KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 8, 2008

Surendran kecewa dengan kenyataan Pengarah Jenayah

BH | ... Sega yang tiba jam 10.20 minit di IPD Gombak ditemani peguam mereka N Surendran.

Beliau memberi keterangan hampir sejam mengikut Seksyen 112 Kanun Keseksaan berhubung laporan polis dibuat berhubung kehilangan bapa saudaranya.

Balasubramaniam bersama isteri dan tiga anak mereka berumur enam hingga 11 tahun dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.

Sementara itu, Surendran melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Zinin yang mendakwa Kumaresan enggan memberi kerjasama.

"Kami kecewa dengan kenyataan beliau. Sabtu lalu, saya sendiri sudah membuat temu janji dengan pegawai penyiasat Cif Inpektor Fadzil untuk memberi keterangan semalam," katanya.... selanjutnya.

Anwar di Himpunan 1 juta, Kelana Jaya



Part 2
Part 3
Part 4

Sumpah Pocong

Radenjowo
Bila sebut tentang sumpah sumpah ni, gua ada seronok nak cerita tentang sumpah yang terdapat di Indonesia. Mulanya agak pelik, tapi ada beberapa tempat di Indonesia yang mengamalkan sistem sumpah yang pelik. Antara yang menarik adalah 'sumpah Pocong'. wahhhhh ... ngeri dan bukan main main. Gua saksikan di dalam sinetron TV dulu, tapi mungkin ada yang belum bisa nonton, maka gua cerita kan sikit.

Sumpah pocong adalah sumpah yang dilakukan oleh seseorang dalam keadaan terbalut kain kafan seperti layaknya orang yang telah meninggal (pocong). Sumpah ini tak jarang dipraktekkan dengan tata cara yang berbeda, misalnya pelaku sumpah tidak dipocongi tapi hanya dikerudungi kain kafan dengan posisi duduk.

Sumpah pocong biasanya dilakukan oleh pemeluk agama Islam dan dilengkapi dengan saksi dan dilakukan di rumah ibadah (mesjid). Di dalam hukum Islam sebenarnya tidak ada sumpah dengan mengenakan kain kafan seperti ini. Sumpah ini merupakan tradisi lokal yang masih kental menerapkan norma-norma adat. Sumpah ini dilakukan untuk membuktikan suatu tuduhan atau kasus yang sedikit atau bahkan tidak memiliki bukti sama sekali. Konsekuensinya, apabila keterangan atau janjinya tidak benar, yang bersumpah diyakini mendapat hukuman atau laknat dari Tuhan. - Wikipedia
Ini bukan benda pelik kat sana, antara cerita dari blog yang gua cilok berkaitan dengan kaedah bersumpah kat sana,

Seperti apa sumpahnya, Bul juga nggak tau, apakah sumpah pocong, sumpah serapah, atau malahan sumpah palsu, tapi seperti itulah kejadiannya. Semoga seluruh korban lumpur di Sidoarjo Jawa Timur, benar-benar mendapatkan ganti rugi dari Lapindo.

Terlihat pada gambar di atas:
BERSUMPAH: Direktur Operasional PT Minarak Lapindo Jaya Bambang Prasetyo Widodo (kiri), didampingi budayawan Emha Ainun Nadjib, mengucapkan sumpah akan membayar ganti rugi pada seluruh korban lumpur panas Lapindo Brantas di hadapan ratusan warga korban lumpur dan Majelis Hakim Pengadilan Agama Sidoarjo, di Pendopo Kabupaten Sidoarjo, Jawa Timur, Rabu (25/7). - Stoprokok
dan ini adalah sumpah POCONG yang di maksudkan,


Situbondo, Untuk membuktikan kebenaran atas tuduhan warga bahwa seseorang memiliki Ilmu Sihir (Santet, red), jalan terakhir yang bisa dilakukan sesuai tradisi yang ada di Kabupaten Situbondo dengan melakukan Sumpah Mimbar atau yang lebih ngetren dinamakan Sumpah Pocong. Sebab dengan melakukan sumpah itu, tudingan dan amarah warga akan reda setelah dilakukan sumpah pocong itu.

Man Zaini (55) warga Dusun Pesisir Utara Desa Kilensari Kec Panarukan berinisiatif untuk melakukan sumpah pocong, jum’at siang kemarin usai shalat jumat di Mushallah Nurul Fatah karena dirinya selalu dituduh warga setempat sebagai tukang santet atau memiliki ilmu hitam yang dilaknat Allah itu. Pasalnya, Hamdi (25) warga setempat meninggal sepuluh hari lalu namun keluarganya merasa tidak puas dan curiga dengan kematian dan jenis penyakit (perut memebesar) yang dialaminya itu. - Kabarindonesia
Hah ... kalau korang nak cuba boleh, tapi jangan sampai keras. Gua sumpah tolak korang terus masuk lubang. Di Tutup dan kita baca kan talqin ramai ramai. Tapi cerita atas berlaku di Indonesia. Kalau kita nak buat cam tu boleh, cuma tukarkan nama. Jangan nampak sangat meniru. Kita namakan 'SUMPAH C4' .... . Kalau langgar sumpah, badan boleh hancur beb.......

Minyak oh Minyak

kickdefella | ....Kenaikan harga minyak disebabkan oleh peniaga minyak antarabangsa yang menjual beli minyak sesama mereka seperti dahulu mereka menjual beli matawang negara tertentu termasuk negara kita. Terdapat maklumat yang mengatakan mereka menyewa tanker besar untuk simpan minyak menunggu kenaikan harga.

Kenaikan harga yang amat tinggi mempunyai kesan negatif kepada negara seperti China dan Jepun yang bersaing dengan Amerika Syarikat dan Eropah.

Di masa yang sama pendapatan dolar yang bertimbun-timbun oleh Negara pengeluar minyak terpaksa disimpan di Amerika. Wang ini digunakan oleh Amerika untuk menampung ekonomi mereka yang menghadapi defisit dalam belanjawan negara dan defisit dalam dagangan Amerika.

Kebanyakan daripada syarikat pengeluar minyak dimiliki oleh rakyat Amerika dan mereka mendapat keuntungan yang amat besar daripada penjualan peratusan minyak yang dikeluarkan oleh mereka bagi negara-negara pengeluar yang tidak mampu mengeluar sendiri. Di Malaysia juga terdapat syarikat-syarikat asing yang untung besar daripada bahagian mereka dalam perjanjian “production sharing”.

Hanya di Malaysia Petronas memiliki bahagian yang lebih besar kerana kita tidak serah semua kegiatan pengeluaran kepada syarikat asing semata-mata. Industri petro-kimia juga adalah milik Petronas.

Kerana Petronas terlibat secara menyeluruh dalam industri minyak ia diundang untuk mengambil bahagian dalam pengeluaran, penapisan dan lain-lain kegiatan industri minyak di 34 buah Negara.

Keuntungan daripada operasi luar Negara kian meningkat dan pendapatan dibawa balik dan di miliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. (Read more)

Politik Minyak

Oleh Husam Musa (husammusa.com)

Menaik atau menurunkan harga minyak, adalah pertimbangan politik.

Harga minyak dunia tidak akan terkejar, jika Negara ingin mengikut paras harga dunia. Waktu tulisan ini ditulis, ia sudah mencecah USD 146 satu tong. Sudah USD 11 lebih tinggi berbanding semasa Kerajaan mengumumkan kenaikan terakhir pada 5 Jun lepas.

Pilihan adalah samada untuk melindungi ekonomi Negara kita dan kesejahteraan rakyat atau mengejar harga dunia.

Oleh kerana Negara kita mempunyai minyak sendiri dan minyak yang kita keluarkan mencukupi untuk memenuhi keperluan kita sendiri, kita boleh memutuskan diri kita dari kenaikan harga minyak dunia. Kita tidak perlu terikut dengan harga dunia untuk menentukan harga domestik.... selanjutnya.

Apa terjadi dengan Bala sekeluarga?

alhusseyn51 | ...Apa yang sebenarnya terjadi kepada Balasubramaniam sekeluarga? Dimana Bala sekarang?Tidak mungkin dia mencari perlindungan di Kedutaan India sebab PM Abdullah kata Malaysia selamat

Anak saudara Balasubramaniam telah membuat laporan polis tentang kehilangannya bersama-sama isteri dan tiga anaknya pada Sabtu, percaya bapa saudaranya itu mungkin dikurung oleh pihak tertentu dan tidak dapat melepaskan diri.

Siapakah pihak tertentu yang dimaksudkan oleh anak saudara Bala tersebut?

Mengikut satu kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Bakri Zinin, ada dua kemungkinan :

  • Beliau menyembunyikan diri kerana takut
  • Disembunyikan pihak yang mempunyai kepentingan selepas pendedahannya dalam dua akuan bersumpah yang dibuatnya.

