KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 25, 2008

BLOGGERS SAMPAH TAPI RAFIDAH TONG SAMPAH

Bloggers semua "sampah": Rafidah
Roslansms



Berita pertama yang menarik perhatian saya dalam akhbar tempatan hari ini adalah kenyataan Ketua Wanita Umno, Rafidah Aziz bahawa kritikkan pemilik-pemiliki blog terhadap kerajaan tanpa asas dan fakta semuanya adalah "pure rubbish" ataupun "sampah" belaka.

Saya membaca kenyataan ini sambil tersenyum kerana kalau rakyat yang mengatakan sumbagan para bloggers itu "pure rubbish", maka seharusnya ia mencetuskan kebimbangan dan kerisauan, tetapi apabila yang merungut dan berleter adalah Ketua Wanita Umno Malaysia, maka saya mahu mengambil kesempatan mengucapkan syabas kepada semua bloggers, ayuh kita menyumbang lagi kerana ternyata ianya begitu berkesan sehingga menganggu pemimpin sehebat dan seperkasa Rafidah!

Menurut Utusan Malaysia, Rafidah kononnya mendakwa bahawa parti-parti pembangkang "terpaksa" menggunakan internet kerana kononnya majlis-majlis ceramah pembangkang sudah tidak lagi mendapat sambutan. Dan kononnya lagi internet digunakan oleh pembangkang lantaran takut mahu mengkritik kerajaan secara terang-terangan kerana mahu mengelakkan disaman.

Rafidah perlu tahu ruangan internet sebenarnya adalah "extension" dari usaha rakyat Malaysia yang mahu menegak dan memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Parti-parti pembangkang dan NGO terus-menerus menganjurkan ceramah dan himpunan di seluruh negara, itu tugas dan tanggungjawab serta medan mereka. Internet adalah lapangan baru, lalu ia juga perlu digunakan jika ia dapat membantu dan memberi manfaat kepada perjuangan yang besar ini. More...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive