KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 19, 2008

Cukuplah, Tok Guru!

penarik beca

Oleh kerana rundingan-rundingan mengenai pembahagian kerusi di kalangan pembangkang masih jauh dari selesai dan mereka masih berkelahi mengenainya, Raja Petra Kamarudin bertanya, adakah kita perlu mengundi parti yang memerintah dan memulaukan pembangkang untuk mengajar mereka?

Ketika soalan itu masih belum terjawab atau tidak ramai yang menjawabnya (jawapan saya, Tak Nak Barisan Nasional!), tiba-tiba Malaysiakini melaporkan berita bertajuk "Nik Aziz sifatkan PKR parti 'mencelarukan'".

Bagi yang sering mengunjungi blog kutu ini, tentu mereka tahu bahawa saya tidak boleh menerima sama sekali Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 29 Mac 1982. Ringkasnya sejak dia masuk Umno.

Saya pernah dituduh tidak pemaaf. Bukan hak saya memaafkan Anwar. Begitu juga, bukan hak PAS untuk memaafkan Tun Dr Mahathir Mohamad. Itu hak rakyat. Jangan ambil hak rakyat.

Pendirian saya mengenai Anwar tidak penting sama sekali.

Tetapi, ini soal perjanjian. Apabila kita membuat perjanjian untuk berpakat dengan mana-mana pihak, tentulah tidak elok dan tidak manis kita mengentam secara terbuka di hadapan umum pihak yang yang kita berjanji untuk berpakat dengannya.

Kalau di dalam bilik mesyuarat atau secara tertutup, tak kisahlah sampai terbeliak bijik mata pun. Takkan nak dibunuh pula hak untuk menyatakan rasa tak puas hati.

Walaupun mungkin tidak bertulis, PAS telah berjanji untuk berpakat dengan PKR. Kalau tidak ada janji, tentulah tidak ada perundingan serta gusti dan tomoi mengenai pembahagian kerusi.

Apabila telah berjanji, mengapa perkara seperti itu terjadi? Adakah ia di sebabkan ada pemimpin tertentu di dalam PAS mempunyai status kebal? Tidak ada siapa pun boleh kata apa-apa pun kepadanya. Ada immunity.

Ketika masih tak puas hati melihat orang-orang alim berbaris di Kota Bharu menyaksikan Mawi melalak dengan lagu "Aduh Saliha" dan "Habibi Ya Nour el Ein", saya memilih untuk berani menegur. Mungkin saya akan dituduh penentang, tidak hormat Tok Guru, menyakiti hati Tok Guru, tidak thiqah, tidak wala', kurang ajar, alahai... apa sahaja. Saya sudah bersedia.

Tentang thiqah dan wala', perkara itu tidak timbul. Saya hanya penyokong Fasal 5 Perlembagaan PAS.

Walaupun hanya sebagai penyokong, saya memilih untuk menegur dan saya merayu janganlah lagi diulangi respon-respon spontan kepada akhbar yang menyebabkan ahli dan penyokong merasa ngeri. Cukuplah kenyataan-kenyataan lalu yang begitu meletihkan. Kita tak nak lagi kenyataan-kenyataan seperti yang dilontarkan dalam isu mencarut misalnya (wahai Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Kelantan, ayat "li furuji him" bukan mencarutlah!)

Oleh kerana Tok Guru selalu sebut tentang Khalifah Abu Bakar, saya harap saya dapat memetik kata-kata khalifah itu di dalam pidatonya ketika dilantik sebagai khalifah:

Menyampaikan kebenaran kepada seseorang yang terpilih sebagai penguasa adalah kesetiaan yang sebenar-benarnya; sedang menyembunyikan kebenaran adalah suatu kemunafikan.
Saya nak cakap Arab tak reti. Tak reti langsung. Nak cakap Melayu pun, dah banyak kali dah. Oleh itu, izinkan saya nyatakan sesopan yang boleh di dalam Bahasa Inggeris kepada Tok Guru: Washing your dirty linen in public is neither professional nor encouraging!

KEEP WALKING


Quite interesting!
Keep Walking.....

Jus to check this out......

The Organs of your body have their sensory touches at the bottom of your foot, if you massage these points you will find relief from aches and pains as you can see the heart is on the left foot.

MENCIPTA BALA UNTUK ANAK DAN CUCU

TAK PERLU BIJAK UNTUK JADI MENTERI

Rujukan artikel "Inikah Tahap Pemikiran Pemimpin Malaysia?"

