MStar | Bekas Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, yang menawarkan diri merebut kerusi Presiden parti, mengakui pernah mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain Anwar, bekas Menteri Kewangan itu juga ada menemui Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Bagaimanpun Tengku Razaleigh berkata, pertemuan-pertemuan itu hanya berlangsung dalam "konteks kawan-kawan lama yang bertemu."
Ketika mengulas khabar angin bahawa sudah menyertai Pakatan Rakyat, Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu berkata, beliau menemui pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat atas permintaan mereka mahu menemuinya untuk membincangkan masa depan negara.
"Sebagai seorang pemimpin, saya terbuka untuk menemui kesemua ahli politik, tidak kira sama ada mereka dari Barisan ataupun Pakatan," kata beliau kepada wartawan The Star, Ian Mcintyre.... selanjutnya.
SAPA IKUT PAS PN TAK SIGN SSPA MEMANG BODOW
47 minutes ago
0 comments:
Post a Comment