buletinonline - [...] Pada 14 Jun, 2008, pada sebelah pagi selepas melancarkan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Pakej Insentif ECER di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini hari Sabtu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata isu royalti minyak dan jawatan pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, akan diumumkan apabila tiba masa yang sesuai.
Sambil mengakui bahawa sebelum ini beliau telah mengadakan beberapa pertemuan dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said, Perdana Menteri berkata banyak perkara yang dibincangkan termasuk mengenai politik dan pembangunan di negeri itu.
"Apabila tiba masanya, saya akan umumkan. (Kalau saya umumkan) Nanti orang kata Pak Lah cakap kat (pada) surat khabar (media). (Sepatutnya) Cakap kat (pada) kami dulu. Kita tahu apa yang perlu dilakukan," katanya.
Bernama telah melaporkan berita tersebut pada jam 2.16 petang
Tiba-tiba, sekitar jam 2.00 petang, Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mengembalikan wang royalti minyak sebanyak lima peratus kepada kerajaan Terengganu, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Perdana Menteri berkata pemberian wang royalti itu akan dilaksanakan setelah perincian mengenai syarat-syarat terhadap perkara berkenaan ditetapkan.
"Kerajaan Persekutuan membuat keputusan untuk kembalikan wang royalti minyak kepada Terengganu dan butiran, prosedur serta langkah yang diambil itu akan ditetapkan apabila perbincangan dengan kerajaan Terengganu diadakan," katanya.
Bernama telah melaporkan berita tersebut pada jam 5.40 petang
Dan memang Abdullah Badawi pemimpin lidah bercabang…... selanjutnya.
CERDIK PUSING
3 minutes ago
0 comments:
Post a Comment