Perbandingan antara Menteri di Singapura dan Malaysia sebenarnya sudah lama dikeluarkan di Singapura. Ianya dilakukan oleh rakyat disana di dalam usaha mencari alasan kenapa pembangunan dan kemantapan ekonomi kedua dua negara yang rapat lokasinya, berbeza.

Di dalam era awal pemerintahan negara, sistem politik telah merubah negara menjadi sebuah negara yang bersifat " Negaraku, harta ku, aku punya" oleh segolongan pemimpin Barisan Nasional. Tidak hairan kalau sampai 100 tahun lagi pun, UMNO dan BN masih lagi menjadi Kerajaan kerana sikap tamak mereka membawa ke mati. Pemimpin yang pergi melahirkan pemimpin yang baru. Mentaliti pemimpin lebih kepada meniru instiusi di raja yang melahirkan salasilah kepimpinan. Setiap pemimpin akan melahirkan jenerasi mereka dan jenerasi itu akan mewarisi pemerintahan sehingga beberapa keturunan kemudiannya.

Setiap pemimpin menyusun salasilah untuk diatur susun bagi mengisi barisan kepimpinan negara yang akan datang. Mana tak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Tetapi istilah itu tidak menjelaskan bahawa kuah yang tumpah ke nasi itu adalah hasil halal atau haram. Makanya ketika ini sudah menjelaskan bahawa kepimpinan yang ada sekarang, tidak bertanggun jawab berbanding dahulu. Mungkin ada kaitannya dengan unsur pemakanan pemimpin yang lepas sehingga melahirkan jenerasi yang tidak bijak dan tidak bertanggung jawab seperti sekarang. Lebih mementingkan diri sendiri dan sijil kelulusan mereka setakat kertas yang bertampal di dinding. Malah setelah didedah pelbagai kelulusan yang sekarang ini boleh dibeli, maka ramai antara wakil rakyat pun tiba tiba mendapat ijazah cemerlang entah dari mana.

Banyak usul yang diberikan oleh menteri boleh dipersoalkan. Ini kerana idea itu lahirnya dari mental yang tidak cergas, lembab dan lembam. Sudah menjadi sikap UMNO dan Barisan Nasional, penyokong tidak boleh membantah untuk mengelak diri dilabel sebagai pembangkang. Maka yang buruk disetujui dan yang bodohpun di puji. Bila mentaliti kepimpinan seperti ini maka, bukan menteri sahaja yang menerima padah, malah rakyat pun semakin parah.

Cukup untuk mengambil contoh pembelajaran Matematik dan Sains di dalam bahasa Inggeris. Ditempelak dengan mudah oleh Professor DiRaja Ungku Aziz dengan kenyataan beliau, memberitahu bahawa Kita bukan belajar bahasa Inggeris, tetapi kita belajar Matematik dan Sains. Tiada Nahu di dalam Matematik dan Sains untuk menjadikan kanak kanak cerdik berbahasa Inggeris. Ada 2 kertas ujian di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris memadai untuk memberikan ilmu bahasa tersebut kepada kanak kanak. Ajar murid murid mengikut kecerdasan. Kalau mereka bijak Bahasa Malaysia, maka dengan bahasa Malaysia dan kalau murid bijak berbahasa Inggeris, maka ajar murid dengan Bahasa Inggeris. Matematik dan Sains seharusnya tidak menjadi isu dalam pendidikan sekolah.

Ungku aziz bukan lah calang calang orang di dalam ilmu pendidikan. Nama dan pendapat beliau sukar untuk dipatahkan kerana berdasarkan kepada pengalaman, ilmu dan kebijaksanaan. Tiada siapa yang boleh menempelak semula beliau kerana setiap perkataan nya disusuli dengan fakta dan kajian yang dibuat.

Namun Professor Ungku Aziz seperti sebuah replika yang hanya untuk ditonton. Dan bukan untuk diambil ilmu nya, dimanafaat dan diikuti. Ini kerana idea dan buah fikiran Ungku Aziz tidak mendatangkan keuntungan bagi pihak yang inginkan imbuhan dari setiap perancangan dan perlaksanaan kerajaan. Merubah sistem pelajaran memberikan peluang kepada kroni Menteri berkenaan di dalam pembekalan pelbagai barangan dan perkhidmatan. Permasalahan rancangan itu akan timbul apabila setiap langkah kerajaan disusuli dengan muslihat yang sengaja dipendam.

