malaysiainsider - The loose coalition known as Pakatan Rakyat will kick off their nationwide protest against the "insane" fuel price hike on Sunday at the City Stadium in Penang.
"The roadshow is organised by Pakatan Rakyat. It will start in Penang and will move from state to state," said Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, the PAS MP for Kuala Terengganu at a press conference held at the PAS office in downtown Jalan Raja Laut after a successful street protest organised by the Pakatan youth leaders today.
All of Pakatan's bigshots are expected to attend the night-time affair, including PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[Bunawan Manusin (right), from Pandan Dalam, Selangor is one PKR member who shows total support whatever the occasion. Today's fuel hike protest is no exception and there he stands with his handwritten poster. — picture by Choo Choy May] The roadshow is part of Pakatan's efforts to gather one million signatures in support of the big march in Kuala Lumpur on July 5.... selanjutnya.
Jun 14, 2008
'Strike against the hike' kicks off Sunday in Penang
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Ketuanan Melayu lingkupkan Melayu sendiri
Rumah penuh misteri dan menjadi bahan gossip orang ramai.Hamid
Baharum kena jelaskan kepada orang ramai dan Ketua Kampung juga
kena telus tentang perkara berkaitan pembinaan banglo ini.
tranungkite - [...] Rumah yang tersergam indah ini, berada di Taman Maju Rapat Ipoh. Rumah ini didiami oleh seorang anak kepada seorang Ketua Umno Cawangan Kampung Melayu Sungai Rapat, Ipoh.Rumah ini baru sahaja siap dan didiami.Soksek-soksek orang kampung dan persekitaran menyatakan bahawa banglo ini dibina dan di ongkosi oleh Syarikat Carsem dan dihadiahkan dengan percuma kepada Hamid Baharum, Ketua Cawangan Umno Kampung Melayu Sungai Rapat.
'Hadiah percuma'? Takkanlah syarikat Carsem begitu bermurah hati kepada Hamid Baharum hingga sanggup menghadiahkannya sebuah banglow? Apakah rahsia Hamid Baharum hingga berjaya menghambat dan memikat hati pihak syarikat untuk menghadiahkan kepadanya banglow tersebut?
Mesti ada ubi ada batas; ada budi ada balas! Tetapi apakah budi Hamid Baharum itu kepada pihak syarikat Carsem hingga Syarikat tersebut berasa begitu berhutang budi kepadanya hingga sanggup bermurah hati menghadiahkannya sebuah banglo ... selanjutnya.
Labels: Rasuah Negara
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Perhimpunan di Istana Negara, 6 ditahan
malaysiakini - [...] Enam orang, termasuk dua ahli Parlimen PKR ditahan, dipercayai kerana mempertikaikan tindakan polis melarang sekumpulan 70 orang penyokong Hindraf berhimpun di depan Istana Negara.
Kumpulan itu termasuk 40 kanak-kanak yang membawa ‘teddy bear' untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sempena sambutan Hari Bapa hari ini.
Ia merupakan tindakan simbolik bagi mencerminkan anak-anak kepada tahanan ISA yang tidak dapat menyambutnya bersama bapa masing-masing yang ditahan di Kem Tahanan Kamunting.
Dua ahli parlimen PKR yang ditahan itu ialah Zuraida Kamaruddin (Ampang) dan Sivarasa Rasiah (Subang).
kira-kira 70 anggota polis termasuk 20 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), berkawal di luar Istana Negara.
Sivarasa ditahan pada kira-kira jam 10.25 pagi manakala Zuraida pula ditahan lima minit kemudiannya. Keenam-enam mereka kemudiannya dimasukkan ke dalam van polis, dipercayai dibawa ke balai polis Brickfields.
Pada kira-kira jam 10.40 pagi, kumpulan tersebut tiba dengan menaiki bas yang berhenti kira-kira 500 meter dari istana.
Mereka kemudian berjalan beramai-ramai menuju ke Istana Negara, termasuk kira-kira 30 orang dewasa yang memakai lencana Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf).... selanjutnya.
Labels: Hindraf
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Clip on Petrol Hike Protest
Taufek: 10,000 dijangka hadir
Expect more rallies to come, says opposition
Nik Aziz risau kenaikan harga minyak
Labels: demo minyak, Video
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Demo minyak: lapuran fotowarung
... selanjutnya di fotowarung.
Labels: fotowarung
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Petrol naik..... apakah ada agenda lain?
takgedebe - Setelah Batu Putih diambil Singapura, maka heboh lah kita tentang Pulau Pisang tang tidak dijaga oleh tuannya, malah dibiarkan Singapura buat macam harta sendiri. Walhal perjanjian pengurusan rumah api di Pulau Pisang tersebut dimeterai sejak zaman Sultan Ibrahim lagi.
Terdapat 2 persoalan di sini:
1.Sebagai bukan orang marin, saya tertanya2 apakah rumah api masih relevan pada zaman GPS ini? Kalau masih relevan, memandangkan rumah api yang ada ini sudah termasuk kategori antik, jadikan saja ia warisan negara atau kata lainnya sebagai muzium. Oleh itu perlulah terlebih dahulu didirikan rumah api baru serba canggih yang diurus sendiri oleh Malaysia, kerana perjanjian urusan rumah api oleh Singapura hanya melibatkan rumah api yang ada sekarang.
2.Kenapa kerajaan Johor liat sangat untuk membenarkan Pulau Pisang ini dimajukan? Sedangkan tanah di pulau tersebut ada geran bermakna ada pemilik. Dulu heboh sangat dengan eco-tourism, kenapa tak diteruskan memandangkan fauna dan flora di pulau tersebut memang unik?
Atau apakah kita bersikap lewa kerana pulau ini tidak ada comercial value?
Atau ada agenda lain?
Cuba lihat peta di bawah. Kalau digabungkan Pulau Pisang dengan WPI dan Pulau Batu Putih, Singapura boleh melupakan saja projek reclamation yang giat dibuat untuk memperbesarkan tanah di pulau tersebut.... selanjutnya.
selanjutnya .....
Labels: batu puteh, Bongkar, Minyak naik, pulau pisang
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Apa kata Kuli?
Korang baca berita Utusmeloya hari ini? ...... Aku tak suruh beli, cuma cari berita yang FREE. Jangan caya, tapi baca....Ni dia,
Negara bankrap jika terus beri subsidi minyak - Ku LiDan korang baca pula berita dari Buletin online, ini ....
Negara boleh bankrap jika pemberian subsidi minyak bernilai berbilion-bilion ringgit setahun seperti yang diamalkan sejak 45 tahun, diteruskan oleh kerajaan sekarang.
Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah menjelaskan, ini kerana berdasarkan kajian Petronas, simpanan minyak Malaysia hanya mampu bertahan lima tahun dari sekarang dan pemberian subsidi untuk mengimbangi kenaikan harga minyak dunia tanpa langkah untuk menanganinya akan menyebabkan negara muflis. - utusmeloya
Cerita sama .... tapi keseluruhan maksudnya berlainan. Beberapa point terkandung di dalam satu berita. Antaranya, peningkatan harga terlalu tinggi dan negara akan bangkrap. Lapuran dari Utusmeloya .... hanya sebut tentang bangkrap, tapi Buletin terkandung kedua dua maksud .... korang pikir la sendiri. Siapa yang cuba sembunyi dan putar belit. Aku bukan rekomen Buletinonline, tapi selidik dulu sebelum melompat. Sebab .... media jadi alat untuk hasut .... disini Utusmeloya macam tak betul.Kenaikan Harga Minyak Tidak Lojik, Terlalu Tinggi - Ku Li
Beliau yang pernah dilantik menjadi Pengerusi Petronas berkata demikian ketika menjawab soalan salah seorang peserta Majlis Silaturrahim dan Penerangan Isu-Isu Semasa, di sini hari ini, yang bertanya adakah beliau akan menaikkan harga minyak jika dilantik menjadi Perdana Menteri.
Bagaimanapun beliau berkata negara boleh jatuh bankrap jika kerajaan secara berterusan memberikan subsidi minyak kepada rakyat untuk mengimbangi kenaikan harga minyak dunia tanpa langkah bijak untuk menanganinya.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh oleh Petronas dan dengan kadar pengeluaran sebanyak 600,000 tong sehari pada masa kini, beliau berpendapat bahawa simpanan minyak dan gas negara mungkin tidak mencukupi untuk menampung keperluan negara dalam tempoh lima tahun lagi.
Malaysia selepas itu, katanya akan terpaksa menanggung kos yang tinggi dan bergantung sepenuhnya dengan import minyak dari negara luar untuk menampung kegunaan negara.
"Harga minyak ini kalau terus diberi subsidi sebagaimana 45 tahun lalu, negara kita akan bankrap. Sekarang kita hasilkan 600,000 tong sehari ... lama kelamaan akan habis dan kita akan terpaksa mengimport minyak daripada Arab Saudi.
"Sekarang pun kita dah import dari Arab Saudi kerana hasil minyak dari perut bumi di negara ini termasuk di Terengganu tidak sesuai untuk keperluan kita seperti tar dan diesel.
Kita terpaksa menapisnya terlebih dahulu di Singapura sebelum membawanya masuk ke Malaysia," tambah beliau. - Buletinonline.
Labels: Belit media, Ku Li, Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Amaran buat PM
Hah ... tidak ramai. Kata media, 2,000 orang. Ada media lain pulak tulis , "hanya 2,000 orang". Biaq apa pun media kata, aku peduli apa? .... ini rentetan perhimpunan terbesar sejak harga minyak di naikkan baru baru ini. Tapi, bayangkan 5 hb Julai. Berapa kah yang akan turun ke ibukota untuk bersama pemimpin mendesak? Aku rasa sekurang kurangnya pemimpin tau, orang luar pun tau. Itu Amaran buat mu Kekasih ...... Apa kata Mat sabu ...
Tapi di dalam semangat untuk turun padang .... ini kena jaga - Pakatan Rakyat minta awasi sabotaj cemarkan perhimpunan hari iniharakahdaily - [...] Perarakan yang bermula di Masjid Jamek Kampung Baru itu turut di halang oleh pihak Polis di Jalan Raja Muda dan mereka terpaksa melalui Jalan Raja Alang dan terus ke Jalan Raja Laut.
Lebih 3000 peserta yang berarak terpaksa berhenti di hadapan kompleks membeli belah Sogo kerana semua jalan disekat. Mereka melaungkan slogan 'Turun...turun...harga minyak, BN turun, Pak Lah turun, Najib turun'. Di tengah pancaran matahari, peserta duduk bersimpuh di jalan tar yang panas mendengar ucapan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan pimpinan PAS serta KeADILan.
Mohamad Sabu mengajukan persoalan kepada peserta perarakan, "Apakah kita mahu membayar makanan pagi RM10, tengahari RM10, petang RM10?"
Serentak kedengaran laungan "Tidak mahu" bergema di sepanjang Jalan Raja Laut.
Sehubungan itu Mohamad mengingatkan himpunan rakyat akan diteruskan sehingga pemerintah menurunkan harga minyak.... selanjutnya.
Labels: demo minyak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Demo minyak: Lagi berita bergambar
lapuran dan artikel dari Harisibrahim ... klik untuk imej lain ..
Labels: demo minyak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
