malaysiakini | ... Usul tergempar hilang keyakinan pada perdana menteri yang dibawa oleh ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat ditolak sebentar tadi.
Yang dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul yang difailkan oleh ketua pembangkang Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Usul itu diserahkan untuk dibahaskan Khamis lalu.
Gabungan pembangkang - Pakatan Rakyat - mengemukakan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Antara lain, usul tersebut menyatakan bahawa pilihanraya umum ke-12 menyaksikan tsunami politik apabila lima negeri dan Wilayah Persekutuan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
Menurutnya, BN mencapai kemenangan tipis dengan memanipulasi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan melalui pembohongan.... selanjutnya.
0 comments:
Post a Comment