KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Nov 4, 2008

Najib tak benar soal .. pembangkang keluar dewan [update]

opposition mps walk out of parliament 041108 06MKini | Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan Rakyat hari ini sebagai membantah keengganan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak melayan pertanyaan yang dikemukakan ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Bajet 2009.

Najib memberitahu dewan bahawa beliau akan menjawab soalan-soalan dari ahli Parlimen selepas selesai menyampaikan ucapannya.

Sehubungan itu, beliau tidak membenarkan beberapa percubaan oleh ahli Parlimen pembangkang untuk mendapatkan penjelasan.
... selanjutnya.

Aku dah agak .. dia baca je. Tu sebab kalau soal jawab, dia penin.... dari malu tak dapat jawab, baik dia tak bagi jawab. Bila pembangkang keluar dewan ... dia syonok. AKu tengok kat dalam TV tadi .. .si GEMOK kat belakang, geleng kepala .. geram betul dia pada pembangkang. Kalau ada kesempatan, nak di bom aje, gamaknya.

Pembangkang gelar Najib "Pengecut" dan kebanyakan MP dah boleh agak, ucapannya akan meleret sehingga habis masa dan tiada kesempatan untuk berbahas. Keadaan begini dah pernah berlaku sebelum ini.

Berikut adalah lapuran dari harakah

Tindakan itu dibuat selepas Najib menutup ruang ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk mencelah dalam perbahasan yang telah berlangsung selama sejam.

Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang beberapa kali bangun bagi meminta ruang berbahas dengan beberapa hujah Najib yang dianggap Anwar sebagai tidak benar tidak diendahkan Najib.

Anwar mendakwa apa yang dibahaskan Najib adalah 'belanjawan tambahan' dan bukannya penggulungan bagi perbahasan Belanjawan 2009.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang juga kecewa kerana perangkaan dalam ucapan Najib itu, berbeza dengan perangkaan dalam bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga menteri kewangan September lalu. ..selanjutnya
Petang tadi memang aku sempat talipon seorang dari Ahli Parlimen, memang mengesahkan bahawa Najib bentang bajet baru. dan bukan 'revise' bajet 2009 yang lepas. Dan baca berita dari BHarian
Keadaan itu berlaku ketika Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan sedang membentangkan penggulungan perbahasan Bajet 2009.

Mereka mendakwa penggulungan yang dibentangkan itu menyalahi peraturan dewan kerana Najib membentangkan bajet baru. - Selanjutnya
Ketika pembangkang keluar dewan ... Najib berkata "Bagus Bagus ... bagus".
Dengan gelagat menteri kewangan baru kita ... aku dapat rasakan, negara akan menjadi lebih teruk sementara dia akan bercerita tentang perkara yang berlawanan agar kita semua syok sendiri.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive