harakah | "Janganlah tunggu Pilihan Raya Umum ke-13 untuk kalahkan BN dan Umno supaya Abdullah jatuh. Yang salah bukan BN atau Umno. Yang salah ialah Abdullah," katanya dalam satu komentar yang tersiar dalam lama web beliau hari ini.
"Jika ahli Umno hendak melihat parti dan BN dipulih semula, 'paksalah' Abdullah letak jawatan sekarang. Jangan calon Abdullah di peringkat cawangan atau bahagian," katanya.
Jika kerana cawangan dan bahagian mengizinkan Abdullah terus menjadi Presiden Umno, yang salah ialah ahli Umno sendiri, katanya.
Mahathir mendakwa bahawa beliau masih dipersoal setiap kali mengeluarkan kritikan terhadap Abdullah.
"Tiap kali saya mengkritik Abdullah sebagai Perdana Menteri ada sahaja orang yang secara sinis berkata, "Awak yang lantik dia"," kata Dr Mahathir dalam ulasan terkininya berhubung pergeseran antara beliau dan Abdullah.
"Ya, saya mengaku salah. Saya mengaku yang saya lantik Abdullah sebagai pengganti saya. Tetapi ahli Umno juga pilih Abdullah," ujarnya sinis. ... selanjutnya.
Jul 26, 2008
Mahathir seru ahli Umno 'paksa' Abdullah letak jawatan segera
Labels: UMNO berbalah, UMNO bergolak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
'Giliran orang Johor jadi presiden'
malaysiakini | ...Muhyiddin sekarang adalah naib presiden Umno dan memegang portfolio Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.Sebelum ini, beliau telah diamanahkan memegang jawatan Menteri Pertanian dan Asas Tani.
Umno bahagian Johor Bahru diketuai oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.
"Usul mencadangkan Tan Sri Muhyiddin sebagai presiden di persetujui sebulat suara dalam mesyuarat cawangan 19 Julai lalu," katanyaAbdul Muhammad Talib Ngah ketika dihubungi Malaysiakini.
Tidak dipengaruhi
Ketua Umno cawangan itu menjelaskan kehadiran ahli dalam mesyuarat adalah 81 orang ahli cawangan. Ia telah diadakah di Dataran Kg Desa Jaya.Abdul Muhammad Talib juga menjelaskan usul Umno cawangan itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
Umno cawangan Desa Jaya adalah cawangan pertama dalam bahagian Johor Bharu yang mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding untuk merebut jawatan nombor satu itu dalam parti.
Sehubungan itu, Abdul Muhamad Talib menegaskan bahawa ahli-ahli akar umbi di situ mahukan demokrasi.... selanjutnya.
Labels: UMNO bergolak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Insiden udara Qantas: M'sia jadi perhatian
malaysiakini | ...Perhatian kini bertumpu kepada sebuah sebuah syarikat penyelenggaran kapal terbang di Malaysia selepas sebuah pesawat Qantas hampir terbabit dalam kemalangan udara semalam.
Akhbar The Daily Telegraph di Sydney memetik seorang juruterbang kanan Qantas yang tidak disebut namanya sebagai berkata, insiden itu mungkin ada kaitan dengan penyelenggaran pesawat tersebut.Katanya, terdapat cakap-cakap di kalangan juruterbang mengenai mutu rendah penyelenggaran pesawat tersebut yang dilakukan di luar negara.
"Tindakan Qantas menggunakan khidmat penyelenggaran di Malaysia membimbangkan ramai juruterbang kami," katanya sambil mendakwa ada pesawat yang tidak diselenggara dengan sempurna.
Bagaimanapun, tidak ada pengesahan sama ada pesawat itu telah dibaiki atau diselenggara di Malaysia.
Pagi semalam, pesawat Boeing 747 yang berusia 17 tahun, bagi penerbangan QF 30, mengalami kebocoran rangka pesawat ketika melintasi Laut China Selatan dalam penerbangan dari London ke Melbourne.
Insiden tersebut mengakibatkan terjadi satu lubang seluas tiga meter di bahagian perut pesawat, menyebabkan tekanan udara jatuh. Ini menyebabkan pesawat terjunam 6,000 meter (20,000 kaki) sebelum dapat distabilkan semula.... selanjutnya.
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Tiada lagi songkok dan tudung di UIA
tranungkite | ....Tiada lagi songkok dan tudung yang menjadi identiti keunikan UIA kerana kini, seorang yang begitu bijak yang diberi nama Prof Datuk Dr. Tahir Azhar telah mengisytiharkan jubah yang baru dengan topi mortar atas alasan 'mengelakkan daripada soalan skeptikal dan was-was daripada sesetengah pihak'. Apakah maksud ayat ini? apakah soalan yang sebegitu begitu hebat sehinggakan identiti Islam di UIA itu diketepikan?
Saya ingin bertanya kepada Prof apakah ini bermaksud UIA tunduk dan mengalah kepada 'fesyen luar' walhal Islam dan UIA ada identiti sendiri yang unik dan dihargai seantero dunia? apakah sebegitu mudah UIA tunduk menyerahkan identiti Islam kepada identiti lain? Apakah salahnya songkok diteruskan? Lebih baik UIA memperbaiki penghayatan para graduan terhadap Islam, cara-cara untuk memastikan Islam tersemat dalam hati, agar dapat dielakkan isu bekas pelajar UIA ke disko, jadi pelacur, seks rambang dan lain-lain!Perkara remeh? Saya setuju! Apabila perkara seremeh ini tidak dapat diberikan perhatian, jangan haraplah kita berdaya melawan arus menentang Islam kini. Nas menyebut 'Barang siapa yang mengikuti adat sesuatu kaum yang lain maka ia adalah daripadanya'. Sekiranya alasan ini dijadikan asas maka saya fikir lebih baik Prof meletakkan jawatan. Ini adalah kerana fungsi UIA bukan sahaja meneruskan dasar pendidikan, tetapi juga sebagai benteng Islam terakhir untuk mempertahankan Islam dan identiti Islam, untuk mempertahankan maslahat umat.
Perkara kecilanpun tidak terdaya UIA untuk mempertahankannya, inikan pula maslahat umat!! Apakah pendirian UMNO terhadap isu ini? apakah parti membela melayu duduk macam kera sumbang diam seribu bahasa? Apakah pendapat Hishamuddin? adakah Menteri Pelajaran mengetahui perkembangan ini? Apakah ini salah satu daripada langkah-langkah menghapuskan unsur Dato' Seri Anwar Ibrahim di UIA?... selanjutnya.
no2umno - Kalau MP tak pakai songkok ramai yang bising. Kalau graduan tak guna songkok ... apa komen?
Labels: Belit BN Belit UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Pas Terperangkap kalau Paklah Buat Piliharaya Mengejut !!
tranungkite | Berita bertiup kencang Paklah dalam mesyuarat MT nya tidak menolak kemungkinan untuk membubarkan Parlimen pada awal bulan september 2008, ini semua hasil risikan cawangan khas bahawa Anwar sudah hampir memulakan langkah ke Putrajaya, tuduhan liwat keatasnya tidak berjaya merencaykan sedikitpun dari Plan asal Anwar. antara tarikh yang disebut pada 4 September dalam Penamaan calon 13 september. samada sedar atau tudak PAS hanya menang undi Melayu di Kelantan dan Kedah, manakala negeri lain ianya dibantu undi bukan Melayu terutama kawasan Selangor dan lembah Klang.
Apakah anda ingat Paklah saja saja melepaskan Bom dan memungkiri janjinya dengan mengatakan dia ada mengadakan Muzakarah dengan Pas atas soal Melayu sebanyak 3kali? andainya pilihanraya berlaku dalam waktu terdekat dan orang bukan Islam berjaya diyakinkan Media Umno yang Pas sedang bermuzakarah atau bermuqabalah dengan menyertai Umno,
PAS akan kalah teruk manakala Pakatan Rakyat bakal tersungkur disekurang kurangnya 3 Negeri. andai perkara ini berlaku eloklah orang yang bertanggung jawab kepada Muzakarah ini bersedia mengundur diri dan tidak boleh dimaafkan oleh refromis seperti saya yang mahukan perubahan, ramai yang mengundi Pas , Dap dan PKR pada pilihanraya Mac lalu bukan kerana menyokong parti parti ini tetapi menyokong perubahan yang dijanjikan.... selanjutnya.
Labels: bubar Parlimen, Dollah Pening, pru 13
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Sambutan hebat Anwar di Kuantan
sidangonline | Meski pun dalam keadaan hujan kadang-kadang lebat dan kadang-kadang renyai, ia tidak menghalang lebih 20 ribu yang berkunjung dari merata pelusuk mendengar ceramah mantan Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Kampung Razali, Jalan Gambang Kuantan malam kelmarin.
Ini merupakan destinasi kedua dalam road show Anwar ke seluruh negara, dua hari selepas dibebaskan daripada tahanan kontroversi dan mendapat liputan seluruh dunia di Balai Polis Kuala Lumpur.
Dalam ceramahnya pelbagai persoalan telah dibicarakan seperti isu ditelanjangkan dalam pemeriksaan hospital semasa tahanan, sebab keengganan mengizinkan diambil DNA, rasional PR boleh menurunkan harga minyak jika diberi mandat mengambil teraju negara ini, menolak andaian pimpinan Umno kononnya beliau sanggup menggadaikan hak Melayu negara ini seperti membelakangkan DEB.
