harakah | Sebenarnya saya terlalu meluat dengan gelagat mantan Ketua Pemuda KeADILan, Ezam Mohd Noor yang kini telah pun diterima menjadi ahli Umno dengan bersyarat.
Beliau kini persis bak 'dubuk Afrika' yang baru keluar dari sangkar membongkar segala bentuk 'penyelewengan' yang kononnya dilakukan kerajaan negeri Pakatan Rakyat khususnya di Selangor.
Gelagat beliau amat keterlaluan mengalahkan pak-pak Menteri BN yang sepatutnya menjaga hal ehwal Badan Pencegah Rasuah (BPR). Dedah sana, dedah sini, tapi akhirnya tidak diketahui kesudahan pendedahan Ezam itu.
Paling nampak dan ketara sekali adalah dalam gerak gempur beliau di program-program anjuran Umno yang tidak habis-habis menceritakan keburukan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dahulunya beliau julang dan kagumi.
Soalnya, apa sudah jadi dengan dakwaan rasuah beliau terhadap tokoh-tokoh Umno seperti Dato' Seri Rafidah Aziz, Dato' Seri Shahidan Kasim, Tun Khalil Yaakob, Dato' Hassan Ahmad, Dato' Seri Abdul Rahim Tamby Chik dan tidak ketinggalan mantan Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohd Khir Toyo?
Dimanakah disembunyikan enam kotak dokumen bukti rasuah para pemimpin Umno dan BN yang Ezam sebut-sebutkan sekian lama? Sudah bersihkah Rafidah Aziz daripada tuduhan rasuah selepas Ezam sendiri dipenjarakan kerana mendedahkan dokumen sulit pendakwaan Rafidah?
Bagaimana dengan bukti rasuah membabitkan seorang Menteri Besar yang Ezam megah-megahkan ketika memimpin Gerak? ... selanjutnya.
HARAM BANTU PEMFITNAH.
17 minutes ago
2 comments:
Cuba kita kaji betul ke Ezam ni betul betul jujur jadi ahli PKR dulu atau pun spy. Takut yang dia masuk penjara dulu pun gimik aje, dalam penjara mewah macam hotel.
contoh org yg paling lembik dlm perjuangan...elok lah berada dalam UMNO pun utk melembikkan lagi UMNO. org yg mcm ni kalau betul2 diperhatikan sebijik mcm org SAKIT MENTAL dan yg sewaktu dgnnya... Mai kita semua pakat2 doa agar Allah menelanjangkan segala keburukan dia di dunia lagi...
Post a Comment