suaraselangormaju - “Saya bagi masa 100 hari” kata Rodziah Ismail merujuk kepada sasarannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi untuk merealisasikan program-program yang dirancang.
Rodziah, 43, pemegang Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Malaysia dan Higher National Certificate in Early Child Care and Education & Development dari Scotland ini telah merancang banyak program bagi manfaat rakyat Selangor.
Menyifatkan dirinya seorang yang sebati dengan kanak-kanak, Rodziah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga tidak gemarkan layanan terlalu istimewa. Tidak hairanlah beliau lebih suka turun kawasan tanpa memaklumkan penduduk.... selanjutnya.
Jun 9, 2008
Bantuan Untuk Rakyat Tidak Kira Pegangan Politik - Rodziah
Labels: Exco Selangor
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
BONGKAR !!! Abdullah jual pasir pada Singapura
harakahdaily - Saya diminta membongkar apa yang saya tahu berkenaan salah guna wang rakyat.
Untuk permulaan saya senaraikan empat tindakan dimana Kerajaan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah salahgunakan wang rakyat.
Apa yang saya tulis di sini tidak berasas kepada spekulasi, kemungkinan atau kebarangkalian. Perkara ini diketahui umum dan boleh disahkan
Saya perlu beri penjelasan terperinci. Jadi saya akan bincangkan satu persatu. Bagaimanapun saya senaraikan empat perkara spesifik;
1. Pembatalan pembinaan jambatan menggantikan tambak Johor di sebelah Malaysia
2. Penangguhan landasan berkembar dan rel elektrik daripada Johor Baru ke Padang Besar
3. Penjualan M.V. Agusta untuk satu Euro
4. Wang Ehsan yang dibelanjakan untuk Terengganu yang mana Menteri Besar yang baru mendakwa adalah bukan Wang Ehsan tetapi daripada dana Kerajaan Persekutuan. ... selanjutnya.
Labels: Bongkar
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Mahfuz kemalangan
harakahdaily - Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di Bukit Beruntung pada jam 1.30 pagi tadi (9 Jun 2008).
Mahfuz yang menghubungi Harakahdaily sebentar tadi menyatakan, kenderaan yang dinaiki terbalik ketika melalui jalan Bukit Beruntung dari arah Ipoh.
Beliau memaklumkan telah mendapatkan rawatan dan menjalani ujian imbasan (x-ray) di salah sebuah hospital dekat sini pagi tadi.
Mahfuz memaklumkan, x-ray juga telah dilakukan di bahagian tulang rusuknya kerana bimbang berlaku keretakan, namun selepas ujian dibuat, tiada keretakan berlaku.
Beliau kini masih berehat di Kuala Lumpur dan memaklumkan tidak dapat menghadiri jemputan ceramah dalam masa terdekat untuk berehat..
Labels: mahfuz
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Pemerintahan 100 hari: Beza PR dan BN terlalu jauh
harakahdaily - [...] BN ujarnya, terus memperkenalkan sikap penindasan manakala PR lebih cenderung membantu meringankan masalah yang dihadapi rakyat.
Beliau ketika berceramah di Dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Butterowrth semalam menegaskan, walaupun rakyat memberi isyarat kepada BN agar lebih berhati-hati memimpin negara namun kemenangan yang dikecapi tidak langsung mengambarkan mereka akan berubah.
Sebaliknya, terus menghukum rakyat yang memberi ruang kepada kepimpinan pembangkang untuk ke parlimen sekaligus menghalang usaha BN memperolehi kemenangan dua pertiga.
"Jurang antara pemerintahan BN dan PR jelas sekali berbeza. BN mengekalkan dasar penindasan manakala PR cuba memberikan perkhidmatan terbaik dengan menengahkan konsep kesederhanaan kepada rakyat, " jelasnya.
Tambahnya, sejak bulan pertama kemenangan BN mereka asyik bercakaran sesama sendiri tanpa memikirkan penyelesaian berbagai gejala kemungkaran.
Bulan kedua isu beras melanda negara sehingga kepimpinan BN menyeru rakyat makan ubi kayu atau kentang bagi mengantikan beras yang semakin kurang.
Bulan ketiga pula berlaku kenaikan harga barang dan terbaru minyak yang mana menerima kenaikan sehingga 78 sen bagi petrol dan RM1.00 bagi diesel iaitu kenaikan paling tinggi dalam sejarah Malaysia.
"Kerajaan BN serba salah untuk berhadapan dengan rakyat. Lain yang tertera dalam manifesto lain pula yang menjadi amalan, " tegas beliau.... selanjutnya.
Labels: Belit BN Belit UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Cara Pak Lah Selesaikan Masalah
email oleh: D'Cruz
Hari ini telah diumumkan bahawa harga petrol telah dinaikkan sebanyak RM0.78 seliter, bermakna, rakyat hari ini terpaksa membayar RM 2.70 bagi setiap liter, berkuatkuasa 12 tengah malam ini. Walaupun pada mulanya dikatakan akan menaikkan harga petrol pada bulan Ogos, namun seperti biasa Pak Lah sekali lagi memungkiri kata-katanya kepada rakyat.
Saya sendiri yang telah pun merancang perbelanjaan saya untuk mempersiapkan diri menghadapi kenaikan harga minyak dua bulan lagi seperti melangsaikan hutang dan sebagainya, menepuk dahi kerana terpaksa pula menghadapi kenaikan ini secara tiba-tiba.Jika kita masih ingat, tahun 1997-1998 dahulu ketika dunia dilanda kegawatan ekonomi, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir telah menambat nilai matawang kita. Kesannya, rakyat ketika itu tidak begitu terasa bahang kegawatan tersebut. Begitulah gaya seorang pemimpin dinamik yang mampu menyelamatkan rakyatnya daripada merasai secara terus setiap konflik dan krisis yang dihadapi dunia. Idea dan buah fikirannya akan menjadi perisai kepada rakyat daripada merasai kesusahan. Berbeza
dengan Pak Lah hari ini, yang setiap keputusannya menuntut rakyat bersama-sama menderita bersama kerajaan menanggung masalah negara.
Pemimpin seperti Pak Lah dilihat tidak dapat menyelesaikan masalah, sebaliknya lebih berminat memberikan penjelasan kepada rakyat supaya rakyat memahami "kesusahan" kerajaan. Contohnya, menjelaskan kepada rakyat, bahawa negara lain membayar harga petrol lebih mahal daripada Malaysia. Ini bukanlah perkara yang diharapkan oleh rakyat daripada sebuah kerajaan yang telah dipilih. Rakyat mahukan penyelesaian,
bukannya penjelasan.
Lihat sahajalah zaman Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri ketika dahulu, hinggakan pada satu tahap di mana timbalannya hendak mendapatkan bantuan IMF, tetapi Dr Mahathir telah berjaya mengeluarkan penyelesaian terbaik yang tidak membebankan rakyat walaupun ketika itu dunia huru-hara kerana kemelesetan ekonomi. Saya pada masa itu mempunyai beberapa orang rakan dari negara jiran berasa kasihan mendengar keluhan mereka kerana terpaksa menanggung kesusahan kerana kerajaan mereka gagal menangani masalah kemelesetan ekonomi tersebut. Di dalam hati saya ketika itu mengucapkan rasa kesyukuran kerana mempunyai Perdana Menteri yang bijak seperti Tun Dr Mahathir.
Pak Lah nyata kekurangan idea. Beliau sebenarnya tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia ketika dunia dilanda kegawatan seperti ini. Rakyat memerlukan seorang pemimpin yang bijak, berpandangan jauh dan berwawasan untuk menangani segala krisis yang mungkin dihadapi. Kerana itulah rakyat memerlukan kerajaan. Rakyat memilih kerajaan untuk dipertanggungjawabkan memikirkan masalah rakyat. Bukannya kerajaan yang tidak habis-habis membebankan rakyat dengan masalah kerajaan.
Tetapi itulah cara Pak Lah menyelesaikan masalah. Memang harga minyak global sekarang sangat tinggi tetapi bagi saya itu bukan soalnya. Soalnya sekarang ini adalah kerajaan hari ini tidak lagi mampu memberikan subsidi. Mengapa begitu? Jawapannya mudah, kerajaan pimpinan Pak Lah hari ini tidak lagi mampu menjana ekonomi dengan
berkesan. Kantung kewangan kerajaan semakin kekeringan dan pertumbuhan ekonomi pula adalah lembap. Sepatutnya Pak Lah duduk semeja berbincang dengan Dr Mahathir meminta buah fikiran berdasarkan pengalaman luas Dr Mahathir mentadbir negara. Tapi hari ini Tun dihina, dikutuk dan dikeji.
Kepada rakyat Malaysia, saya menyeru supaya kita semua menunaikan solat taubat. Mungkin kita terlalu banyak melakukan dosa hinggakan kita dikurniakan seorang Perdana Menteri yang dungu seperti Pak Lah. Lihat sahajalah jawapan Pak Lah ketika negara tidak cukup beras tempoh hari, disuruhnya pula kita makan ubi kentang dan makan nasi segenggam sehari. Siapa sahaja boleh jadi PM begitu. Kesimpulannya, Pak Lah harus undur. Beliau patut mengakui beliau tidak mampu memimpin negara membangun
seperti Malaysia. Berundur bukan bererti kalah, tetapi akan diingati oleh rakyat sebagai pengunduran penuh maruah dengan mementingkan kepentingan rakyat melebihi segala-galanya.
