KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Nov 2, 2008

Empat stesen minyak tutup awal kehabisan minyak

Penurunan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 15 sen seliter yang berkuat kuasa hari ini telah menyebabkan empat stesen minyak di bandar Sri Aman kehabisan stok bahan tersebut dan terpaksa menutup operasi lebih awal pada tengah hari ini.

Ia ekoran para pengguna kenderaan yang berpusu-pusu ke stesen minyak seawal pagi bagi mendapatkan bekalan minyak petrol dan diesel.

Fenomena itu berlaku ekoran kekhuatiran pengguna kemungkinan bekalan minyak habi setiap kali kerajaan menurunkan harga runcit bahan berkenaan hingga menyebabkan ada yang sanggup bangun seawal pagi untuk mengisi minyak sebaik sahaja stesen minyak dibuka.... selanjutnya.
Ini adalah masalah yang diorang tak terpikir pun sebelum ini.

Pengusaha minyak ni di bantu kerajaan untuk tidak rugi. Bila naik minyak, diorang tak di beritahu. Takut simpan stok banyak. Tapi kalau nak turunkan harga minyak, diorang ni di 'hello' ... oleh syarikat minyak masing masing. Takut terbeli dengan harga mahal, jual pulak dengan harga murah. Lagi banyak simpanan, lagi pening penguasah.

So. amaran di berikan.Kalau korang nak tau ... rakyat marah tak per tapi jangan pengusaha minyak, takut kerajaan dibuatnya.

Jadi masa nak istihar minyak turun, stok kat petrol pump cukup cukup je. Orang tak nak beli pun masa harga mahal sebab nak tunggu keesokan harinya, tunggu harga murah.

Yang bodohnya .... mangkok mangkok berayun kat atas sana yang terlibat menaik kan harga minyak mendadak tempoh hari dan sekarang turunkan harga minyak terkedek kedek. Bila sikit sikit, kejadian minyak habis bekalan ni akan selalu berlaku. Diorang tak terpikir pun benda ni akan berlaku. Bila dah terhantok baru nak terngadah.

Yang tua...nak marah pun tak guna. Sekarang yang muda muda tu kena belajar kalau nak jadi pemimpin tu nanti jangan sampai jadi PANIK cam orang tua tu. Semuanya nak cepat.

Umpama orang tua miang dapat green light untuk kawin lagi. Tak menyempat nyempat nak cari awek baru. Kalau dulu, pakaian berserabai, janggut tak bercukur, sekarang dah ubah style, pagi pagi pakai baju berstreka, duduk menebeng kat kedai minum. Pakai smart kasut kulit, walapun cuma pakai basikat.

Begitu lah suasana panik bila orang tua panik dapat permit kawin baru. Tergesa gesa macam dunia nak kiamat. Semuanya lintang pukang, Kerana panik dan bodoh mereka mereka ini, maka yang pening sekarang adalah rakyat. Tu sebab kali kali aku kata .....

Ada akai pakai
Ada otak jangan simpan dalam kotak
Ada pikiran jangan di tabur atas jalan

1 comments:

armouris said...

masa nak naik harga dulu, umumkan lepas ni harga minyak akan float ikut harga semasa...

sekarang bila minyak dah turun, tak nak pulak ikut harga semasa, ikut kepala bapak dia nak turunkan berapa sen....

satu lagi janji palsu BN...

-----------------------
Derma Rumah Anak Yatim Bait al-Amin
Alat Cegah Kehamilan Makin Canggih
Your Guide to Better Sleep

Posting terkini

Blog Archive