KUALA LUMPUR 29 Mac – Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu sistem kuota yang dilaksanakan semasa beliau memegang jawatan Presiden UMNO dimansuhkan kerana telah disalah gunakan pemimpin- pemimpin parti.
Bekas Presiden UMNO dan bekas Perdana Menteri itu memberitahu, sistem kuota itu telah disalahgunakan oleh pemimpin-pemimpin yang berkuasa dengan menghalang Bahagian UMNO mencalonkan orang lain dalam pemilihan parti.
“Pada masa dulu, sistem kuota itu bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pemimpin parti yang benar-benar ingin bertanding dan untuk mendapat pencalonan dari 60 bahagian bagi bertanding jawatan presiden adalah mudah.
“Tahun 2004 menyaksikan ia disalahgunakan di mana bekas Naib Presiden UMNO yang juga bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah yang ingin bertanding untuk jawatan presiden UMNO hanya mendapat satu pencalonan sahaja itupun dari bahagiannya sendiri. more...
No2umnO - Seronok juga tengok apabila Mahathir sekarang pun sudah berubah. Mungkin nyanyuk atau benar benar mudah lupa sehingga kan beliau turut menjadi bidadari di dalam menyatakan pendapat. Sedangkan pada waktu pemerintahan beliau, apa pun tak boleh nak sebut, bakal kena tindakan. Bukan orang tak tahu pekungnya, tapi sebab mungkin kemajuan yang dibawa ketika itu.
Menarik di dalam wawancara oleh Pihak TV semalam, Shahrir Samad yang kini sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna melalui nada sinis berulang ulang kali menyatakan kesyukurannya kerana Mahathir bekas PM dan bekas Presiden Parti telah mengakui yang sistem diguna pakai oleh UMNO sejak pemerintahan beliau itu adalah salah. Merujuk kepada temubual tersebut, beliau sememangnya tidak bersetuju, namun apakan daya kerana bukan mudah untuk menyanggah ketika itu dahulu.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
4 hours ago
0 comments:
Post a Comment