harakah |
Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) menyokong keputusan Kerajaan Negeri Perak untuk memecat Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan ekoran kenyataannya yang mengaku terima habuan khidmat seks tetapi disifatkan sebagai "sedekah".
Kenyataan sedemikian telah memperlekehkan usaha Pakatan Rakyat ke arah pembentukan sebuah kerajaan yang menghormati kepercayaan rakyat.
Bagaimanapun, tindakan Kerajaan Negeri Perak yang pantas dan tegas dalam menangani isu ini memperlihatkan kesungguhan Pakatan Rakyat bagi memastikan pegawai kerajaan benar-benar berpegang pada etika dan moral, dan bukan sekadar cakap kosong.
Zul Hassan yang juga ahli KeADILan akan dihadap ke Jawatankuasa Disipin parti untuk menjelaskan kenyataannya yang menyamakan habuan seks dengan "sedekah".
KeADILan berpendirian bahawa amat penting untuk pegawai tinggi berkelakuan baik agar menjadi teladan generasi muda. Maka kami menyokong penuh tindakan yang diambil ke atas Zul Hassan dan tindakan selainnya yang diambil ke atas sebarang salahlaku asalkan terdapat bukti kukuh.
Kami tidak akan bertoleransi dalam isu salahlaku yang melibatkan mana-mana pegawai kerajaan, tanpa mengira parti dan jawatan, sebaliknya mengatasinya dengan serius.
Akhirnya kami ingin mengesahkan bahawa Mohammad Imran Abdullah yang juga terlibat dalam skandal seks tersebut bukan ahli keADILan.
DATO' SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat.
Sep 29, 2008
Isu habuan seks - KeADILan sokong pecat Zul Hassan
Labels: sedekah seks
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Sudah puas jamah 'rezeki' bala pun sampai. LOL!
Kalau BN tak kan ada tindakan begini. Contohnya , raba punggung orangpun boleh scott free !
Post a Comment