Radenjowo
Bila wak siarkan gambar artis .. bukan bermakna no2umno mahu tandingi blog fofular mangga dan sebagainya. wak saja nak cerita. Korang tau tak? Gambar dibawah ini adalah barisan pelakun pelakun filem siri baru.
Mula di tayangkan pada bulan JUN dan tajuknya, "Jangan Main Belakang". Masa mula mula cerita ni disiarkan wak terkezzzzuutttt kerana ia berjaya mengembali kan nostalgia Reformasi tahun 1998 dulu. Ramai antara kita yang tika itu bersiar siar di jalanraya sambil disirami air kuning dan balunan cota. Maka kalau tajuk cam ini terkeluar, mata pun terus terjojol sama. Wak perasan cerita ini lebih kurang 2 minggu yang lepas. Dan tak sangka pula, beberapa hari yang lepas, tajuk yang sama turut menjadi kan Pemimpin Keadilan, menghilang kan diri. Semuanya gara gara tajuk yang sama. Tak wajar menyalahkan drama ini sebagai penyebab kepada kes terbaru DS Anwar.
Apa apa pun, nak bagi tau korang. Tak perlu risau akan apa yang akan berlaku pada DS Anwar kerana beliau rasanya sudah memikirkan apa langkah langkah yang perlu di lakukan. Kerana perkara yang sama, isu yang sama dan kes yang sama telah di hadapi oleh beliau sebelum ini untuk dijadikan modal untuk berhadapan dengan kes yang serupa.
Sesiapa pun, kalau melangkah ke lokap atau penjara, pada peringkat awal akan memikirkan. apa dan dimana kesilapan yang menyebabkan mereka dibawa ke sana.
Kalau pada tahun 1998 dahulu, DS Anwar seperti menanti di tangkap. ramai yang pada awalnya sudah tahu akan usaha menangkap pemimpin itu, tetapi tiada usaha lain kecuali menanti dirumah. Apabila pintu rumah beliau dipecahkan, tangan di gari, mungkin beliau berharap akan ada sesuatu gerakan yang boleh menjatuhkan Mahathir pada tika itu. Tetapi ... semua anggapan meleset. Akibatnya, beliau terpaksa beada di Penjara selama 6 tahun.
Namun kali ini, kelihatannya seperti semuanya teratur. Beliau tidak lagi tunggu dirumah. Kita sendiri tidak tahu dimana. Kita hanya dapat berita dari sana dan sini bahawa beliau berada di sana dan sini. Jangan terkejut kalau kalau DS Anwar berada di sebelah rumah anda? Siapa tahu .....???
Apa yang aku bimbangkan sebenarnya adalah, tempoh minyak dan barangan naik akan berlanjutan terus. Aku bersabar dengan kenaikan harga yang lepas kerana pada anggapan, ia nya hanya sementara. Bila Anwar menjadi PM kelak, masalah ini akan selesai.
Walaupun usaha SAPP untuk lakukan undi tidak percaya pada minggu lepas tidak berjaya, tapi kita diberikan jaminan oleh kepimpinan PKR bahawa tarikh itu masih kekal dan semuanya mengikut perancangan. Wak tarik nafas lega dan membayangkan bahawa harga minyak akan turun ke RM1.80/liter, cam dulu.
Tetapi apabila berita semalam yang memberitahu tentang tuduhan liwat terbaru terhadap DS Anwar, menyebabkan ramai yang terkejut termasuk diri aku sendiri. Wak sekarang bagaikan mandi tak kenyang, makan tak lawas, mengandung tak kembong dan kencing tak basah. Persoalan pertama di dalam kepala adalah bagaimana dengan tarikh 16 September 2008 itu?
Sebelum ini aku bukan sekadar membayangkan penurunan harga minyak sahaja, malah banyak lagi. Termasuk mengimpikan kepimpinan kerajaan sekarang yang beratur memasuki mahkamah kerana kesalahan mereka, perubahan sikap penguatkuasa, kurangnya harga barangan dan ke arah keadaan rakyat yang lebih makmur.
So ... kepada pemimpin PKR khasnya, adakah isu ini mengganggu-gugat perancangan? Sila berikan sedikit kenyataan. Dan sekiranya ia mengganggu, apakah yang perlu kami bantu agar tarikh keramat itu nanti akan terus kekal? Sebut aje .... kitorang bersedia.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
6 hours ago
3 comments:
jangan main belakang! haha.. how fitting kan? tapi for fasha sandha i might make an exception on this rule!
haha
on all seriousness.welcome back to 1998. ekonomi merudum... perdana menteri dicemuh masyarah dan diprotes and Anwar dituudh meliwat
ten years on nothing changed! lawa la malaysia ni!
ni lah lagi satu langkah drastik yg paling bodowi dorang buat... kitorang sume tau korang dah tergugat dengan tarikh keramat 16 september tu... tapi jgn la lawan balik dengan taktik kotor macam ni lagi... tak masuk akal langsung, orang yg sehebat DS Anwar tu nak buat keje bodowi mcm ni...
Ya Allah, Kau tunjukkan lah bala dan bencana kepada orang2 yg menfitnah ini... Dan tolonglah hamba2 mu yg dalam kehimpitan dan seksaan oleh pemimpin yg sangat kejam... Semoga suatu hari nanti negara kami akan aman dan damai semula dengan pemerintah yg sangat bijak dan adil seperti zaman Rasulullah suatu ketika dulu...
Apalah Dato Seri Anwar ini tak habih habih dengan kes liwat. Sejarah berulang lagi. Tapi apa kan daya Dato Seri, tak ada cara lain untuk menjatuhkan Dato Seri dari menuju ke puncak pemerintahan. Manusia nie macam macam jenis sanggup jual agama dan mertabat kaum untuk terus berkuasa. Lepas buat semua kejahatan menadah tangan meminta ampun dengan Yang Maha Esa. Rakyat Malaysia semacam sanggup terima segala yang dilemparkan ke atas mereka. Selagi rakyat masih mahu menerima apa yang diperturunkan dengan alasan bangsa dan agama maka sehingga itu juga kumpulan ini akan terus bertindak sedemikian. Mohon ampun dengan Yang Maha Esa.
Post a Comment