Hmetro - TANJONG KARANG: Giat Mara Merbau Berdarah, Sabak Bernam, di sini, diarah membayar sewa RM1,500 sebulan kepada kerajaan negeri yang kini diterajui Pakatan Rakyat, walaupun sebelum ini pusat latihan kemahiran itu diduduki secara percuma sejak tiga tahun lalu.
Difahamkan, kerajaan negeri melalui Majlis Daerah Sabak Bernam enggan menyambung perjanjian membenarkan Giat Mara beroperasi di bangunan milik kerajaan itu secara percuma walaupun tempoh perjanjian tamat pada Ogos depan.
Pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan sebelum ini menghantar notis kepada Giat Mara menyatakan kerajaan negeri tidak akan memberi keistimewaan kepada agensi Kerajaan Pusat seperti pengecualian bayaran sewa atau cukai kecuali kepada anak syarikat kerajaan negeri.
Berdasarkan arahan itu, Giat Mara yang menduduki bangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kini perlu membayar RM1,500 sebulan sebagai sewa berdasarkan kadar RM150 bagi setiap pintu dan ketika ini, pusat latihan berkenaan menggunakan 10 pintu. more...
No2umnO - Ni kena siasat nih. Jangan bila dah disuruh tutup baru cerita tentang 'bantuan tak kira parti politik'. Betul ke atau sekadar nak jatuhkan nama Kerajaan Baru .... Susahnya aku nak percaya. Setahu aku kalau nak masuk ke Giat Mara ni kena dapat recommendation pemimpin pemimpin UMNO setempat. Dah lama rasanya UMNO jadi kan MARA sebagai senjata....
Kepada pembaca, jangan percaya bulat bulat, dengarkan apa kata kerajaan negeri pulak. Atau PBT yang buat cerita. Sedangkan di dalam tempoh 2 bulan nih, tak ada perubahan pada PBT PBT yang dibuat oleh Kerajaan Negeri lagi, kecuali PBT buat buat pandai. Tindakan dibuat tanpa persetujuan kerajaan negeri bertujuan untuk jatuhkan nama Pakatan RAkyat. Minta surat hitam putih dari Kerajaan Negeri kalau boleh. Mungkin ada yang harap tindakan ini boleh menimbulkan kemarahan bangsa Melayu kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Jangan main main wooo.....
Apr 28, 2008
GIAT MARA TAK BAYAR SEWA 3 TAHUN?
Labels: Mara
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Janganlah "over react"
Roslansms - Pengerusi DAP Karpal Singh semalam telah membuat laporan polis di Pulau Pinang. Laporannya tergadap laman web pasjohobahru.com yang dikendalikan oleh PAS Johor Bahru.
Menurut Karpal di dalam laporannya laman web tersebut menyairkan melalui ruangan "shoutbox" nya komen yang berbunyi: "Darah YB Karpal halal dibunuh"
Menurut Karpal komen tersebut menuduh bahawa beliau telah menghina Islam, dan komen itu merupakan satu ancaman bunuh.
Saya difahamkan Pesuruhjaya PAS Johor Prof Dato Dr Mahfodz Mohammad telah pun mengeluarkan kenyataan rasmimengenai isu tersebut antaranya:
Isu memohon maaf tidak timbul sama sekali kerana kenyataan tersebut bukanlah merupakan kenyataan atau pendirian rasmi PAS Negeri Johor.
Saya secara peribadi merasakan "alif" yang telah menurunkan komen itu sungguh keterlaluan, biadap dan tidak berakhlak, namun "shoutbox" ini adalah ruangan para pengunjung sesebuah laman web atau blog berinteraksi dengan pemiliknya. Siapa sahaja boleh menurunkan komennya, dan seringkali pemilik laman web atau blog tidak pun mengenali siapakah gerangan yang memberikan komen itu.
(Roslan SMS Corner sendiri pernah mempunyai ruangan sedemikian tetapi kemudiannya dimansuhkan apabila para pengunjung yang separuh tiang gemar melakukan"pukul curi" melaluinya).
Kesimpulannya memang si "alif" itu keterlaluan, tetapi saya kira sebagai seorang ahli politik yang veteran, Karpal sendiri pun tak perlulah "over react" sehingga membuat laporan polis. Kalau beliau secara jujur kunjungi ruangan komen di kebanyakkan laman web dan blog termasuklah yang dikendalikan DAP sendiri, kadangkala kita akan dapati komen dari para pengunjung, ada yang keterlaluan samada bersifat perkauman, lucah dan seumpamanya. more...
Labels: DAP
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Hadap ke Mahkamah, Bicara, Tukul Jatuh Masuk Penjara!
email oleh:
Labels: EMAIL, noontimesilence
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apabila Ahli Parlimen UMNO Mula Berkurang Ajar Di Parlimen
Greenboc - Tindakan Ahli Parlimen Mersing yang juga Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latif Ahmad yang untuk tidak mematuhi peraturan sewaktu mengangkat sumpah dengan tidak mengangkat tangan kanannya di sidang pertama penggal ke dua belas telah menerima riaksi tindakbalas yang serupa dari Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang mengangkat tangan dengan tangan kiri dengan alasan tangan kanannya sakit.
Tindakan Karpal Singh itu adalah tepat sebagai menyindir Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang tidak tegas di dalam mengenakan peraturan tersebut kepada Timbalan Menteri Kesihatan berkenaan dengan mengubah ayat peraturan "seraya mengangkat tangan kanannya" kepada ayatnya sendiri: "kalau boleh angkat tangan kanan".
Ia adalah satu permulaan yang hodoh dilakukan oleh seorang Ahli Parlimen BN yang tidak mematuhi peraturan sewaktu mengangkat sumpah di Dewan Rakyat dan juga merupakan satu sikap tidak profesyenal Speaker Dewan Rakyat yang tidak tegas mengenakan peraturan berkenaan ke atas Abdul Latif disebaliknya melakukan pembelaan peribadinya kepada Timbalan Menteri Kesihatan berkenaan dengan menyatakan "mana tahu dia tidak boleh angkat tangan kanannya.." seraya disambut tepukan oleh ahli-ahl parlimen BN. more...
artikel lain
Petugas media ghairah dekati Ahli Parlimen Pakatan Rakyat
Apabila Ahli Parlimen UMNO Mula Berkurang Ajar Di Parlimen
Wujud kekuatan baru di kalangan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat
Hari pertama Parlimen
Pertempuran Sudah Bermula! Hampir 46 hari sudah berlalu selepas ...
AWAN MENDUNG DI PARLIMEN
Wanita, Teladanilah Azizah
Labels: Sidang Parlimen
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Hentikan EGM, kata Pak Lah kepada Umno bahagian
MStar - "Tak Perlulah, lebih baik tindakan seperti ini dihentikan," kata Presiden Umno itu sebagai mengulas kemungkinan banyak lagi bahagian akan mengikut jejak bahagian-bahagian Gua Musang, Batu Pahat dan Cheras yang telah pun mengadakan EGMnya baru-baru ini.
Beliau yang juga Perdana Menteri berkata kerajaan lebih memahami kehendak rakyat yang mahukan Umno menumpukan perhatian kepada isu-isu lebih penting seperti kenaikan harga keperluan harian dan kekurangan bekalan makanan dan bukan kepada isu melibatkan parti.
"Kita menal semua, ahli politik semua orang kenal, semua tahu apa kemampuan mereka, apa kebolehan mereka, apa kesalahan mereka, yang tak elok tentang mereka, apabila tiba masanya kita semua bermsyuearat, tentulah apa yang perlu ditentukan.
"Nak kata nak hantar mesej lagi, tak perlulah, dah keluar dalam surat khabar, dah banyak dah orang buat kenyataan.
"Tetapi, tapi bila saya cakap, nanti orang akan kata, memanglah Pak Lah cakap macam tu kerana dia terlibat, tetapi saya nyatakan ini bagi semua pihak. Jika saya tidak cakap seperti ini, siapa lagi," tegas beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno lewat petang Isnin. more...
No2umnO - Kita tengok apa kata pendekar pendekar UMNO ... Keris dah tak der, tinggal pendekar parang kontot ...... Berani tak?