Lim Kit Siang pula dalam blognya menulis :

This was what Balasubramaniam said in his press conference on Thursday when releasing his SD1:Ini adalah apa yang telah dikatakan oleh Balasubramaniam dalam sidang media khamis lalu sewaktu mendedahkan Akuan Bersumpah Pertamanya :

“If you have experienced being in a lock-up, definitely you will sign the statement. I have three children (to think about). Jika anda pernah mengalami kena lokap , tentunya anda akan menandatangani pengakuan tersebut.Saya mempunyai 3 orang anak (yang perlu difikirkan)

”I was arrested under (Section) 302 (for murder). What’s the reason? In the first place there was no reason for the police to put me in the lock-up. They can call me anytime to take a statement. I was the private investigator for Razak.” Saya ditangkap dibawah (Akta) 302 ( kerana membunuh). Apa tujuannya? Pertama sekali , tidak ada sebab bagi polis menyumbatkan saya kedalam lokap. Mereka boleh panggil saya bila-bila masa untuk membuat kenyataan.Saya seorang Penyiasat Persendirian untuk Razak.” ..
. ... selanjutnya.

Was PROTES a failure?


by mob's crib

PM, TPM atau separuh kabinet pun boleh - Anwar

MStar | ... "Saya keberatan ikut serta dalam debat tersebut kerana hanya melibatkan Menteri Penerangan, Ahmad Shabery Cheek. Saya telah mencadangkan supaya Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atau Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak atau kedua-duanya menyertai debat tersebut.

"Bagaimanapun jika mereka keberatan, insha-Allah saya bersedia. Saya perlu menjelaskan kaedah pelaksanaan cadangan Pakatan Rakyat menurunkan harga minyak," kata beliau dalam blognya hari ini.

Ketika berucap pada Perhimpunan Protes Sampai Turun Harga Minyak 2008 di Kelana Jaya malam tadi, Anwar berkata, walaupun tidak berpuas hati kerana permintaannya mahu berdebat dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mengenai harga minyak tidak dipenuhi, Anwar berkata, debat dengan Menteri Penerangan Datuk
Ahmad Shabery Cheek yang dijadualkan 15 Julai ini juga memadai.

"Lebih baik debat dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, separuh Kabinet pun boleh. Ini bukan masalah politik biasa tetapi ini masalah rakyat yang membebankan. Biar dengar betul-betul," katanya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, perkara tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat minggu lalu.... selanjutnya.

no2umno - lama dan dah berulang.....sampai sekarang tak dengar suara Najib dan Pak Lah. Diorang dah letak jawatan ke? Macam tak dengar jawapan pun.

Bala & Family hilang! Everything gonna be fine...Be Cool?

Ini yang dikatakan oleh anak saudara PP Balasubramaniam,

Brothers R.Kumaresan, 27, and Segar, 24, of Batu Caves said their uncle had shared with them about what he had mentioned in his first SD about six months earlier, and they believed he would one day make it public. - selanjutnya
Dan ini dinyatakan oleh Peguam Balasubramanian,
Kali pertama saya berjumpa dengan Encik Bala adalah dalam sekitaran dua bulan lalu di sebuah restoren di dalam kehadiran beberapa orang yang lain di mana beliau meminta saya untuk menolong beliau untuk mendokumenkan keterangan beliau. Saya memulakan proses tersebut dua minggu selepas itu. Saya menemui beliau beberapa kali dan akan mencatat apa yang beliau beritahu. - Americk Sidhu
http://farm2.static.flickr.com/1050/631130903_b4815854f7_m.jpgApa yang aku tengok sejak awal kehilangan Balasubramaniam, adalah sifir mudah. Kalau polis mahu siasat, polis tahu apa yang sepatutnya yang perlu dibuat. Bila melibatkan profile tinggi, itu yang jadi masalah. Maka sibuk lah cerita pasal cari sana, cari sini, guna Interpol dan sebagainya.

Merujuk pada kenyataan di atas, gua percaya ramai antara pembaca dan peminat berita sudah meletakkan satu nama di dalam kepala. Cuma jangan sebut, takut ada orang yang marah. Al maklum, fitnah dah berleluasa. sampai kita sendiri keliru tentang siapa yang sebenarnya menebarkan fitnah. Bila perkara betul menjadi fitnah dan fitnah menjadi betul, kita tak berani untuk tambah fitnah. Takut berlaku perkara yang bukan bukan. Sedangkan sumpah dah jadi mainan. Hari ni sumpah lain, esok sumpah lain. Yang kaya, pesuruhjaya sumpah.

Memang sumpah yang bertambah tambah untuk menjadikan rakyat keliru. Untuk tambah masa, bagi cari peluang kalau kalau ada jalan keluar. Yang bersalah, buat muka selamba, yang betul buat muka pening. Sekarang kita tak tau siapa yang salah dan siapa yang benar.

Bila dah pening, maka usul angkat Mubahalah di cadangkan. Katanya, nak selesai masalah. Kata Anwar ... dulu dah pernah bersumpah, tak masih kena belasah. Mufti pun bertelagah. Sorang kata boleh dan sorang lagi kata "tak payah"Aduhhh.... apa lagi jalan yang mudah untuk keluar kemelut dan pening kepala akibat politik.

