keadilanpk
Bahang pilihanraya semakin panas dan UMNO telah mula menggunakan jentera-jentera kerajaan untuk berkempen dalam menghadapi pilihanraya akan datang.
PKR Perak telah diberitahu oleh beberapa orang Guru Besar tentang arahan-arahan yang telah diberikan kepada mereka untuk membantu calon-calon Umno. Demikian pendedahan yang dibuat oleh Pemangku Ketua Perhubungan Negeri, PKR Negeri Perak, Sdr. Zulkifly Ibrahim, dalam satu ceramah diKuala Kangsar, malam tadi.
Menurut Sdr. Zulkifly, beberapa arahan telah diberikan kepada Guru Besar iaitu Sukan Tahunan sekolah perlu diadakan selewt-lewatnya pada 29 Februari ini dan pihak sekolah mesti menjemput Wakil Rakyat dari Umno atau BN untuk merasmikan majlis sukan tersebut. Kalau sebelum ini, PIBG terpaksa meminta derma untuk majlis sukan tahunan, tetapi kali ini, UMNO bersedia menampung apa-apa kos yang diperlukan asalkan pihak sekolah menjemput calon Umno untuk merasmikan majlis sukan tersebut.
Satu lagi arahan yang diberikan ialah semua bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) mesti dikeluarkan selewat-lewatnya akhir Januari ini. PKR difahamkan bahawa semua peruntukan tersebut telah pun dimasukkan kedalam akaun sekolah-sekolah dan Guru Besar telah diarahkan supaya pemberian bantuan ini mesti diadakan didalam satu majlis dimana calon Umno akan menyampaikan bantuan tersebut.
Lazimnya, bantuan KWAPM ini diberikan sekitar bulan Mei - Jun setiap tahun tetapi kali ini, kelulusan bantuan telah dipercepatkan untuk mengambil kesempatan demam pilihanraya. Dan secara lazimnya juga, pemberian bantuan ini selalunya dibuat oleh pihak sekolah dimana YDP PIBG diminta menyampaikan bantuan tersebut tetapi kali ini, Guru Besar telah diarahkan supaya penyampai bantuan tersebut mestilah dikalangan calon Umno.
PKR tidak menentang bantuan yang diberikan tetapi dengan menggunakan dana awam untuk tujuan politik Umno merupakan satu tindakan yang tidak beretika. Beliau berharap, ibubapa tidak terpedaya dengan helah Umno untuk menutup penipuan mereka tentang yuran sekolah percuma yang dihebohkan sebelum ini.
Ibubapa perlu sedar, apa yang kita mahukan ialah pendidikan percuma, bukan bantuan yang diberikan menjelang pilihanraya. Ibubapa perlu sedar, bahawa kos pendidikan yang semakin meningkat memerlukan keprihatinan pemerintah untuk diselesaikan, dan pemerintah yang ada hari ini tidak mampu menyelesaikan masalah ini, sebaliknya setiap dasar yang dikemukakan lebih banyak membebankan ibu bapa.
Jan 25, 2008
UMNO PERGUNAKAN GURU SEKOLAH
Labels: Belit UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment