KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 30, 2008

Lelaki ditahan kes hina Raja

KUALA TERENGGANU (B.harian): Polis menahan seorang lelaki berusia 20-an yang bekerja di sebuah sekolah memandu di Besut, tengah malam kelmarin kerana disyaki terbabit dalam kes hasutan berhubung isu pelantikan Menteri Besar Terengganu yang baru, Datuk Ahmad Said.

The image �http://buletinonline.net/images/berita2/natang.gif� cannot be displayed, because it contains errors.

Lelaki terbabit yang berasal dari Kuala Besut ditahan sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata lelaki terbabit adalah seorang daripada empat lelaki yang memegang kain rentang bertulis `Kami Nak Deris Natang' di hadapan kediaman Menteri Besar di Seri Iman, di sini, pada 16 Mac lalu. Deris adalah singkatan nama untuk bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh.

Mohd Fauzi berkata, suspek dikenal pasti sebagai seorang daripada empat lelaki dalam gambar yang dirakam memegang kain rentang itu pada hari kejadian.

"Polis sedang mencari tiga lagi lelaki yang terbabit untuk membantu siasatan polis," katanya kepada Berita Minggu, di sini, semalam.

2 comments:

Anonymous said...

Lelaki terbabit jika didapati bersalah, harus dibagi hukuman sebat.

Anonymous said...

so macammana dengan 22 ekoq beruk lagi dan perancang utama? takkan perancang utama bebas boleh mentakbir negara sedangkan budak hingusan yg mendapat upah utk memegang kain rentang kena tahan?

Posting terkini

Blog Archive