sabahdaily | ...Pengurusan dan penyelenggaraan penggunaan dewan orang ramai, balai raya adalah di bawah tanggungjawab JKKK yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. Perkara ini ditegaskan seawal Ir Hj Nizar menjadi Menteri Besar Perak. Penegasan tersebut diulangi semula dalam penggulungan Bajet 2009 baru-baru ini.
Tajol mendakwa kononnya kerajaan PR tidak membenarkan UMNO menggunakan dewan orang ramai di Gerik adalah tidak benar, karut dan bohong.
Majlis Daerah Pengkalan Hulu tidak pernah menerima permohonan penggunaan dewan untuk Mesyuarat UMNO pada 18 dan 19 Oktober 2008. Majlis Daerah Pengkalan Hulu hanya menerima permohonan UMNO untuk jamuan Aidilfitri pada sebelah petang 19 Oktober 2008 dan permohonan tersebut telah diluluskan.
Tajol juga berbohong apabila mendakwa kononya segala harta benda dalam dewan telah dipunggah oleh JKKK baru .
Apa yang berlaku sebenarnya adalah sebaliknya. Mereka menyerahkan kunci kepada JKKK yang baru, tetapi segala harta benda seperti kerusi, meja, kanopi dan lain-lain tidak ada di dalam dewan. Penyata Kewangan juga tidak diserahkan kepada JKKK yang baru.
Banyak dewan orang ramai dan balai raya yang masih tidak diserahkan oleh JKKK lama kepada JKKK yang baru, sekalipun penghulu dan DO campurtangan.Kerajaan dan JKKK yang baru masih tetap bersabar.... more.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
8 hours ago
2 comments:
Bohong telah mendasari parti laknat.
Itulah salah satu tanda penyakit orang gila kuasa, bila dah bercerai kuasa, maka gila talak lah dia.
Tapi takpa P.Ramlee kata Bohong Sunat...
Post a Comment