KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Oct 6, 2008

Hindraf Buat Laporan Polis Terhadap Syed Hamid Dan Utusan Malaysia

Hindu Rights Action Force (Hindraf) hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar dan akhbar Utusan Malaysia berikutan kenyataan dan laporan yang didakwanya berbentuk hasutan dan berbau provokasi terhadap mereka.

Penyelaras pusatnya R. Thanenthiran mendakwa laporan muka depan Utusan pada 4 Oktober yang memetik kenyataan Syed Hamid bertajuk "Hindraf diberi Amaran " adalah tidak adil dan bersifat perkauman.


"Kita juga mahu Syed Hamid memohon maaf secara terbuka berhubung kenyataannya yang disiarkan dalam akhbar itu kerana Hindraf amat tersinggung dengan laporan berkenaan," katanya pada sidang akhbar selepas membuat laporan di Balai Polis Butterworth di sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Zulkifli Alias ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan berhubung perkara itu.-- BERNAMA

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive