KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 16, 2008

Air percuma: Pecat pegawai yang susahkan rakyat

siasah - “Pecat pegawai kerajaan yang anti rakyat dan tidak patuhi arahan kerajaan.”


Itu cadangan anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali ketika mengulas cerita kong kalikong antara Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bh (Syabas) dan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

“Buat apa kita simpan pegawai sebegini. Bukan sahaja menyusahkan kerajaan tetapi menyusahkan rakyat yang mahukan air percuma,” kata Dr Lo’ Lo’.

Beliau mengulas tindakan Syabas menolak cadangan KDEH, anak syarikat kerajaan negeri Selangor untuk membolehkan rakyat Selangor menikmati air percuma mulai 1 Jun ini.

Syabas adalah pemegang konsesi pembekalan air di Selangor. KDEH pula adalah anak syarikat milik penuh kerajaan negeri Selangor yang turut mempunyai saham yang terbesar (lebih 50 peratus) dalam Syabas.
... selanjutnya.

Turun Harga Minyak Tidak Realistik?

anwaribrahimblog

Sepanjang ingatan saya, perhimpunan rakyat semalam di Stadium Pulau Pinang adalah yang ulung kali diadakan. Ketua Menteri Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Muhd Sabu turut berucap.

Isu yang saya bangkitkan dan sekaligus menjawab soalan pengunjung: Kaedah penurunan harga minyak.

Lumrah diakui kenaikan terlalu tinggi dan mendadak. Jika sedemikian penurunan adalah wajar.

Yang dibicarakan adalah subsidi tidak pendapatan negara yang melimpah akibat kenaikan di pasaran antarabangsa.

Dana hasil minyak dibelanja untuk apa? Bailout keluarga, kontrak suadara-mara? Formula 1? Orkestra Philharmonik? Jet peribadi?

Jika dijawab dan ditangani, pasti harga minyak bisa diturunkan.

ANWAR IBRAHIM

Groups stage peaceful demos

thestar - [...] A small group of people from Jerit and members of Pakatan Rakyat had turned up for a peaceful protest in Bandar Baru Bangi which started at about 9.45am and was over by 10.30am.

Show of unhappiness: Members of Jerit and Pakatan Rakyat protesting against the fuel price increase in Bandar Baru Bangi yesterday.

Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) coordinator S. Paremeswari said that it was unfair for the Government to compare the fuel price here with that of Singapore and Thailand, as they were not oil-producing countries.

“When they raised the fuel price in 2006, they said they would improve the public transportation system. But did they do it? No.... selanjutnya.

Islam hadhari 'buang masa'

Itu tajuk dari Malaysiakini ...

Beliau berkata "tetapi kalau aktiviti menerangkan apa itu Islam hadhari, buang masa sajalah. Itu kita tidak bagi. Buat apa, buang masa."

"Kita bagi kalau nak menerangkan macam mana tauhid, tajwid, bersatu, itu okey. Ini asyik nyanyi lagu Islam hadhari buat apa. Majulah lebih sikit," tambahnya.

Khalid, dalam wawancara beberapa media berbahasa Melayu di kediaman rasminya Sabtu lalu, bagaimanapun tidak menafikan masih terdapat usaha mempromosikan versi Islam ini oleh kerajaan persekutuan di negeri itu...selanjutnya.
Sedap bunyi tajuk tu ... buang masa. Bukan tu sahaja ... malah buang duit juga. Masa minyak mahal ni, bajet tu baik digunakan untuk bantu orang miskin macam wak ni pun okay jugak.

100 RIBU SEMPENA 100 HARI KERAJAAN BARU SELANGOR



selangortoday - Dijangkakan 100 ribu orang akan memenuhi Stadium Shah Alam sempena 100 hari usia Kerajaan Baru Selangor pimpinan TS Khalid Ibrahim.

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar amanat DS Anwar Ibrahim pada 20 Jun 2008 di Stadium Shah Alam.

Pegawai Khas MB Selangor mengesahkan bahawa Tuan Guru Nik Aziz akan berucap, MB Kedah Dato’ Azizan Razak akan berucap, CM Lim Guan Eng akan berucap. Salain itu 3 pemimpin Parti Pakatan Rakyat, Tuan Guru Haji Hadi, MP Lim Kit Siang dan MP Datin Wan Azizah dijangka akan membuat satu deklarasi bersama pada malam itu.

Mari beramai-ramai datang sambil melahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan prihatin, bersih, dan berkebajikan Selangor.

Tan Sri Khalid akan memberi ucaptama yang dijangka akan melegakan rakyat Selangor.

Program akan bermula pada 7.30 malam dengan Solat Maghrib dan Sunat Hajat di perkarangan Stadium dan akan diteruskan didalam stadium dengan ucaptama YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, di ikuti ucapan oleh lain-lain pemimpin utama Pakatan Rakyat.

Perlukah talipinggang keledar?

REMUK: Keadaan kereta yang terbabit dalam kemalangan di KM 68 Jalan Lama Sungai -Petani Butterworth dekat Tikam Batu, awal pagi semalam.

REMUK: Keadaan kereta yang terbabit dalam kemalangan di KM 68 Jalan Lama Sungai -Petani Butterworth dekat Tikam Batu, awal pagi semalam. Pertembungan antara kereta Waja buatan Malaysia dan Volvo ....

Kita lihat kemalangan melibatkan kereta proton Perdana ..., korang bayang kan berapa kah kelajuan ketika kemalangan? 120 - 240km/jam?

http://sejuk.viere.net.my/wp-content/uploads/2008/05/kemalangan2.jpg

Bandingkan dengan kemalangan kereta Eropah ....

http://farm2.static.flickr.com/1414/625960043_100a3f8ce6.jpg?v=0

lihat tempat duduk pemandunya, dan berapa kah kelajuan ketika kemalangan mereka?

http://www.streetsblog.org/wp-content/uploads/2007/09_24/32813754.jpg

dan lihat gambar ini, perhatikan bahagian pemandunya ...

Kalau aku ada kemampuan untuk membeli kereta baru tempatan .... aku lebih teruja untuk membeli kenderaan 2nd hand ... import. Kerana keselamatan keluarga aku, adalah tanggung jawab aku. Kalau aku bawa kenderaan perlahan ... orang hentam kereta aku, kalau aku laju, mungkin aku hentam kereta orang. So ... aku punya wang dan aku berhak untuk beli kereta yang aku mahu. Yang pasti berbaloi dengan nilai yang aku bayar.

Persoalan lagi, kalau kemalangan kenderaan tempatan seperti di dalam imej, logik kah pemakaian talipinggang keledar? Bagaimana dengan anda.... Masih mahu membeli kenderaan yang baru dan berplastik? Style ada, keselamatan ... tarak.

ABDULLAH PERLU SEGERA BERUNDUR SEBELUM UMNO JADI PEMBANGKANG?

puteramaya - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak perlu menglengah-lengahkan lagi proses peralihan kuasa Perdana Menteri dan Presiden UMNO kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini kerana pada hakikatnya Abdullah sudah dipersarakan oleh rakyat jelata Malaysia menerusi Pilihan Raya Umum (PRU) 12.

Lantaran itu, kenyataan Abdullah yang tersiar dalam akhbar pada 14 Jun 2008, bahawa “beliau dan Najib telah muafakat dan telah setuju” bilakah beliau akan bersara dan bila pula Najib akan jadi Perdana Menteri, adalah akademik.

Najib pula tidak perlu lagi bertindak secara budiman. Fahamilah tuntutan dan kehendak rakyat jelata. Bertindaklah secara decisive dan segera sebelum Abdullah disingkirkan oleh pihak pembangkang menerusi satu revolusi sikatak lompat yang dijangka menjadi realiti dalam tempoh terdekat ini.

Seandainya revolusi sikatak lompat ini tidak menjadi kenyataan, jangan pula Najib terus berdiam diri. Insaflah bahawa kini sudah wujud satu konspirasi bahawa Abdullah mungkin melantik seorang yang penuh misteri untuk menjadi Perdana Menteri.... selanjutnya.

