KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 14, 2008

Perhimpunan satu khabar angin !!!

Selepas Anwar, Salahuddin pula menafikan ... terbabit di dalam sebarang usaha mengadakan demonstrasi......

Pas mendakwa parti itu tidak tahu-menahu mengenai sebarang rancangan mengadakan perhimpunan besar-besaran anjuran pakatan pembangkang di Parlimen esok.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub berkata, isu tersebut ada dibawa ke mesyuarat Pusat parti itu tengah hari ini.

"Pada mesyuarat tersebut, kami memutuskan bahawa perkhabaran mengenai perhimpunan tersebut adalah satu khabar angin yang tiada kesahihannya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Salahuddin berkata, beliau hanya mengetahui mengenai perhimpunan tersebut selepas membaca kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz beberapa hari lalu.

"Sekiranya terdapat sebarang perhimpunan di bangunan Parlimen sebagaimana yang diuar-uarkan, ia bukan anjuran Pas," ujarnya. ... Utusmeloya
'Mengadakan demonstrasi'? Bila angin bertiup mesra. Semua orang pun jadi percaya. Kesalahan baru, pertuduhan baru, berkait kait.....tangkap, jadi tujuan. Rakyat kecoh tak karuan, Rancangannya biar ikan termakan umpan.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive