matsamankati - [...] Apabila beliau didakwa kerana tuduhan meliwat, aku terkejut. Bukan terkejut kerana tuduhan tersebut, tetapi salah seorang daripada dua pegawai tinggi polis yang menjadi crown witness dalam kes itu ialah abang ipar aku sendiri. Bila aku kata aku percaya Anwar tidak bersalah, bukan kerana aku dengar ditapak ceramah atau pun risalah-risalah, tetapi aku dengar dari mulut orang yang terlibat.
Anwar telah mendapat maklumat tentang konspirasi Musa Hasan dan Gani Patail baru-baru ini. Dari siapa? Aku tak tau. Tetapi Sivarasa dan William Heng tidak dapat kemajlis Forum petang tadi, kerana sedang meniliti kandungan maklumat tersebut. Aku bukan dengar dari tepi jalan, tapi dari mulut Dr. Lee Boon Chye sendiri.
Mungkin Musa Hasan dan Gani sedar perkara ini, dan Musa Hasan tidak hadir didalam perbarisan tamat latihan anggota polis semalam. Mengapa? Mungkin dia sudah tahu tuduhan liwat ini, sebelum inya dibuat.
Dalam kes liwat ini, aku juga tak mau dengar dari mulut-mulut kawan-kawan tapi aku dengar sendiri dari Saifuddin Nasution, Dr. Lee Boon Chye, Fuziah Salleh dan Hj. Ismail Yusop.
Dari maklumat mereka, ini bukan lagi kes liwat, tetapi percubaan membunuh Anwar. Menurut Dr. Lee, tuduhan liwat itu bukan sekali, tetapi banyak kali dan kali terakhir ialah pada 26 Jun yang lalu. Tetapi tidak dinyatakan masa dan tempat yang dinyatakan ialah disebuah condo diDamansara. Ini serkap jarang, kalau kita nafikan dan memberitahu tempat sebenar Anwar berada, mereka akan mengubah pula tarikh dan tempatnya. Jadi tunggu sampai kertas pertuduhan dikemukakan.... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
6 hours ago
0 comments:
Post a Comment