KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 2, 2008

BPR pukul guna hos besi?

Inspektor polis dakwa BPR pukul guna hos besi

Bharian - Seorang pegawai polis berpangkat inspektor mendakwa dipukul menggunakan hos besi, diarah berbogel serta ditampar beberapa kali ketika ditahan tiga pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) cawangan Miri dalam kejadian di pejabat jabatan itu, Isnin lalu.

Pegawai polis berusia 28 tahun dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri itu, ditahan BPR atas dakwaan cuba meminta wang sogokan daripada seorang suspek lelaki positif ujian air kencing.

Lelaki itu kemudian menawarkan sejumlah RM3,000 kepada pegawai polis berkenaan bagi membolehkan tindakan lanjut tidak diambil ke atasnya dengan satu pertemuan diatur antara mereka petang Isnin lalu.

Pejabat BPR Miri yang menerima aduan lelaki itu kemudian menahan pegawai polis berkenaan bersama seorang lagi anggota polis berpangkat lans koperal berusia 38 tahun, ketika mereka berjumpa di satu lokasi di Miri. more...

No2umnO - Kalau BPR pun ganas, maknanya BPR dah sampai ranking sama ngan polis la.....Kata dulang paku serpih .......Kalau kuasa ada ditangan, semua orang dia nak lengan.

Tan Sri SM Nasimuddin meninggal dunia

http://star-motoring.com/archives/2007/3/4/motornews/mt_pg21nasim.jpgBharian - Pengerusi Naza Motor, Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin meninggal dunia di Amerika Syarikat kira-kira jam 10 pagi waktu Amerika (10 malam tadi waktu Malaysia) kerana barah paru-paru.

Allahyarham berada di Amerika untuk menemani isterinya menjalani rawatan kanser di sebuah pusat rawatan di sana.

Ahli keluarga Allahyarham sedang membuat urusan untuk membawa pulang jenazahnya ke tanah air untuk dikebumikan.

Allahyarham menerajui Kumpulan Naza, sebuah kumpulan perniagaan terkemuka yang diasaskan pada 1974.

Kumpulan Naza sebanarnya terdiri daripada 14 bahagian perniagaan termasuk penjualan kereta motor, motosikal, pembuatan, perkhidmatan pengangkutan, mesin dan jentera, kejuruteraan, perladangan, pengedaran, kredit dan pajakan, bot, hartanah, hotel dan agensi insurans.

Nasimuddin terkenal sebagai seorang usahawan yang low profile. Bagaimanapun, dengan mengambil kira jumlah jualan yang direkodkan, empayar automotifnya dianggarkan sudah mencatat hasil lebih RM4 bilion.

Pekerja asing ‘kuasai’ kafe ala kopitiam


PEKERJA asing ini melayan tetamu di kafe ala kopitiam di Kuala Lumpur.

KOsmo - Jika semalam Kosmo! mendedahkan sebuah kedai kek dihasilkan dengan ‘air tangan’ warga asing, kini rangkaian kafe ala kopitiam terkenal juga berbuat perkara yang sama.

Mereka juga terlibat membancuh air dan menyediakan makanan yang dipesan oleh pelanggan.

Malah, warga asing yang bekerja di situ turut menjalankan tugas sebagai pelayan, walhal permit kerja untuk mereka memang terhad kepada beberapa sektor antaranya sektor pembi- naan, perladangan dan perkila- ngan.

Tinjauan Kosmo! semalam mendapati, pelayan kafe itu yang kurang fasih berbahasa Inggeris menghadapi kesukaran untuk memahami pesanan yang diminta sehingga terpaksa berulang-alik ke meja yang sama sebanyak beberapa kali.

No2umnO - Bukan kopitiam aje bro .... Kedai runcit, pasembor, gerai makan, buah buah ..... lu orang buta ke? Sekejap lagi Jabatan Pedana Menteri dan Putrajaya pun Orang Bangla Pegang.

'Saya tidak kenal Faizal Tahir'


Kosmo - Saya tidak kenal siapa Faizal Tahir. Saya kenal S.M. Salim, Sharifah Aini, dan Siti (Datuk Siti Nurhaliza). Mungkin dia (Faizal) belum cukup popular."

Demikian jawapan selamba Menteri Besar Perlis, Datuk Dr. Md. Isa Sabu ketika ditemui di Kangar semalam.

"Sungguhpun begitu, setiap artis yang ingin membuat persembahan di Perlis perlu mematuhi peraturan," katanya.

Md. Isa mengulas kenyataan Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang menentang kehadiran naib juara rancangan realiti televisyen, One In A Million, Faizal Tahir daripada membuat persembahan pada Konsert Jom Heboh di sini malam ini. more...

No2umnO - Hehehe.....kelakar berita ni.....YB, biar wak bagi tau....Ala.....yang tonjol body kering hari tu.....ala...yang ada cop cop kat badan dia tu cam superman tu.....Cam ni la.....YB jengok je kotak sebelah tu !!!

Tepung pula kurang


kosmo - Beberapa persatuan peniaga semalam mengakui menghadapi krisis kekurangan bekalan tepung sejak sebulan lepas hingga terpaksa membayar harga lebih tinggi untuk bekalan.

Difahamkan, harga tepung gandum yang sebelum ini sekitar RM33.60 bagi guni seberat 25 kilogram, melambung hampir 100 peratus apabila ada sesetengah syarikat pemborong menjualnya sehingga mencecah RM65 seguni.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Jamarulkhan Kader mendakwa pekilang lebih berminat mengeluarkan tepung gandum berprotein tinggi berbanding tepung gandum biasa kerana harganya tidak dikawal kerajaan.

No2umnO - Barangan kawalan kerajaan dan tak terkawal .... Siapa yang samdol dan siapa badigol?

Kerajaan adil tapi entah apa apa ....

Asyik cerita pasal CUEPACS, CUEPACS dan CUEPACS ....

Tuntutan CUEPACS diketahui 10 Mei
JOHOR BAHRU 1 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan keputusan mengenai enam tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) pada 10 Mei ini.
Tapi kerajaan sengaja buat buat lupa tentang .......
SHAH ALAM 1 Mei - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini mendesak kerajaan melaksanakan gaji minimum RM900 sebulan kepada pekerja di negara ini.
dan
KUALA LUMPUR 1 Mei - Kerajaan digesa memansuhkan polisi gaji murah dan menetapkan kadar bayaran gaji minimum RM900 sebulan kepada semua pekerja swasta.
tapi dia cerita tentang adil dan saksama ..... TUkar je la kerajaan.

PERCUMA TAPI MEMBEBANKAN

MB Perak pertikai konsep pendidikan percuma
Utusanloya - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin mempertikaikan konsep pendidikan percuma yang dilaksanakan oleh kerajaan pada masa ini dengan alasan ia masih membebankan ibu bapa.

Beliau mendakwa, ibu bapa telah diberikan gambaran yang salah seolah-olah kos pendidikan di sekolah rendah dan menengah pada tahun ini adalah percuma sedangkan mereka masih perlu membayar pelbagai yuran lain.

'Sekarang yuran yang percuma ialah sebanyak RM4.50 bagi sekolah rendah dan sebanyak RM9 untuk sekolah menengah.

''Jumlah itu tidak besar tetapi ceritanya seolah-olah seluruh dunia merasakan di Malaysia ini pendidikan adalah percuma sedangkan ia tidak benar,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Pekerja anjuran Persatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Syarikat Pembuat Keluaran Getah Cawangan Perak di sini hari ini. more...

Penduduk pedalaman kecewa masih tidak terima siaran TV

utusanloya - Walaupun sistem telekomunikasi di negara ini merupakan antara yang terbaik di dunia, namun masih ada penduduknya terutama di kawasan pedalaman masih belum dapat menikmati siaran televisyen dan radio.

Ahli Dewan Undangan Negeri Liawan, Datuk Sairin Karno yang kecewa dengan fenomena itu itu berkata, apa yang menyedihkan usaha untuk mengatasi masalah itu begitu lambat dilakukan.

Akibatnya kata beliau, penduduk terbabit terus terasing dan terpinggir daripada menikmati maklumat arus perdana.

''Inilah masalah yang sentiasa disuarakan oleh rakyat di kawasan pedalaman kerana mereka seolah-olah terpinggir daripada arus kemajuan semasa bukan sahaja infrastruktur tetapi juga maklumat dan hiburan.

''Berikutan masalah ini, ramai yang terpaksa menggunakan parabola tetapi pihak berkuasa pula mengancam akan merampas kerana melanggar peraturan dan undang-undang," katanya ketika ditemui, di sini hari ini. more...

No2umnO - Sorry la....kita kan baru merdeka, jadi tak dapat siaran tu biasa la. Tunggu menteri penerangan kita yang baru ni. Malaysia yang seciput ni pun boleh jadi gini? memang kelakar .....

PAK LAH BIMBANG KEPINCANGANNYA DI DEDAH

Abdullah Setuju Jika Siaran Langsung Dewan Rakyat Dihentikan

bernama - (...) Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan kekecohan yang berlaku pada hari pertama sidang Dewan Rakyat semalam sebagai "keterlaluan" dan bersetuju dengan sebarang keputusan untuk menghentikan siaran langsung persidangan dewan selama setengah jam menerusi saluran RTM1.

Perdana Menteri yang berada di Dewan Rakyat semalam, berkata beliau berasa malu dengan apa yang berlaku lebih-lebih lagi ia dapat disaksikan oleh orang ramai menenerusi siaran langsung televisyen.

"Saya rasa seolah-olah semua ini terjadi kerana ada tv yang membuat rakaman dan masing-masing nampaknya ingin dilihat berbahas atau beraksi dalam dewan pada waktu itu," katanya kepada wartawan Malaysia sejurus sebelum berlepas ke Arab Saudi untuk menunaikan umrah selepas menghadiri sesi penutup Forum Ekonomi Dunia Islam (WIEF) Keempat di sini Khamis.

Semalam, Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata slot siaran langsung sidang Dewan Rakyat selama setengah jam akan dikaji semula berikutan kekecohan itu.

Ahmad Shabery berkata keputusan sama ada Kementerian Penerangan meneruskan siaran langsung itu akan dibuat oleh Kabinet dalam mesyuarat mingguannya pada Jumaat.
katanya more...

Posting terkini

Blog Archive