Setiap hujahnya yang bersemangat dan menarik perhatian disambut dengan tepukan gemuruh oleh pendengar secara spontan.
Dua perkara yang menarik semasa program berlangsung. Pertama pengumuman Anwar yang akan bertanding kerusi parlimen dalam tempoh terdekat ini, dan kedua kehadiran bekas timbalan menteri dan Adun Beserah yang pernah menggegarkan Umno Pahang dengan isu rasuah Tun Khalil Yaakob, Dato’ Fauzi Abdul Rahman.
Turut berceramah pada malam tersebut ialah Naib Presiden PKR Azmin Ali dan Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Saleh. DAP diwakili oleh Adunnya dari Negeri Sembilan sementara Dr Hamzah Jaafar mewakili PAS Pahang.
Bagi penduduk Kuantan pula, ini merupakan perhimpunan paling ramai selepas PRU 12, 8 Mac lalu di mana memperlihatkan pembangkang membuat kemaraan kecil dengan memenangi dua Parlimen dan lima Dun.
Pendengar ceramah yang selama ini dimonopoli oleh kaum Melayu, pada malam itu memperlihatkan kehadiran seimbang daripada masyarakat Cina dan India.
Gambar: Walau pun dalam hujan, orang ramai tidak berganjak daripada mendengar pidato Anwar
Labels: Anwar Ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
YAYASAN PAHANG DIPERALAT OLEH UMNO - Mesir.
kampusnegara | Dewan Pemuda PAS Pahang kesal Umno memperalatkan Yayasan Pahang untuk kepentingan politiknya. Dalawatan saya ke Mesir baru - baru ini dapat mendengar sendiri bagaimana keluhan dan rasa kesal para pelajar negeri Pahang apabila melihat bagaimana Umno, mempergunakan kemudahan Yayasan iaitu sebuah bilik di bangunan Haiyu Asyir milik Yayasan Pahang di Mesir untuk menempatkan pejabat Kelab Umno.... selanjutnya.
Labels: Belit BN Belit UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Ahli Parlimen PKR Berjumpa Najib?
msomelayu | BERITA ini belum heboh lagi. Tetapi Penasihat PKR Anwar Ibrahim khabarnya sudah menghidu baunya. Ada seorang ahli Parlimen daripada PKR telah pergi berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri, Mohd Najib Razak.
Untuk apa? Apakah perjumpaan itu ada kena mengena dengan isu yang timbul ke belakangan ini; isu tuduhan liwat ke atas Anwar dan juga isu muzakarah dengan Pas! Tetapi kalau semata-mata isu itu kenapa sampai pergi jumpa Najib, bukankah Najib itu timbalan presiden Umno?
Kalaulah ahli Parlimen itu pening memikirkan apa yang berlaku akhir-akhir ini takkanlah beliau sampai perlu rujuk kepada Najib. Tentulah ada sesuatu yang tidak kena agaknya. Kalau tidak masakan pergi mencari timba.
Saya belum dapat maklumat sahih mengenai desas desus ini, sedang siasat. Tetapi khabarnya ahli Parlimen itu berasal dari negeri di Pantai Timur. Umurnya di bawah 50 tahun dan baru pertama kali menang dalam pilihan raya pada 8 Mac lalu.... selanjutnya.
Labels: Belit Najib, PKR
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Sarawak use BMW, MERZ, JAGUAR and ROLLS ROYCE
Korang bising pasal Merz .... Sarawak negara yang tak betul sangat jalannya, guna BMW, MERZ, JAGUAR dan MERZ untuk kepimpinan kerajaan negeri. Cuba check kos selenggara kenderaan diorang .... Komen sikit Dolllah.
NST |While controversy rages over the Terengganu government's choice of official cars, in Sarawak it is a non-issue as the official cars for ministers and assistant ministers had always been either the Mercedes Benz or BMW.
The Proton Perdana are used only by the heads of department but the model has since lost favour even among this group due to claims of high maintenance cost and reliability issues.
"The state has not bought a Perdana for a number of years now," said a senior government official who declined to be named.
He said like ministers and assistant ministers, the heads of department had a choice on the model of car they preferred as long as it was within their entitlement.
Most heads of department are now using the Toyota Camry. Some have opted for the Honda Accord.
Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud's official car is the Rolls Royce Silver Shadow.
His two deputies, Tan Sri Dr George Chan and Tan Sri Alfred Jabu, use the BMW 7 series as their official cars.
Some ministers, like Housing Minister Datuk Seri Abang Johari Tun Openg and Second Minister of Planning and Resource Management Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan, have Jaguar XJ as their official cars.... selanjutnya.
Labels: Belit Taib Mahmud
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
