Najib sebak, ATM hilang pemimpin dedikasi
MStar | Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebak ketika diraikan dalam majlis pepisahan sebagai Menteri Pertahanan di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.
Najib yang berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan selama 14 tahun kini menjadi Menteri Kewangan selepas bertukar portfolio dengan Perdanan Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal ketika ditemui berkata sepanjang Najib menerajui kementerian tersebut beliau telah banyak melakukan perubahan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Dalam jangka masa 14 tahun beliau bukan sahaja menumpukan kepada pembangunan ATM malah berusaha meningkatkan kualiti hidup serta memberi peluang kepada pegawai-pegawai dan anggota lain-lain pangkat untuk meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi," katanya.
Mengulas mengenai harapan ATM kepada Menteri Pertahanan yang baru beliau berkata sudah pasti ATM mengharapkan sesuatu yang lebih baik.
"Sudah tentu, lagipun Datuk Seri Abdullah bukan orang baru kepada ATM kerana beliau pernah menjadi Menteri Pertahanan.
"Saya pasti beliu akan membawa ATM ke puncak yang tertinggi," katanya.... selanjutnya.
Sep 19, 2008
ATM hilang pemimpin dedikasi [uweeeekkkkkk]
Labels: Belit Najib
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
SEBAK?? u you y?? sebab habiss lah,satu side income dah habisss,duit beli mig-29 dulu pun ada balance lagi belum dapat..
betul la panglima tu cakap wak... kalau tolak bab tak senonoh, bagus Najib ni jaga ATM. teresa dah bebas, kalau ada orang kena ISA lagi ko letak gambar sama besar ngan gambar teresa tu. boleh?
Post a Comment