msomelayu | ..... Bagaimana pun bukan bermakna semua sikap bertanggungjawab seperti itu perlu dan dilihat sebagai baik dan sesuai. Adakalanya bersikap demikian bukan kerana ketinggian akal budi pemimpin berkenaan tetapi ia dibuat kerana mereka dalam keadaan terdesak dan tertekan. Ada juga kadang jala kerendahan diri disebabkan kerana penakut! Hanya mereka yang lemah saja mudah mengaku salah kepada sesuatu keadaan yang belum tentu siapa salah siapa benar demi menyelamatkan diri mereka.
Begitu juga dalam hal ini, tindakan Timbalan Presiden Umno, Mohd Najib Razak memohon maaf kepada masyarakat Cina secara terbuka yang kurang senang dengan kenyataan Ketua Umno Bukit Bendera, Ahmad Ismail tempoh hari itu dilihat sebagai satu tindakan terdesak dan tertekan serta tidak penting berbuat demikian. Apakah wajarnya bagi seorang tokoh Umno seperti Najib untuk memohon maaf?
Rasanya kesalahan atau keterlanjuran yang dilakukan oleh Ahmad itu bukan satu dosa besar sehingga sebuah parti yang dianggap bermaruah memperjuangkan Melayu memohon maaf begitu. Kalau pun benar Ahmad membuat kenyataan bermaksud menghina begitu, sepatutnya bukan sebuah parti yang menghulurkan permohonan maaf. Cukuplah individu yang nakal itu saja memohon maaf kepada masyarakat Cina.
Agak janggal dan pelik sedikit dengan apa yang berlaku itu. Menurut Najib kenyataan yang menyinggung masyarakat Cina itu dibuat oleh Ahmad atas sifatnya secara peribadi bukan menggambarkan kenyataan daripada Umno seluruhnya. Nah... kalau begitu kenapa pula Najib susah payah menjadi hamba untuk memohon maaf (apologetik) kepada masyarakat Cina? Sepatutnya Najib arahkan Ahmad saja memohon maaf dan tidak sampai melibatkan Umno!... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
3 hours ago
2 comments:
ahmad PATUT ditahan dibawah ISA
alaa.. najib saja nak jadi "hero".. asyik disabit dgn mongolia saja pun bosan jugak..
Post a Comment