KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Sep 24, 2008

Duit raya RM0.10 ... tak main la

Aku ingat lagi kisah hari raya tahun 70an dulu. Satu hari kitorang peredah rumah orang-orang kampung nak dapat duit raya. Jenuh la naik turun, naik turun, rumah orang. Sepanjang jalan asyik kira duit dalam poket. Baju basah, kaki lengoh, peluh mercik, perut kembung, dalam poket .... cuma bunyi duit besi.

Satu hari suntuk kitorang beraya pun ... dalam poket cuma dapat kumpul RM5.00 je.

Zaman sekarang, kutipan satu hari raya dah boleh cecah RM50.00. Habis musim raya ... jumlah kutipan boleh cukup untuk bayar bil letrik dan air. Bila tengah bulan, bapak pun jeling tabung anak. Lepa sikit ... lenyap.

Nak bezakan zaman dulu dan sekarang. Paling koman zaman sekarang duit raya dari satu rumah RM1.00. Kalau ada lah lagi tuan rumah bagi RM0.20, kira koman la. Baik tak yah bagi sebelum kena kutuk dek budak budak. Mulut budak sekarang celupat sikit. Silap silap .... sakit telinga.

Tapi .... PM Kita memang SAH produk zaman dulu. Ketinggalan zaman. Tu sebab dia bagi duit raya pada rakyat RM0.10/liter. Hey ... .dia ingat besar sangat ke RM0.10 tu? Baran jugak kita di buatnya. Kita labur 68 sen, kita dapat cuma 25sen. Bila susah, rakyat tolong. Bila senang ... wey sorry, kita nak joli.

Cuma orang bodoh je yang bersorak gembira bila minyak turun 10sen.

Bukan nak sombong .... tapi terasa kena tipu tak habis habis.

Baca lapuran Harakahdaily di SINI.

Menarik lagi. ..... lapuran AGendadaily ... korang baca ni,

Tepat seperti yang diramalkan banyak pihak harga petrol dan disel dikurangkan 10 sen lagi.Ia berkuatkuasa mulai tengahmalam ini.Berita gembira menjelang Hari Raya ini diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad di Putrajaya.- 24/9/2008
Berita gembira? Hanya untuk puak penyokong UMNO yang dah di bodohkan sejak dulu.

6 comments:

Anonymous said...

10 sen... adeh... bli gula-gula dapat la 2 bijik...
esok aku nak test tanye kat bazar ramadhan... 10 sen dapat tak kuih satu... aku rasa... jangankan kuih... serdak kuih tu pon mak cik tu fikir 10 kali nak bagi...
konkelusen...
10 sen = gula-gula itu merosakkan gigi dan buleh kena kencing manis...
hahahaha...

bdkKL said...

berita gembira kepala hangguk dia. Nak bodek pun biar lah bertempat.

cucupakkasim said...

memang la berita gembira..,gembira untuk dia sebab dia tipu kita idup-idup..pi@#mak punya dolah.

indraputra80 said...

Pepatah ada kata,

Dari cempedak,baik lah Nangka.,
Dari tak de,baik le ada .

Nak kata apa UMNO(BN)itu budaya mereka,
Nak Bagi rakyat senang,macam langit dgn bumi jaraknya.

Bukan salah mereka,
sebelum pilihan raya,
kita dah bercakap berjela jela,
Barang naik,minyak naik jika BN berkuasa,
Tapi kebanyakan pengundi tetap pilih mereka juga.

So..ini lah akibatnya.

Master Yoda said...

Salam sedara blogger,

Seposen = dua biji gula2

Dua biji gula2 ni la duit raya tuk rakyat Malaysia bile mane depa isi petrol seliter

Kah kah kah

Amik cth kete Myvi S.E, isi full tank (40 liter) tuk blik kg, 40 x RM 0.10 = dpt la jimat RM 4

Dpt la bg duit raya lebih tuk 4 org budak....

Kah kah kah

Mentaliti mcm ni,pak menteri2 UMNO je yg piki

Kah kah kah

Sape la penasihat ekonomi taraf kang kong yang ajar diorg ni ilmu ekonomi ni ye...

chow shenwan said...

turun seposen seposen.. . . . .

bila nak naik sampai tujuh, lapan ploh sen........

*shake head*

Posting terkini

Blog Archive