MStar | Selepas empat bulan keluar dari Umno, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad secara terbuka meminta sokongan khususnya ahli-ahli Umno untuk membawa perubahan dalam kepimpinan negara dan kerajaan.
"Apa yang mungkin saya buat akan perlukan sokongan terutamanya daripada UMNO. Tetapi UMNO dan pimpinannya tidak boleh diharap. Mereka hanya berminat mengaut sesuatu untuk diri sendiri tetapi tak kira jika UMNO dan negara ini hancur.
"Apa yang ahli UMNO dan penyokong Barisan Nasional (BN) lain yang tidak puas hati dapat lakukan, dan yang telah pun mereka buat, ialah undi pembangkang untuk tunjukkan ketidakpuasan hati mereka terhadap parti dan kerajaan," kata beliau menerusi tulisan terbaru dalam blognya, hari ini.
Dr. Mahathir yang keluar Umno Mei lalu berkata, ramai yang menyatakan sokongan untuk mengubah kepimpinan secara tidak langsung dalam blognya."Tetapi kebanyakannya nampak risau dan tidak mahu tinggalkan nama mereka. Biasanya mereka guna nama samaran. Jadi sokongan tidak begitu berkesan.... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
1 comments:
Mahathir, kau ingat, kau seorang sahaja yang paling bagus dalam dunia. Mahathir sudah tua, mungkin dah nyanyok, tak perlu dilayan kenyataan orang tua nyanyok ini. Katanya, jika pembangkang memerintah negara, negara akan hancur. Apa dia tuha ke? tahu apa yang akan berlaku di hari yang akan datang. mungkin dia tukang tilik ke? ahhhh.... sudahlah.. membazir masa melayan dia. Kalau dah pencen tu buat le cara dah pencen. Duduk diam diam, perbanyakkan amal ibadah pada Allah. Umur tu dah hampir sampai ke liang lahad, tapi masih tak mau insaf...
Post a Comment