Labels: Artikel, Belit Dollah, EMAIL, Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Gerakan Melaka Bubar !!!
diberitahu oleh: abanglong
sinarharian - Kemelut Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Melaka membawa kepada peletakan jawatan 12 pengerusi cawangan, sekali gus membubarkannya manakala 1,342 ahlinya bertindak keluar parti tersebut berkuat kuasa serta-merta semalam.
Dua Gerakan peringkat bahagian iaitu Bukit Katil dan Tangga Batu turut dibubarkan.
Sebahagian ahli dan pengerusi cawangan berhimpun di sebuah restoran di Malim Jaya semalam telah mengumpulkan kad ahli untuk dipulangkan dan menandatangani borang keluar parti sebagai tanda memprotes kepimpinan atasan yang didakwa sudah melampaui batas menyebabkan mereka tawar hati untuk terus berada dalam parti berbilang bangsa itu.
Surat peletakan jawatan semua pengerusi dan ahli terbabit akan dihantar ke Gerakan Pusat hari ini.
Dua belas pengerusi cawangan terbabit ialah Wan Cho Yow (Malim Jaya), Yang Lang Yow (Pengkalan Rama Pantai), Lim Saw Lim (Sungai Baru Tengah), Leng Chee Seng (Sungai Udang Barat), Yang Chew Kwang (Pekan Masjid Tanah), Ng Man Cheng (Bukit Paitu), Ng Tee (Tangga Batu), Tan Koy Yoon (Paya Rumput), Chang Yong Choo (Pulau Sebang), Tai Hoe Swan (Peringgit Jaya), Khoo Kin (Bertam) dan Wong Foh Lim (Krubong).
Bagaimanapun, Pengerusi Cawangan Krubong dan Bertam hanya meletakan jawatan sebagai pengerusi dan tidak bercadang untuk meninggalkan parti tersebut.
Bekas Pengerusi Gerakan Melaka, Yong Lang Yow, yang juga Pengerusi Cawangan Pengkalan Rama, mendesak supaya Pemangku Pengerusi Gerakan negeri sedia ada, Ng Lip Yong, berundur dan memulangkan semula jawatan tersebut kepada beliau yang dilantik menerusi pemilihan sebelum ini. ... selanjutnya.
Labels: Belit Gerakan
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
KEMANA ARAH PEJUANG-PEJUANG PARTI PKR
pkrpuchong - [...] Selepas PRU12, PKR dibawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim telah menerajui Negeri Selangor dalam era kepimpinan baru. Semua kepimpinan banyak dari golongan profesional diambil berkhidmat untuk kerajaan Negeri Selangor dari EXCO kerajaan, pengarah-pengarah urusan syarikat kerajaan negeri sehingga kepada ahli-ahli majlis kerajaan tempatan (PBT), sehingga saya lihat tidak ada ruang langsung kepada pentadbir-pentadbir parti PKR dari Bahagian-Bahagian untuk turut serta.no2umno - Setuju .... bila berjuang, semua ke depan. Bila dah menang, semua dijentik ke belakang. Ruang, peluang, kekosongan di isi oleh orang lain. Alasannya, tiada sijil, tiada kelulusan. Akhirnya pejuang setakat melolong lolong tak karuan. Tiba tiba yang dulunya hanya pepatung, kini jadi tebuan. Mengaum macam hebat sedangkan jiwa perjuangannya kosong. Bila sokongan dah berkurang, baru terhegeh hegeh nak cari kawan. Itu jam .... sorry, gua bo layan.
Kita semua sedia maklum, Kerajaan Negeri perlu kepada golongan profesional untuk mengurus Negeri Selangor tetapi sedikit ruang juga perlu ada kepada golongan parti PKR untuk turut serta. Saya bersimpati kepada golongan pejuang-pejuang parti PKR yang berjuang dengan tenaga, masa dan wang ringgit untuk mencapai kemanangan pada PRU12. Mereka-mereka ini dari kepimpinan Bahagian-Bahagian dari seluruh Selangor yang kelulusan tidak setinggi mana iaitu hanya setakat Diploma, STPM, SPM dan jauh sekali dari golongan profesional. Mereka bukan kontraktor-kontraktor besar, bukan orang-orang yang mempunyai lesen-lesen perniagaan. Mereka-mereka ini dari golongan sederhana yang hanya cukup makan untuk sekeluarga sahaja. Ada juga dikalangan mereka yang bekerja sendiri dan yang makan gaji dengan gaji yang tidak setinggi mana.
Kini kepimpinan diperingkat Bahagian merasa sangat tertekan. Masyarakat disekeliling mula menuding jari kepada mereka iaitu pejuang-pejuang parti PKR. Masalah-masalah diperingkat bawah banyak yang perlu diselesaikan. Banyak masalah yang perlu diatasi segera seperti masalah dengan PBT, Pejabat Daerah, masalah semasa seperti banjir dan lain-lain. Dalam masa yang sama mereka tidak punya apa-apa jawatan didalam kerajaan mahupun PBT. Saya mula sedar kerajaan negeri perlu kepada golongan profesional untuk menjayakan kerajaan negeri. Pejuang-pejuang PKR mula menjauhkan diri dengan kerajaan negeri. Mereka mula rasa kecewa yang teramat sangat, hiba dan rasa rendah diri. Golongan-golongan yang dulu diluar parti kini mula menyertai parti. Penyertaan beramai-ramai mula wujud. Pergeseran di peringkat Bahagian telahpun bermula. Saya mula terfikir siapakah yang layak memimpin parti PKR
diperingkat Bahagian. ... selanjutnya.
Labels: PKRpuchong
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Kes Tingkayu, Bukti Kebodohan Polis
malaysiatoday - [...]"Sayalah orang yang memberi nasihat kepada Pekebun Kecil untuk bertindak dan bukannya takut kepada polis. Masa untuk orang awam hormat dan takut kepada polis telah berakhir. Jika CP ingin menangkap dalang pekebun kecil, tangkap dan dakwalah saya," ujar Hassnar yang mencabar PDRM menangkap beliau.
Cabaran berkenaan berpunca daripada tindakan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim telah memberi amaran yang keras kepada semua pihak agar jangan mencampuri urusan tanah di Tingkayu sehingga sanggup menuduh beberapa individu dan pertubuhan bukan kerajaan mendalangi para pekebun kecil dengan memberi nasihat yang salah dan menghasut pekebun kecil melanggar undang-undang.
Kata Hassnar, melatahnya seorang Pesuruhjaya Polis Sabah tetapi masih berpangkat DCP, menunjukkan betapa tidak profesionalnya polis Sabah sejak mantan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Yusof terlibat dengan Skandal Tanah di Tanjung Labian, Lahad Datu yang kini masih dalam perbicaraan.
Menurutnya lagi, betapa sukarnya seorang Pesuruhjaya Polis Sabah memahami apakah itu Injunksi Mahkamah sehingga mudah dipengaruhi oleh Pengerusi SKPTTB, Hajjah Alinah Usman Suing dengan memutar belit fakta bahawa Mahkamah Tinggi Tawau telah memberikan hak tanah seluas 4,000 ekar kepada SKPTTB, membuktikan Noor Rashid adalah seorang peniaga polis ataupun polis yang berniaga dan bukannya layak menjadi Pesuruhjaya Polis Sabah.
"Keputusan rayuan Perbicaraan Tanah di Mahkamah 2006 antara Yadum Atihal dengan Timbalan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur yang digunapakai oleh Hajjah Alinah untuk mempengaruhi Noor Rashid bahawa tanah tersebut milik SKTPPB adalah tidak sah dan tidak berkuatkuasa kerana tidak langsung merujuk kepada SKTPPB" ujar Hassnar yang mengibaratkan kesalahan trafik diguna pakai dalam kes dadah.... selanjutnya.
Labels: Belit Polis, Sabah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Rakyat dibiawakkan
penarikbeca - [...] Blogger Umno, A Voice memberitahu saya bahawa rakyat menanggung beban kenaikan harga minyak kerana insentif korporat yang bertujuan meningkatkan pelaburan, subsidi kepada Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) dan ketirisan kepada orang luar.
Bayangkan, sejak tahun 1997, Petronas telah membelanjakan sebanyak RM58.2 bilion untuk subsidi gas asli. Daripada jumlah tersebut, RM27.6 bilion (iaitu 47 peratus) diberikan kepada IPP, RM21.2 bilion kepada TNB dan RM9.4 bilion kepada industri kecil, perusahaan yang lain dan pengguna domestik. (Juga baca berita Malaysiakini 21/5/08 bertajuk "Syarikat kaya-raya dapat gas subsidi")
Tenaga elektrik yang dijanakan oleh IPP hampir tidak digunakan oleh TNB. Lebih menyakitkan hati, TNB terpaksa membayar harga yang tinggi bagi tenaga elektrik pukal yang dibekal IPP. TNB membayar 14 sen setiap unit elektrik yang selama ini TNB jana dengan kos 8 sen sahaja.... selanjutnya.
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
