PENYERAHAN SURAT BANTAHAN BERKENAAN KEDUDUKAN ROSMAH MANSOR SEBAGAI CANSELOR UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR (UNISEL)
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor bersama-sama dengan Dewan Pemuda PAS Selangor dan wakil DAP Selangor akan menyerahkan surat bantahan kepada Menteri Besar Selangor berkenaan kedudukan Rosmah Mansor sebagai Canselor UNISEL.
Surat bantahan ini adalah bertujuan untuk menyatakan "protes" terhadap kedudukan Rosmah Mansor sebagai Canselor UNISEL dan mendesak Menteri Besar dan pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor SEGERA menggantikan Rosmah Mansor dengan calon yang lebih BERMORAL dan BERINTEGRITI.
Berikut adalah butiran lanjut:
Tarikh : 5 November 2008 (Rabu)
Tempat : Perkarangan Bangunan SSAAS, Shah Alam.
Masa : 2.30pm
Tempat : Perkarangan Bangunan SSAAS, Shah Alam.
Masa : 2.30pm
Diharapkan agar para wartawan/jurugambar dapat hadir untuk membuat liputan. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi nombor telefon seperti yang tertera dibawah.
Kerjasama dari pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
Harapan Baru Untuk Malaysia
Khairul Anuar Ahmad Zainudin
Ketua AMK Selangor
(019 - 205 7498)
Lau Weng San
Wakil DAP Selangor, ADUN Kg. Tunku
(016 - 323 1563)
Sallehin Mukhyi
Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor
(019 - 236 1830)
2 comments:
Eloklah lantik DS Wan Azizah sebagai Censlor Unisel tu,lebih bersopan,berilmu dan islamik baru lah sesuai.
Elok lantik canselor yg bukan ahli politik...bagi la academician.
Post a Comment