Mengapa Pak Lah Memilih Untuk Tidak Popular?

telaahpolitik - [...] Berdasarkan kepada alasan tersebut, kemungkinan ada satu lagi agenda politik yang sedang diatur oleh Pak Lah dan Khairy di sebalik tindakan memilih untuk tidak popular ini. Agenda ini adalah susulan dengan kemasukan semula 'Mr Ombudsman' Ezam ke dalam UMNO. Malah, sewajarnya dilihat dalam keadaan sekarang sehingga Perhimpunan Agung UMNO hujung tahun ini, tindakan Pak Lah tidak dapat dipisahkan daripada agenda menghadapi Dr Mahathir dan proksinya. Oleh sebab itu, tindakan Pak Lah memilih untuk tidak popular dengan menaikkan harga minyak secara melampau ini tidak mungkin dapat dipisahkan dengan agenda menghadapi Dr Mahathir tersebut.


Pak Lah sebenarnya sedang menggunakan 'senjata-senjata pemusnah besar' untuk menghadapi Dr Mahathir. Antara senjata pemusnah besar Pak Lah menghadapi Dr Mahathir ialah isu kehakiman, isu ketelusan Petronas, isu kegagalan penswastaan, isu rasuah dan isu kemerosotan sektor pertanian. Kesemua isu ini telah disembunyikan dengan sempurnanya semasa Dr Mahathir berkuasa sehingga pekungnya seperti tidak lagi dapat dicium kebusukannya. Bagaimanapun pekung itu telah dibuka satu demi satu sebagai usaha untuk menutup mulut Dr Mahathir dan seterusnya memastikan Pak Lah terus berkuasa selepas Perhimpunan Agung UMNO hujung tahun ini.... selanjutnya.

Berita geli geli hari ini [15-June-2008/Ahad]

Petronas perjelas kewangannya minggu depan, kata Nor Mohamed Yakcop [utusmeloya]
Kit Siang supports Khairy's call for public disclosure of Petronas accounts [nst].
SHAHRIR: Rebate effective way to return oil subsidy to people [nst]
Cuepacs want Govt to standardise COLA [nst]
NOR MOHAMED: Petronas to explain accounts next week [nst]
ADB cadang beri subsidi kepada golongan miskin [utusmeloya]
Harga Bahan Api Melambung Menjejaskan Pengusaha Rumah Bot [bernama]
Kecoh Di Dua Pejabat Pos Kuala Terengganu Ketika Urusan Tuntutan Rebet Tunai [bernama]
Kurangkan Subsidi Minyak Tidak Dapat Dielak Tapi Perlu Dilakukan Secara Beransur-ansur [bernama]
Peniaga Beras Di Sibu Berang Dengan Kesukaran Dapatkan Bekalan Beras Bersubsidi [bernama]
Kenaikan Harga Minyak Jejas Usaha Basmi Kemiskinan, Kata Penganalisis [bernama]
Dr M: Why cut subsidies and then reduce toll rates [thestar]
Khalid tells why Maimunah was removed [thestar]
Sebuah parti komponen dijangka keluar BN - Ku Li [utusmeloya]
‘Laser mouths’ leave minister speechless [thestar]
Terengganu folk overjoyed [thestar]
Ratusan tahanan bolos [utusmeloya]
NS dept returns RM66m to Government [thestar]
Kereta enjin kecil pilihan rakyat? [utusmeloya]
Kaji sebelum naikkan harga minyak - Dr. M [utusmeloya]
Agihan pendapatan negara adil [bhairan]
'Pengumuman Pak Lah tepat' [bhairan]
Semua pejabat pos besar dibuka hari ini [bhairan]
Kesan tapak kaki raksasa disah palsu [bhairan]
Wang tunai rebat habis [kosmo]
Anak bergaduh, bapa kena belasah [kosmo]
Kera selongkar almari curi pasport [kosmo].
Arab gentar kesan harga minyak [kosmo]
Jerung Mediterranean hilang sejak 200 tahun [kosmo]
Harimau belang jadi menu arak [kosmo]

Posting terkini

Blog Archive