Kalau korang kata, si kafir jahat dan bohong, apa bezanya dengan si Islam? Aku rasa, orang Islam lagi kuat bohong. Kecuali kalau Tuhan petirkan mereka yang fitnah dan tipu, mungkin ketika itu baru manusia tak berani nak menipu. Bila sekali tipu, selamat. Dua kali tipu selamat ... orang ghairah untuk tipu. Tapi sampai bila? 1,000 tipu akhirnya untuk menutup 1 tipu.

Sekarang Balasubramaniam sudah hilang. Dia lari, di sorok atau dah di bom? Tak der sapa yang tahu. Ada yang tahu, tapi buat buat tak tahu. Persoalannya, sampai bila dan apa kesudahannya? Bukan Bala seorang, tapi isteri dan anak anaknya.

Siapa yang bimbang Bala di gunakan? Guna untuk dedahkan atau guna untuk bersubahat. Tapi bila Bala sudah keluar, macam macam cerita boleh dengar. Kalau ada pihak yang mahu cerita ditutup, ramai saudara dan rakan rakan akan keluar cerita apa yang bala tahu. Bala pasti serba salah, hari ini kata lain, esok kata lain. Berapa ramai yang tahu niat sebenar Bala. Kawan, saudara mara dan sesiapa sahaja. Disitu lah punca nya rahsia terbongkar. Korang tunggu, sampai bila kah Bala akan disembunyikan? Masih hidup atau sudah hilang.

Ada pelayar yang mahu Bala di cari di Bukit Cerakah ..... Dalam kelakar ada sinis nya. Menarik ... tapi jangan fikir sampai pening, kerana ada yang lebih pening dari kita yang sudah pening.

Gua kasi soalan cepumas, Kalau Saiful disorok polis, siapa sorok BALA?

Kenapa Bala Hilang, Dan Siapa Melarikannya?

msomelayu | .... Paling merujakan dan menyebabkan kita seperti bingung dan hilang akal lagi apabila Bala pula dilaporkan sudah hilangkan diri sejak Jumaat lalu? Turut hilang ialah keluarganya, anak dan isteri. Ke manakah Bala setelah bersumpah dan apa sebenarnya yang sudah menimpa dirinya?Kehilangan Bala itu bukan kehilangan biasa kerana ia menyebabkan anak saudaranya terpaksa membuat laporan polis.

Polis sendiri terpaksa menggunakan bantuan polis antarabangsa (Interfol) dan polis Asean (Aseanapol) untuk menjejak Bala? Apakah kenyataan dari pihak polis ini juga untuk mengelirukan di mana Balasubramanian berada sekarang? Masakan polis tidak dapat mengesan kerana kehilangan Bala belum sampai 24 jam selepas menarik balik pengakuan akuan berkanunnya itu Jumaat lepas.

Jangan pula dalam hal ini polis juga bermain kongkalikong. Polis juga sukar untuk dipercayai memandangkan kepada rekod-rekod 'perkhidmatan'nya sebelum ini!

Berbagai andaian dan spekulasi wujud di sebalik diri dan apa yang berlaku ke atas Bala itu. Ini menambahkan lagi kerumitan kepada orang ramai ingin membuat kupasan berhubung kes tuduhan Anwar meliwat dan juga kes dakwaan isteri Najib mengetahui kisah pembunuhan Altantuya.

Ada kemungkinan Anwar mengupah Bala agar membuat kenyataan itu untuk memberi keburukan dan damagekan Najib – itu tanggapan orang Najib. Dan ada juga kemungkinan Najib membeli balik Bala untuk menutup pendedahan lelaki India itu dengan memintanya membuat pengakuan pertamanya adalah palsu. Pengakuan sedemikian oleh Bala menguntung dan menggembirakan Najib.

Bala ada menecerita beliau tertekan dalam membuat sidang akhbar mendedahkan akuan bersumpahnnya itu. Kenapa? Tidak jelas apakah semasa membuat akuan pertama atau semasa membuat akuan kedua menarik balik akuan pertama itu.

Dalam perkembangan lain, ada maklumat mengatakan selepas selesai beliau membuat akuan pertama beliau didatangi oleh seseorang. Pertemuan itu berlaku pada malam selepas beliau membuat pendedahan akuan berkanun pertama. Seseorang ini menjadi misteri di pihak manakah dia? Jika dianalisa kedatangan itu seleps beliau membuat pendedahan itu ia mungkin ada kaitan dengan Najib. Kerana selepas itu beliau mengubah fikiran membuat sumpah baru pula yang menguntungkan Najib.... selanjutnya.

Posting terkini

Blog Archive