KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Nov 9, 2008

Petrol prices will reduce two times this month

Petrol prices could go down not once, but two times this month. Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Abdul Samad said judging by the trend of global oil prices, further price cuts were likely.
He said the government fixed fuel prices based on the monthly average of global crude oil prices.

"The average price in October was between US70-75 per barrel, and the average price for November will drop further.... selanjutnya.
Cylindrical clue: Road Transport Department officers investigating the explosion case at the Petronas station on Friday night.

Nomore ... selfmade NGV tank pleazzzzzzzz ...
The fuel price will reduce again soon ... if his words can be trusted ... but It's Shahrir again. Hmmmm ....
Someone is talking about me. Wakakakakakak !!!!
Wak Sabar ......

Wak ni belum nyanyuk lagi. 'Wak' adalam bahasa JAWA bukan bermaksud tua, tapi panggilan dalam hirarky kekeluargaan jawa. Pengertian 'WAK' adalah 'PAKCIK'. Jolokan selain dari WAK ...korang boleh gunakan PAMAN. Kah kah kah ...

Seingat wak ....
Bila minyak naik mendadak pada bulan Jun lepas ... rakyat pun bising. Bila kita tanya kenapa minyak naik harga... jawab orang UMNO .... minyak dunia naik, maka minyak tempatan pun naik. Kita soal, dia jawab. Tapi tak lengkap. Sifirnya mudah. Nko naik, aku naik. Tapi .... bila nko turun ... aku turun sikit sikit....wakakakaka.

Bila tanya alasan ... kerajaan kata, tak boleh turun mendadak, nanti ganggu perkara lain. Itu lah, ini lah dan macam macam la alasan. Bijaknya orang UMNO ni, masa minyak dunia naik mendadak... dia pun ikut naik mendadak. Masa minyak dunia turun mendadak pulak, eewwaahhhh dia turun ciput ciput.

Minyak dunia dah turun separuh dari harga tertinggi dulu, tapi dah dua tiga bulan ni harga minyak tempatan kita tidak lagi mencecah kepada harga asal sebelum kenaikan bulan JUN lepas.

Ok aku nak cerita pasal NGV lak ... masa dulu, teksi je pakai NGV ni. Kereta boo layan sebab nak pasangnya pun mahal dan Stesyen minyak yang jual GAS ni pun kurang. Syarikat yang keluarkan produk ni pening kepala sebab market tak bagus. Nak cari dealer yang pasang alat NGV ni pun susah.

Anak syarikat Petronas yang urus benda ni namanya PNGV Sdn Bhd. Office nya kat Menara berkembar Petronas, KLCC.

Bila PNGV mintak Petronas Dagang tambah stesyen minyak yang boleh jual GAS ni, Petronas Dagang balas, suruh PNGV tambah pelanggan. Bila Petronas Dangang suruh PNGV tambah pelanggan, diorang kata, stesyen minyak tak banyak, pelanggan susah nak cari.

Dua dua asyik berbalah dan cita cita nak guna kuasa NGV menyeluruh di dalam Malaysia jadi terbengkalai.

Bila harga minyak naik mendadak sebanyak RM0.78 sen pada bulan Jun. Orang dah panik. Yang gaji kecik pun pening sebab income tak seberapa, tapi tambang jadi mahal. Yang naik kenderaan sendiri, ramai yang ubah menggunakan LRT, Monorel dan semua pengangkutan awam. Kononnya nak kurangkan kos. Korang tengok kat stesyen LRT dan Monorel pulak jadi sesak. Terutama waktu pergi dan balik kerja. Nasib baik lah ada pintu, kalau pintu LRT macam bas, ramai dah terpelanting jatuh.

Pada yang ada duit simpanan tu, diorang nak ubah guna Petrol kepada NGV. Ada yang bayar RM3,000, RM5,000 dan RM6,000, tengok pada jenis kereta. Korang perasan tak, ada banyak dealer yang macam cendawan tumbuh di tepi jalan, dengan signboard. "DEALER PEMASANGAN NGV" ... tak macam dulu.

Orang terpaksa pasang NGV, sebagai alternatif selain dari pengangkutan awam. Walaupun stesyen minyak yang jual GAS ni terhad. Apa nak buat. .. semua orang panik.

Disebab kan harga minyak turun ciput ciput dan keadaan ekonomi dunia sekarang teruk, ada pulak yang bijak pandai cuba untuk buat tong sendiri. Dan akibatnya ... tong tu meletup macam gambar di atas. Dan sekarang korang pikirkan kenapa dan mengapa punca nya rakyat cuba nak buat sendiri tong NGV sendiri. Adakah suka suka, nak cuba buat sendiri untuk berniaga atau rakyat tak der duit, maka diorang cuba buat sendiri?

Persamaannya sama dengan 'kereta Proton'. Kalau bandingkan ciri ciri keselamatan kereta tempatan tak sehebat kereta luar. Kalau dulu kereta jepun kita panggil kereta TIN SARDIN, tapi kereta tempatan kita lebih teruk kualitinya. Korang tendang bumper pakai kaki, benda tu boleh cabut.

Tapi apa daya kita kerana itu yang kita mampu. Soalnya ... salah siapa dan apa punca? Jangan asyik salah rakyat semata mata, sedangkan kita dah lantik pemimpin untuk jaga rakyat. Kalau tak tau nak jaga rakyat ... tak payah jadi pemimpin.

Diberikan gaji, elaun, untuk buat apa? Duduk goyang dan besarkan bontot aje ke?

7 comments:

mangchikla said...

Yiow! Sharil ma man, top dog, big daddy, main man, sugah daddy, old round swell guy!! Ain't interested in yr jiving dude, just do it, ya dig? Dah tak larek mombayarnyooo.... esok turun ek. bogheh masih 28 ringgik, bilo nak turun lak?

Anonymous said...

Wakakak ....
Jangan makan beras, kita makan sutung
Wakakak .....

Anonymous said...

Pemimpin tak payah tukar NGV wak, diorang minyak FREE.

Main belasah je.
Hehe

Gelombang Rakyat said...

Boleh caya ke pemimpin begini nak turunkan harga minyak petrol dan diesel.

Sat gii flip flop mai...tukaq keputusan plak!

armouris said...

alhamdulillah kalau minyak turun, tapi masalah yang lagi besar ialah harga barang yang tak turun2.

kalau BN betul2 perjuangkan kepentingan rakyat, buktikan dengan turunkan harga barang dengan kadar segera...

-----------------------
Derma Rumah Anak Yatim Budi Mulia, Perak
Awasi Tanda-tanda Strok
Dangers of Plastic in Food

Anonymous said...

Benting pentingkan rakyat?
Hohohoho
Dunia nak kiamat la

Anonymous said...

opssss!

BN la bukan benteng
Nak sebut BN pun jadi benteng
nasib baik tak BNatang

Posting terkini

Blog Archive