kosmo - Orang ramai yang mahu membuat urusan tuntutan rebat tunai kenderaan persendirian di Pejabat Pos Jalan Tunku Ibrahim di sini kecewa apabila ia ditutup sementara pagi semalam ekoran masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.
Mereka berpendapat, pejabat pos berkenaan sepatutnya melakukan persiapan rapi untuk memastikan kelancaran dalam menguruskan pemberian rebat itu kerana ia telah menimbulkan kesulitan kepada orang ramai yang membuat perancangan untuk membuat tuntutan tersebut.
Seorang peniaga, Alias Ali, 35, berkata, dia menunggu di hadapan pejabat pos ini sebelum dibuka pada pukul 8.30 pagi, tetapi kecewa apabila selepas itu dimaklumkan pejabat pos itu terpaksa ditutup sementara ekoran masalah teknikal.... selanjutnya.
0 comments:
Post a Comment