mstar - [...] mStar Online difahamkan usaha ke arah itu akan mula menjadi kenyataan hari ini melibatkan pengumuman keluar seorang demi seorang, bukannya sebuah parti sekali gus.
Ia akan bermula dengan seorang ketua parti dari Sabah.
"Ia akan berlaku dalam masa sehari dua ini menjelang hujung minggu ini," kata beliau sambil turut merujuk kepada sidang Dewan Rakyat yang akan mula bersidang Isnin depan.
Malah, kata sumber itu, tindakan keluar parti serentak juga berhadapan dengan 'tekanan' dan 'halangan'.
Ketua Umum Pakatan Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam blognya hari ini berkata, "rata-rata pengunjung giat bertanyakan tentang bila kita bakal mengambil alih pentadbiran di Putrajaya."
Tambah beliau, "Pokoknya, kita semakin hampir ke sana. Kelmarin di Pulau Pinang telah saya tegaskan, beberapa teman dari MCA bakal beralih arah."
Bagaimanapun laporan melompat parti ini terus dinafikan sehingga petang semalam termasuk pemimpin-pemimpin dari Semenanjung dan Sabah.... selanjutnya.
0 comments:
Post a Comment