detikdaily | Shahrial. Menyirap darah saya bila dapat tahu pihak Cawangan Khas dan Kem Tahanan Kamunting sengaja melengah-lengahkan perjalanan pulang Shahrial yang sudah ditahan tujuh tahun, hingga menyebabkan si bapa yang malang itu tidak dapat menemui anaknya yang terlantar di Hospital Kajang.
Kita mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan penjelasan mengapa tahanan ISA itu begitu sukar untuk melawat anaknya yang sedang koma itu? Apa prosedur yang menghalang KDN memberikan kelulusan secepat mungkin selepas mendapat makluman bahawa Aina Mardiah dalam keadaan tenat?
Image Peraturan gila apa yang menyebabkan Shahrial begitu sukar untuk balik segera walaupun pihak Kemta sudah dimaklumkan sejak petang Rabu lagi? Apakah semuanya kena mendapat perkenan Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar sebelum tahanan Kamunting boleh menziarahi anaknya yang berada dalam keadaan cukup kritikal?
Lebih menyakitkan hati saya apabila pihak SB melakukan pembohongan apabila memaklumkan kepada keluarga Almarhumah Aina bahawa Shahrial bertolak dari Kamunting pada jam 1 tengahari, dan sepatutnya boleh tiba di Kajang lebih kurang jam 5-6 petang. Ironisnya, Aina menghembuskan nafas terakhir lebih kurang jam 6.20 petang dan bapanya hanya tiba jam 9.40 malam.
Gambar menunjukkan anak kedua Shahrial, Ehsan, 16 tahun, memapah adik perempuannya yang hampir pengsan selepas kakaknya disahkan meninggal dunia.
Jul 4, 2008
Peraturan gila apa ini, Pak Lah?
Labels: Abolish ISA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
gambar itu menceritakan segala2nya.bangkitlah pejuang2 islam,bermunajat kpd ALLAH minta dibebaskan dari segala fitnah.Insaflah songkok tinggi,hidup bukan selamanya didunia!kejamnya bukan setakat pemimpin tetapi mereka2 yang mengundi pemimpin2 tu.
marilah kita semua sembahyang hajat setiap hari atau setiap minggu. Semoga Allah membinasakan pemimpin2 yang fasik, pemimpin2 yang munafiq. Semoga yang haq itu akan jahanamkan yang batil... ustaz2, ulamak2 marilah pimpin umat islam kini agar kembali kepada Islam , merasa takut dgn azab Allah. Umat Islam seantero dunia sudah sampai masanya utk kita kembali kepada Allah, memohon petunjuk kepada Allah agar kita akan terus beristiqamah di jalan Allah. ya Allah binasakanlah pemimpin2 yang fasiq lagi munafiq...
Post a Comment