boleh? Takkan nak lantik ahli DAP jadi IMAM? Itu sendiri kena ingatlah.

Kita hanya ada 4 tahun untuk lakukan perubahan. Orang tak mahu tengok macamana ia berubah, tapi rakyat nak manafaatnya, Ramai antara lantikan BN dulu yang menyekat arahan dan mempertikaikannya. So.....apa tunggu lagi, kalau banyak songeh, tendang ke tepi. Nak kerja buat cara nak kerja, kalau tak nak kerja, letak jawatan. Kakitangan kena dengar kata boss. Ramai lagi yang nak pegang jawatan.

Isu Ketua Kampung adalah salah satu usaha BN melewat dan melekakan kerajaan baru. Belum lagi soal ekonomi, sosial, pertanian, pendidikan, amal kebajikan ..... banyak lagi yang perlu di tangani. Kalau mahu perubahan, kena berani. Kalau tidak, BN akan kata, kerajaan dia lebih baik.

Pemimpin PR jangan leka. Kerja kena buat macam BN dulu. Rakus sikit ..... Kalau lembut orang perlekehkan. Banyak lemak, naik kepala. Disamping itu banyak lah cengkadaknya pulak. So... kalau ada rintangan, tolak ke tepi. Teruskan dengan perancangan. Soal media .... jangan ambil hal. Ceramah dan internet cukup untuk tangani.

Perak bukan kelantan. Rakyat Kelantan tak mudah tergoda dengan berita dan muslihat BN lagi. Mereka pula sanggup bersabar walaupun dipinggirkan.

Murugesan tells his version of Padang Jawa temple demolition

poobalan - (...) Coming back to Murugesan’s version, he also confirms that the inner sanctum was invaded earlier, same as mentioned by other readers. He also implicate the state Legal Officer in addition to the known fact that the Mayor was deeply involved. HINDRAF should have started campaign to remove these two people, along with Toyo. Is it too late now?

Reply To Dr Khir Toyo On Kg Karuppiah Temple Breaking

http://s-murugesan.blogspot.com/2008/04/reply-to-dr-khir-toyo-on-kg-karuppiah.html

Today (28th April, 2008), Malaysiakini reported that former MB of Selangor, Dr Khir Toyo stated that the Kg Karrupiah Temple (referred to by some as Rimba Jaya Temple or Padang Jawa Temple) breaking was ordered by MIC President Dato Seri S.Samy Vellu and that the temple was broken after Deepavali. This is my letter in reply to the editor of Malaysiakini.

To the Editor of Malaysiakini,

How could Dr. Mohd Khir Toyo say that the temple was broken two days after Deepavali? It was broken a week BEFORE Deepavali. Did the whole nation get it wrong? Or were all the reports and pictures in ALL the three Tamil Dailies of the broken temple, lies?former MB was referring to remnants of the temple structure Perhaps the that was left standing or the ‘temporary temple’ ‘rebuilt’ at the same site by some quarters after the initial breaking. However the Kg Karuppiah Maha Mariamman Temple as we know it was broken on the 30th October, 2007.

I was there on that day. The MBSA made the first attempt to break the temple in the morning around 9.00 am. They were stopped by the residence there and Shah Alam MIC Committee members. MBSA Officers then said that the temple will be broken by 12 noon and all the deities were to be removed by then. A number of youths began to gather at the temple site in an attempt to prevent the temple breaking.

MBSA kept to their word and made a charge around noon but was ordered to be stopped by the police as it turned violent. In the meantime fellow lawyer, Mr Sivanesan and me demanded MBSA to show that they had the authority to break the temple. The MBSA legal officer was called to the site but was unable to show a court order that specified that the temple be broken. He then resorted to a notice by MBSA. Upon inspection the notice was dated two years ago. We argued on the validity of the notice but the Legal Officer held his ground. A plea that the matter be referred to court to resolve ambiguity before the temple is broken also fell into deaf ears. more...

Arahan Abdullah Langgar Perlembagaan Umno - Ku Li

msomelayu - TENGKU RazaleigH Hamzah (Ku Li) menyifatkan tindakan Presiden Umno Abdullah Ahmad Badawi melarang semua bahagian Umno daripada mengadakan mesyuarat agung luar biasa (AGM), sebagai melanggar perlembagaan parti dan cuba menyekat kebebasan bersuara ahli peringkat akar umbi.
Katanya tindakan itu juga secara tidak langsung menggambarkan Presdiden Umno itu dalam ketakutan untuk berhadapan dengan realiti politik hari ini di mana beliau semakin tidak mendapat sambutan dan sokongan ahli.

“Kenapa hendak sekat ahli bersuara. AGM adalah dibenarkan oleh perlembagaan parti, kita patut biarkan ahli membuat pilihan mereka.
"Kalau kita melarang dan cuba menyekat ahli, bermakna tindakan itu melanggar perlembagaan parti,” katanya ketika ditemui di majlis sambutan hari jadi isteri Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali, Rohaya Idrus di rumahnya di Taman Melawati, sekejap tadi. more...

BSKL rugi RM140 bilion?

siasah - KOTA BHARU, 29 April: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mendakwa, Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) sudah kerugian kira-kira RM140 bilion sejak dua bulan lalu dan faktor terbesar akibat dari ketidakstabilan kerajaan yang ada.

Oleh itu, beliau mencadangkan agar ia dihentikan segera.

"Kita mendengar ada desakan dari dalam Umno sendiri agar Perdana Menteri meletakkan jawatan...mungkin ia boleh hentikan ketidakstabilan ini," kata Husam.

Exco kerajaan negeri Kelantan itu berkata demikian ketika menggulung perbahasan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan Selasa lepas.

Ucapan beliau bagaimanapun diganggu oleh Ketua Pembangkang DUN Kelantan, Che Alwi Che Ahmad dengan berkata isu itu adalah isu nasional dan perlu dibawa oleh wakil-wakil PAS di Dewan Rakyat bukannya di Dun Kelantan.

Sementara itu, di KUALA LUMPUR, seorang penganalisa ekonomi, Alex Ong bersetuju dan mendakwa dakwaan Husam itu ada kebenarannya.

"Sejak Disember 2007 lalu, index komposit BSKL sudah turun dari 1445 point kepada 1227 point pada 9 April lalu. Jadi mungkin angka yang diambil oleh beliau adalah dari pilihan raya hingga sekarang," kata Alex ketika dihubungi Siasah bagi mengulas perkara itu. more...

‘Lubuk’ Ph.D ekspres


Kosmo - Lima negara dikenal pasti menjadi ‘lubuk’ kepada pihak-pihak tertentu yang bersekongkol dengan universiti terbuka luar negara bagi membolehkan ‘kaki temberang’ di negara ini membeli ijazah doktor falsafah (Ph.D).

Negara terbabit ialah Sri Lanka, Bangladesh, India, Pakistan dan paling mengejutkan turut melibatkan Amerika Syarikat.

Perkara itu disahkan Presiden Persatuan Pengamal Perubatan Homeopati Berdaftar Malaysia (MRHP Malaysia), Prof. Doktor Homeopati (HDr) Nik Omar Nik Daud

Menurut beliau yang merupakan lulusan dalam bidang homeopati daripada sebuah universiti di Punjab, Pakistan sebelum melanjutkan pelajaran di England, aktiviti membeli Ph.D dari lima negara tersebut telah lama dikesan.

“Negara-negara ini memang menjadi tumpuan bagi mereka yang berhajat untuk membeli gelaran doktor kerana beberapa faktor seperti murah dan kelemahan penguatkuasaan undang-undang.

“Bagaimanapun sehingga kini, saya masih belum menerima laporan berhubung pembabitan ahli homeopati yang seramai 300 turut membeli Ph.D,” katanya sebagai mengulas pendedahan eksklusif muka depan Kosmo! semalam berhubung laporan Ph.D ekspres.

Posting terkini

Blog Archive