KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 14, 2008

Parlimen dikawal ketat, wartawan media alternatif dihalang

Harakahdaily |

Benarlah, kawasan di sekitar parlimen mula disekat dan dikawal rapi oleh pihak polis.

11.35 pagi: Masih tiada sebarang maklumat mengenai keputusan usul yang dibawa oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

11.30 pagi: Wartawan yang menemui pimpinan Pakatan Rakyat di luar parlimen sebelum ini melahirkan rasa terkejut dan mengakui tidak mengetahui sebarang usaha dan rancangan untuk mengadakan demonstrasi oleh sesiapa. Sehingga kini, wartawan dari media alternatif masih tidak dibenarkan masuk.Dan

10.30 pagi: Dilaporkan pihak berkuasa dengan kekuatan seramai 200 anggota polis, 100 orang anggota berpakaian preman dan 4 trak FRU berkawal di sekitar parlimen. Sementara itu, wartawan dan jurugambar dari media alternatif termasuk dari agensi asing turut dihalang dan berlegar di luar bangunan parlimen

10.10 pagi: Media alternatif termasuk dari Harakah, Malaysiakini dan WebTVPAS dihalang dari masuk ke parlimen dengan alasan tidak mempunyai pas rasmi

9.45 pagi: Wartawan Harakah yang ingin membuat liputan sidang Dewan Rakyat yang berlangsung hari ini masih lagi menunggu giliran untuk masuk ke kawasan tersebut.

9.30 pagi: Wartawan Harakah dan petugas media lain telah 'dipaksa' berjalan kaki sejauh hampir sekilometer daripada pintu pagar Parlimen dan sebarang kenderaan media tidak dibenarkan masuk.

Sehingga berita ini ditulis, hanya kenderaan Ahli Parlimen sahaja yang dibenarkan masuk.

Sebelum ini,Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata langkah keselamatan itu terpaksa diambil selepas beliau mendapat maklumat satu demonstrasi besar-besaran akan diadakan oleh pihak pembangkang sama ada di dalam ataupun di luar kawasan Parlimen.

Ia ekoran tindakan Ketua Pembangkang Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail mengetuai 14 ahli Parlimen pembangkang mengemukakan usul ketidakpercayaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kepada Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang akan memutuskan sama ada menerima atau menolak usul itu, Isnin ini.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive