BEKAS Ketua Bahagian Umno Rantau Panjang, Datuk Mohd Zain Ismail (tengah) ditemu ramah wartawan berhubung tindakan yang dikenakan terhadap dirinya oleh Lembaga Disiplin Parti ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini, hari ini. Mohd Zain menganggap keputusan untuk menggantungkannya sebagai keterlaluan kerana beliau menyifatkan perbicaraan terhadapnya adalah kurang adil dan terdapat elemen sabotaj oleh pengadu untuk mendapatkan jawatannya berikutan mesyuarat pemilihan Umno bahagian akan berlangsung mulai 9 Oktober ini di seluruh negara. -fotoBERNAMA
MStar |
Lembaga Disiplin Umno memutuskan seramai 10 ahli parti itu bersalah kerana terbabit dengan rasuah politik dan sabotaj parti.
Seorang daripada yang tertuduh diberi amaran manakala sembilan anggota lain dikenakan hukuman digantung keanggotaan selama tiga tahun atau satu penggal pemilihan bermula 22 September lalu.
Tertuduh yang terbabit terdiri daripada ahli Umno Bahagian Kota Tinggi, Rantau Panjang dan Tanah Merah.
Ia diumumkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail hari ini.
Senarai ahli diputuskan hukuman
- A. Malek Daing A. Rahaman (Kota Tinggi) - Perkara 5.1.2, 5.3 & 5.5 Kesalahan (Tataetika ahli)
- Mohamadon Abu Bakar (Kota Tinggi) - Perkara 5.1.2 & 5.5 Kesalahan (Tataetika ahli)
- Musa Ngaman (Kota Tinggi) - Perkara 5.1.2 & 5.5 Kesalahan (Tataetika ahli)
- Muszaide Makmor (Kota Tinggi) - Perkara 5.1.2 & 5.5 Kesalahan (Tataetika ahli)
- Mohammad Taha Madon (Kota Tinggi) - Perkara 5.3 & 5.5 Kesalahan (Tataetika ahli)
- Datuk Mohd Zain Ismail (Rantau Panjang) - Fasal 20.8(B) dan (C) Perlembagaan Umno dibaca bersama dengan Perkara 3.1.2 & 3.1.4 Tataetika Ahli Umno
- Ghazali Ismail (Rantau Panjang) - Fasal 20.8(B) dan (C) Perlembagaan Umno dibaca bersama dengan Perkara 3.1.2 & 3.1.4 Tataetika Ahli Umno
- Fauzi Omar (Rantau Panjang) - Fasal 20.8(B) dan (C) Perlembagaan Umno dibaca bersama dengan Perkara 3.1.2 & 3.1.4 Tataetika Ahli Umno
- Pauziah Che Wook (Rantau Panjang) - Fasal 20.8(B) dan (C) Perlembagaan Umno dibaca bersama dengan Perkara 3.1.2 & 3.1.4 Tataetika Ahli Umno
- Datuk Ismail Hassan (Tanah Merah) - Perkara 5.1.2 & 5.5, dan Fasal 20.8(B) dan (C) Perlembagaan Umno dibaca bersama dengan Perkara 3.1.2 & 3.1.4 Tataetika Ahli Umno
Kes sabotaj parti iaitu melanggar peruntukan Fasal 20.8 Perlembagaan Umno dibaca dengan Perkara 3 Tataetika Ahli Umno dan rasuah politik pula diputuskan mengikut Perkara 5 Tataetika Ahli Umno.
Ahmad Rithauddeen berkat... selanjutnya.
0 comments:
Post a Comment