KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Oct 26, 2008

Keutamaan untuk Rakyat Selangor

melalui email

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Selangor

22 Oktober 2008


Peluang pekerjaan harus diutamakan kepada rakyat negeri Selangor

Melihat kepada senario ekonomi negara yang agak merudum kebelakangan ini, pentadbiran kerajaan negeri Selangor didesak agar memberikan peluang-peluang yang ujud dan akan ujud dari anak-anak syarikat
kerajaan negeri Selangor diutamakan kepada rakyat negeri Selangor yang berkelayakan.

Difahamkan oleh sebahagian kakitangan yang berkhidmat di dalam anak-anak syarikat kerajaan negeri, terdapat beberapa individu yang dikenal pasti bukannya rakyat negeri selangor atau permastautin negeri
Selangor telah mendapat peluang pekerjaan di organisasi terlibat. Ini telah menimbulkan tandatanya di kalangan mereka.

Kerajaan negeri di bawah kepimpinan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim di seru agar memantau dengan serius keadaan yang kurang menyenangkan perasaan rakyat negeri ini. Kenapa harus diberikan peluang kepada orang luar jika rakyat sendiri ramai yang masih menganggur ? Mengambil pepatah Melayu, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan!

AMK Selangor bertegas agar penomena ini disedari oleh kepimpinan negeri Selangor samada kepada barisan Exco kerajaan yang ada sebahagiannya bukan anak jati Selangor mahupun Menteri Besar. Memang
kita akui, di negeri Selangor ini peluang kerjaya banyak untuk di isi tetapi berikanlah keutamaan kepada rakyat negeri ini yang mempunyai kelayakan.

Bukan bermaksud untuk menyemai semangat kenegerian tetapi adalah menjadi satu obligasi yang utama memastikan rakyat negeri Selangor diberikan peluang yang seadil-adilnya.

Keadilan untuk rakyat negeri Selangor.

Vasu Yaranian
Timbalan Ketua Penerangan AMK Selangor

5 comments:

Kassim Selamat said...

Agak pelik juga kenyataan yg dikeluarkan oleh AMK selangor sejak kebelakangan ini.
Kenyataan yg baru lalu, ketua penerangannya memita agar kerajaan negeri meletakan golongan muda (ahli2 PKR) yg berkelayakan disetiap syarikat milik kerajaan negeri. Pelik saja bunyi kenyataan ini! Itu baru PKR yg minta, kalau PAS dan DAP menuntut perkara yg sama maka syarikat2 milik kerajaan negeri ini akan dipenuhi dengan ahli2 politik.

Bagaimana syarikat nak berkembang jika kakitangannya lebih berpolitik dari menumpukan tugas kearah perkembangan syarikat. Dan jika kerajaan negeri melayan permintaan AMK Selangor ni, cara tak langsung amalan kronisma yg di amalkan oleh kerajaan BN kini menjadi amalan kerajaan Pakatan Rakyat pula.

Yang terbaru, mereka menuntut agar kerajaan negeri mengutamakan anak selangor diberikan keutamaan untuk mengisi jawatan2 kosong di negeri selangor. satu kenyataan yg berbau kenegerian.

Perlu di ingatkan, di negeri2 lain bertaburan anak2 selangor yg berkerja di negeri bukan tempat kelahiran mereka. Apa yg akan berlaku jika negeri2 ini mengamalkan sikap seperti yg cuba di amalkan oleh AMK Selangor?

Untuk AMK Selangor, pesanan saya, berjuanglah dengan penuh keikhlasan. Janganlah berjuang untuk mengharapkan balasan.

Jangan keluatkan kenyataan2 yg menjelekkan. Orang ketawa membacannya!

Anonymous said...

Kassim selamat mungkin membaca dari sudut politik semata2...

Memang benarlah apa yang diulas oleh wakil amks selangor ni. memang mereka berhak untuk bersuara seperti ini, ini baru membela rakyat sendiri.Kita kena memikirkan perut kita dahulu diisi baru nak isi perut orang lain. Akhirnya diri sendiri mampus demi nak bagi orang lain hidup..falsafah mana diikut ni???

Kassim selamat jangan bersikap sempit pemikiran...bukankah setiap ahli amk tu pun ada kelayakan? ada pendidikan ? bukan nak bagi jawtan pada yang takda kelulusan!!!! MB bukannya bodoh bro...Dia perlukan pegawai2nya sekurang2nya mempunyai diploma, ijazah, sarjana dan PHD.

Kassim selamat jangan buat komen tak tentu pasal...ahli2 politik bukan setakat AMK tapi seluruh rakyat kita ahli politik yang termasuk UMNO, PAS, DAP..mereka juga kerja2 di berbagai badan kerajaan dan swasta.

Jangan cemburu dengan saranan AMK Selangor itu...mereka tak sebodoh dan tak sehipokrit kassim selamat yang dungu dan tidak menggunakan otak hingga sanggup mencucuk mata dan membutakan diri kerana seorang wanita yang tak setia dan termakan budi orang yang menolong!!!

Kassim selamat adalah sejarah dongeng cerita Melayu di zaman P.Ramlie..

Natijahnya..jangalah mengomen tak kena gaya...

Kassim safe

Sekarang politik baru bro...Kalau kita tak dapat jawatan tapi kita bagi jawatan tu pada orang lain dahulu ..itu Bapak Hipokrit namanya.

Berdirilah di dunia nyata wahai kassim selamat...ini cerita lamalah.

Kassim Selamat said...

Hahaha...malas nak komen pada orang yg pengecut berselindung di sebalik nama 'anonymous'

w/pun kao berselindung disebalik nama tuu tp aku tahu siapa gerangan kau..aku melihat dgn matahati....hehehe

sayang sekali budaya umno masih terpalit dihati kau.

inilah sikap2 org yg kecewa yg berjuang utk perut.

adios.

Anonymous said...

Aku setuju dgn hang kassim. Biasanya anonymous ni org takde teluq.

kalau dah ada kelulusan mintak ler cara betoi...jgn guna cable!

Baru 7 bulan memerintah dah kecoh2 org PKR ni, tgk org Pas di kedah, perak dan kelantan...tak sibuk2 mintak jawatan...MALU LER SIKIT Bro

Orang Pas

Anonymous said...

hik....hik...hik aku nk tergelak baca komen anonymous proxy amk selangor tu.

aku tgk cara dia respon dan bahasa nya menyerlahkan KEDUNGUAN nya...org nk berpolitik awak pun nk berpolitik.

dia boleh kritik org...bila kena kritik melenting!

elok ler ko dan amk selangor ikut ezam masuk umno. Ya pon korang mmg dah spesis umno....huhuhu

Posting terkini

Blog Archive