Labels: Belit Dollah
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
ANGGOTA BN LOMPAT PARTI TIDAK BENAR - Ali Rustam
Mstar - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata dakwaan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa beberapa anggota parlimen Barisan Nasional (BN) Sabah akan menyertai Pakatan Rakyat ternyata tidak benar.
Beliau berkata upacara mengangkat sumpah sempena Persidangan Penggal pertama Parlimen ke-12 bermula hari ini yang berjalan lancar membuktikan ahli politik dari BN mempunyai integriti yang membanggakan. more...
No2umnO - Mulut macam tak takut ..... tapi hati kecut
Labels: Belit Ali Rustam
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
BALKIS TAK RUJUK JURUAUDIT PINDAH RM9.9 JUTA
malaysiakini - Akauntan bertauliah Yee Choon Kong & Co berkata yang dipertuanya Zahrah Kechik dan suaminya, yang juga bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo atau sebarang ahli Balkis tidak pernah merujuk firma itu seperti didakwa dalam laporan The Star hari ini.
"Ia juga dapat dibuktikan dengan kenyataan Dr Mohamad Khir seperti dilaporkan oleh New Straits Times bahawa 'tidak perlu merujuk atau memaklumkan kepada juruaudit Balkis sebelum badan kebajikan itu dibubarkan dan dananya dipindahkan," kata firma itu dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, firma itu beberapa kali menghubungi bendahari Balkis, Suraimi Sapuan, agar beliau menyerahkan rekod-rekod kewangan seperti penyata bank, buku resit rasmi, baucer pembayaran, dokumen sokongan, resit deposit tetap, minit mesyuarat, butiran keahlian dan senarai langganan untuk membolehkannya mengaudit kewangan tahunan Balkis bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 1997.
"Panggilan telefon kepada bendahari (Balkis) tidak dijawab pada tarikh tersebut dan mengesahkan bahawa penyata kewangan Balkis masih kekal tanpa audit dan saya juga tidak pernah mengeluarkan Laporan Audit yang sah berhubung urusan kewangan Balkis bagi tahun berakhir 31 Disember 2007 kepada anggota-anggotanya dan tidak pernah pula saya 'mengesahkan akaun tersebut sebelum dana itu dipindahkan' seperti laporan New Straits Times," kata pemilik firma itu Yee Choon Kong.
Zaharah, yang memimpin Balkis atas sifatnya isteri menteri besar Selangor sebelum pilihanraya umum 8 Mac, dilaporkan cuba membubarkan badan itu pada 11 Mac dan menubuhkan sebuah badan lain, nama dicadangkan antaranya "Balkis-BN". more...
artikel dan berita lain ;
Auditor: Balkis never submitted accounts
Would Bakti return Balkis money to Selangor?
Sibuk Burukkan PAS dengan isu Babi, Allah tunjuk pengkhianatan ...
Dunia rahsia Datin-Datin!
Ball Kissed !!!
Labels: Balkis
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Kerana Chelsea, Malaysia sanggup terima warga Israel
MStar - SAYA tertarik untuk memberi respon mengenai isu kehadiran pasukan bola sepak Liga Perdana Inggeris, Chelsea ke Malaysia pada bulan Julai nanti.
Lawatan pasukan elit tersebut menimbulkan masalah dan menjadi isu bukan kerana tidak ada rakyat Malaysia yang menyokong pasukan Chelsea, tetapi pasukan tersebut mempunyai dua warga Israel. Pengurus pasukan, Avram Grant dan juga pemain pertahanan, Tal Ben Haim merupakan dua orang rakyat Israel.
Sebagaimana yang kita maklum, polisi negara kita tidak membenarkan mengadakan hubungan diplomatik dan juga perdagangan dengan negara haram Israel. Rakyat Malaysia juga dilarang untuk melawat negara tersebut. Tetapi entah kenapa dalam isu ini kerajaan Malaysia bersungguh-sungguh mahu membenarkan rakyat Israel datang ke negara ini.
Sebelum ini, kita tidak kisah pun mana-mana pasukan ternama luar negara berkunjung ke bumi Malaysia, kerana mereka tidak mempunyai pemain atau pegawai dari negara Israel. Sebagai contoh, sebelum ini dua pasukan terkuat Liga Perdana Inggeris iaitu Manchester United (MU) dan Arsenal pernah datang ke Malaysia untuk tujuan yang sama. Cuma dalam isu lawatan pasukan Chelsea ini kita tidak boleh bertolak ansur kerana melibatkan sensitiviti umat Islam seluruh dunia.
Pasukan Chelsea dijadualkan akan menentang pasukan kebangsaan Malaysia pada 29 Julai ini. Pasukan dari barat London ini sememangnya terkenal dengan kehebatan bintang mereka, seperti Didier Drogba, Frank Lampard, Nicolas Anelka, Claudio Pizzaro dan lain-lain. Ketua eksekutif Chelsea, Peter Kenyon mengugut tidak akan hadir ke Malaysia sekiranya Grant dan Ben Haim tidak dibenarkan masuk ke Malaysia.
Namun begitu, timbul beberapa persoalan dalam isu ini, adakah kerana terlalu minat kepada pasukan Chelsea kita sanggup menggadai maruah umat Islam? Ataupun kerana sikap tolak ansur kerajaan Malaysia ini lahir dari semangat kesukanan yang terlalu tinggi? Mungkin tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1997 ketika menjadi Perdana Menteri Malaysia membenarkan atlit kriket Israel memasuki ketika kejohanan kriket Trofi Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) juga atas dasar semangat kesukanan.
Saya ada memetik beberapa kenyataan pemimpin yang menyokong kehadiran dua warga Israel ini. Pertama, kenyataan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad pada 3hb April lalu juga dilihat mengetepikan soal perasaan umat Islam.
Antara kenyataan beliau,“Kita mengharapkan sukan adalah sukan, tidak perlu dicampuradukkan dengan politik.” “Kehadiran Chelsea adalah untuk menghiburkan rakyat dan untuk peminat Chelsea yang ramai di negara ini. Ia adalah salah satu program pembangunan sukan bola negara.”
Selain itu, kenyataan Menteri Luar Malaysia, Datuk Rais Yatim pada 14hb April baru-baru ini juga dilihat berpihak kepada dua warga Israel tersebut. Beliau berkata “Kami tidak menghalang sesiapa untuk datang ke Malaysia dan dalam kes ini, walaupun kita tiada hubungan diplomatik dengan Israel atau perdagangan secara terus dengan negara itu, kami tiada bantahan terhadap lawatan mereka.”
“Kami tidak melihatnya sebagai sesuatu yang salah dan tidak wajar untuk campurkan antara politik dan sukan,” katanya.
Betulkah urusan politik tidak boleh menganggu bidang sukan? Sebelum ini Amerika Syarikat pernah memboikot kejohanan sukan anjuran negara Russia atas dasar perbezaan politik. Terbaru tindakan aktivis Tibet seluruh dunia menganggu kelancaran perarakan larian obor olimpik Beijing juga kerana membantah sikap China menindas rakyat Tibet.
Bagi saya ini bukan setakat soal politik sahaja, tetapi melibatkan soal agama Islam dan maruah umat Islam di Palestin khususnya. Jangan kita hipokrit terhadap saudara kita di bumi Palestin, membantah pencerobohan Zionis Israel terhadap Palestin tetapi pada masa yang sama membenarkan negara kita di’cerobohi’ oleh rakyat Israel.
Kenapa Malaysia dan FAM berkeras juga mahu membawa pasukan Chelsea ke Malaysia? Sedangkan banyak lagi pasukan-pasukan ternama yang tidak ada warga Israel boleh dijemput datang ke Malaysia seperti Manchester United, Arsenal, AC Milan, Barcelona ataupun Real Madrid.
Adakah dengan membawa beberapa orang pemain bola sepak Israel ini boleh meningkatkan mutu bola sepak Malaysia?
MOHD RIDZUAN MOHAMMAD
PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UNIVERSITI MALAYA
Labels: UMNO Yahudi
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Di parlimen hari ini
saksikan photo - photo menarik di Parlimen hari ini......di fotowarung basuki
Labels: fotowarung
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
