Assalamualaikum wbr Tuan Webmaster dan sekelian Muslim/Muslimat juga semua warga marhaen Malaysia yang dihormati !
Izinkan saya mengimbas kembali demonstrasi 'orang utan-orang-utan' Umno di Komtar tempoh hari, kononnya atas kesedaran dan pembelaan DEB, mempertahankan 'ketuanan' juga hak-hak Melayu !
Siapakah di antara pembelot & pengkhianat Melayu yang mengkhianati Melayu sebenar? Di antara 'orang utan' juga pengkhianat yang ke Komtar terpekik terlolong ialah Rashid Abdullah, Roslan Sadin, Musa Sheikh Fadzir, Azhar Ibrahim dan lain-lain.
Mereka-mereka inilah antara kroni yang menyonglap dan mem'faraid'kan segala kontrak, tender juga apa saja 'lobang-lobang' untuk 'buat duit' !
Si Azhar Ibrahim siapa tak kenal dia di Pulau Pinang dan Seberang Perai? Penyangak Umno tersohor yang 'sapu' habis kontrak lori angkut sampah dari di sebelah Pulau Pinang sampai ke Seberang Perai (MPPP & MPSP) tapi di'sub-con'kan, terpekik terlolonglah bila BN merudum di PP kerana 'sorru' free dan kontrak sampah nak miss! Tapi tak malu tempikkan DEB mesti dibela konon !
Seekor 'orang utan' lagi jenama dari Pinang Tunggal iaitu Roslan Sadin (Saidin) 'pulun' kontrak landscaping, guardrail & beautification konon begitu juga di'sub-con'kan ! (Sebelum lampu isyarat dibina di Bagan Jermal dekat Sunrise Tower adalah didirikan satu tugu atau apakejadahnya di bulatan itu tapi terus runtuh/rebah ke bumi tapi kos dikenakan ratusan ribu ringgit, begitu juga dekat bulatan di Green Lane). Walaupun dikira mamat sub-con, mereka ini tapi bayaran dikenakan berganda !
Lagi dahsyat bekas timbalan ketua menteri PP si Rashid Abdullah dan orang kuat Umno PP Hilmi Yahya 'sapu' dan 'kaut' kontrak infra TNB, Telekom dan Air! Bila merudum kerajaan 'orang utan' BN maka kuatlah tempikan mempertahankan DEB dan hak Melayu! Tapi sebenarnya nak hilang segala 'lobang free' dan kontrak atas angin saja! Masa Melayu PP kena hambat dan halau dari kampong halaman mereka seperti di Jelutong, mana Umno? Demi pembangunan konon meratakan tempat-tempat/kampong Melayu dan menaikkan kondo mahal yang tak termampu Melayu beli hingga lari beli di Kedah dan tempat lain-lain yang termampu !
Ini hal 'orang utan' Umno yang di atas, belum lagi dengan exco-exco juga pegawai-pegawai serta pengarah di MPPP & MPSP yang juga orang Umno mem'faraid'kan sesama 'geng-geng' Umno jutaan ringgit wang rakyat dengan berbagai skandal tapi konon membela Melayu ! Mungkin Melayu Umno ingat semua Melayu bodoh atau jahil sehingga apasaja mereka boleh buat.
Ini hanyalah secoret kisah kebejatan Melayu Umno penderhaka yang konon berjuang mempertahankan DEB, ketuanan dan hak orang Melayu tapi sebenarnya pengkhianat besar pada Melayu/Islam dengan bertopengkan Umno ! Jika disiasat secara telus oleh BPR mungkin 99 % atau lebih Melayu Umno akan terhumban 'ke dalam' penjara ! Tapi oleh kerana BPR, Polis menjadi kuda tunggangan dan alat Umno maka terselamatlah pemimpin-pemimpin dari PM sampailah ke budak pejabat !
Wassalam
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar
Oleh: jingoza
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
0 comments:
Post a Comment