Melihat pada senarai kelulusan akademik Menteri di Malaysia adalah jelas memberikan alasan kenapa kemajuan Malaysia seperti sudah tersekat. Ia berlaku sedemikian rupa kerana kecerdasan para Menteri tidak lagi terserlah. Keadaan ini bukan berlaku sekarang sahaja tetapi ia sudah bermula pada pertengahan pemerintahan Mahathir lagi. Apabila rakyat sudah sedar tentang temberang kerajaan, maka Mahathir terpaksa memilih di kalangan orang yang ampu dan bodek dirinya agar beliau terus boleh menggunakan kuasa diktatornya dalam setiap perkara dan setiap masa.

Akhirnya barisan kepimpinan yang dipilih terdiri dari yang Angguk angguk dan geleng geleng. Bila personaliti kepimpinan sebegini yang dicari, maka apa pentingnya kelulusan? Dan sejak itu lah kelulusan bukan perkara utama di dalam perlantikan seseorang menteri itu. Ia sekadar syarat sehinggakan kelulusan yang tidak berkaitan pun masih boleh menjadi menteri dan potfolio yang berlainan. Yang penting, aku suruh angguk, kau angguk dan aku suruh geleng, kau kena geleng.

Bila keadaan menjadi kritikal, Mahathir tiada jalan lain kecuali meletakkan jawatan. Penyalahgunaan kuasa dan sikap menyanyangi kroni memang sudah jelas. Kerana itu juga lah maka rakyat tidak lagi percaya dan memberikan undi padanya. Akibatnya pada tahun 1999, (PRU10) rakyat sudah berpatah arah. Undian terhadap BN jatuh merosot. Rakyat tunggu ketika untuk membongkar semua masalah dan Mahathir sendiri tidak mampu untuk berdepan dengan rakyat disamping tidak mahu pening kepala dengan semua ini selepas hilangnya kuasa.

Maka dilantiknya Timbalan beliau, Abdullah Ahmad Badawi yang ternyata lembab dan tidak mampu berfikir. Berharap pada orang lain untuk berfikir kerana sudah biasa dengan sikap YESMAN nya. Melantik Perdana Menteri sebegini memberikan kelebihan kepada Mahathir. Rakyat akan terus memujinya "LEBIH BAIK MAHATHIR DULU DARI PAK LAH." kerana prestasi Abdullah memang buruk.

Sekarang mata sudah tertumpu kepada Pak Lah dan tidak lagi mengindahkan Mahathir yang telah puas menyeleweng dan menyalahgunakan kuasa. Pak Lah pun sama tabiatnya tetapi dengan ketidakcergasan minda dan otaknya, maka keadaan menjadi lebih buruk. Tambah tambah lagi pertabalan Pak lah sebagai Perdana Menteri tatkala negara kekeringan wang akibat sikap boros lakunan kemajuan Mahathir dahulu.

Maka bermula lah masalah kepimpinan yang serius. Pemimpin nya tidak cerdik, menteri nya pula tidak bijak. Lembab dan lemah. Sekarang negara menuju ke zaman kehancuran. Rakyat yang lembat sedar akan mendorong kepada kejatuhan yang lebih parah di masa akan datang. Lambat bertindak akan menyebabkan kuasa si bodoh bodoh ini akan menjadi lebih sukar untuk digulingkan.

Harta negara sebenarnya cukup untuk semua rakyat. Tamak dan gila kuasa pemimpin menyebabkan harta tersebut di monopoli oleh sebilangan kecil kelompok pengikut dan kroni kepimpinan. Kemiskinan akan bertambah tambah akibat sikap dominan sesetengah syarikat gergasi kroni pemimpin. Pendapatan rakyat makin mengecil. Peluang makin tersekat. Rakyat tidak mendapat manafaat dari perancangan kerajaan yang berbillion billion ringgit. Semuanya sudah diperuntukan kepada syarikat kroni yang ramai dikalangan UMNO dan BN. Pada yang duduk atas pagar sampai bila pun akan terus berada diatas pagar. Mahu mafaat kemajuan perlu tunggu 2035, satu sasaran baru.

Kalau sekarang rakyat sengsara, bayangkan apa akan berlaku lagi 5 tahun. Kalau PRU 12 masih memberikan mandat kepada menteri menteri yang sama, adalah sukar untuk berpatah balik kerana kita hanya boleh merubah pada tempoh 5 tahun sahaja. Mahukan kita menanti untuk tahun 2013 nanti untuk buat perubahan?

Tanya diri, periksa poket, pandang akaun, lihat harta, toleh sekeliling, mampukah ekonomi anda bertahan untuk 5 tahun yang akan datang kerana satu kesilapan, terlalu sukar untuk merubahnya. Teman tidak datang membantu kerana teman memikirkan nasib mereka sendiri. Jangan harap orang lain untuk merubah kerana tanggung kita, masa depan kita, keluarga kita serta anak anak kita. Anak aku, aku bela, orang lain tidak ambil tahu.

Berharap pada menteri yang rendah mentalitinya, kurang kebijaksaannya, tamak dan haloba bagaikan memperjudikan nasib masa depan anak anak dan jenerasi kita pada golongan yang tidak boleh diharap. Terus bersama UMNO dan BN, bagaikan mengulang kesilapan orang orang tua kita dahulu. Mereka ditipu dan takkan kita pun akan ditipu. Mahukah kita mencipta BALA untuk anak dan cucu kita nanti?

Bila Padang Pasir Pun Banjir

Dubai banjir baru baru ini. Gambar dipetik : wideangle.cafebabel

Parasolka

ulica

nad morzem

dalsze proby

pelerynki

BN serang PKR melalui MEDIA

Kebimbangan UMNO menyebabkan PKR diserang. Begitu lah hakikatnya permainan politik UMNO yang menggunaan media arus Perdana sebagai senjata kekal mereka di dalam setiap kali pilihanraya.

Perlu dijelaskan bahawa kebimbangan UMNO terhadap PKR setelah berlakunya penjelajahan Anwar Ibrahim bertemu dengan rakyat berbangsa India keseluruh negara mengenai isu Hindraf dan kaum India. Sambutan hebat yang berlaku di dalam setiap pertemuan sesungguhnya membimbangkan sesiapa sahaja.

Usaha BN untuk mengembalikan sokongan kaum India ternyata gagal. Pelbagai usaha di lakukan masih menemui jalan buntu. Samy Vellu cuba untuk memohon sebarang bentuk bantuan dari kerajaan untuk membantu Kaum India, rakyat tidak layan. Gerakan cuba untuk menghantar seorang HERO TAMILnya untuk memperjuangkan bangsa India, rakyat masih tidak layan. Hakikatnya BN sudah hilang akal berdepan dengan undi tidak percaya kaum India terhadap kepimpinan Barisan Nasional dan parti komponen yang tiba tiba memperjuangkan kaum India. Kini PKR adalah salah satu pilihan untuk kaum India selain parti pembangkang yang lain.

Maka, kesempatan yang diambil oleh Barisan nasional ketika ini adalah untuk memecah belahkan parti pembangkang dan mengelirukan rakyat dengan berita yang disiarkan di dalam TV. Biarpun apa yang media katakan, rakyat seharusnya mendengar sendiri ucapan TG NIK Aziz sebelum membuat sebarang kenyataan. Putar belit media bukan berlaku hanya sekarang tetapi sejak dahulu.

Media boleh ke sampai tahap membakar semangat perkauman dan memecah belahkan rakyat, sekiranya perlu. Kerana itu sesungguhnya adalah tidak menghairankan kalau TG NIK AZIZ dinyatakan di dalam media, mempertikaikan PKR. Tetapi kenyataan tersebut di buat di dalam bentuk TULISAN dan bukan video rakaman ucapan. Berhati hati dengan sendikit penipuan MEDIA TV3 dan sekutunya di dalam menghadapi suasana genting pilihanraya tahun ini. TG Nik Aziz sendiri pun sudah banyak kali mempertikaikan ketelusan media arus Perdana kerana menyiarkan yang bukan bukan.

Berhati hati kerana di dalam setiap musim pilihanraya, ada isu yang berjaya menawan hati para pengundi disaat akhir tempoh pilihanraya. WASPADA SEMUA.

Teman Menjawab

Sebelum kami berhenti berbual, sempat Ibnu hasyim bertanya dengan nada bergurau pada teman " apakah bunyi niat pemimpin UMNO semasa hendak mula mendirikan solat". Teman pun jawab secara berseloroh: "Sahaja aku sembahyang zohor empat rakaat kerana duit".

Ibnu Hasyim Bertanya: Teman Menjawab
sheikh-telukintan.blogspot

Dalam perbualan kami, teman sempat memberitahunya, bahawa setiap kali Pilihanraya Umum, Kerajaan Pas Kelantan memang dalam keadaan bahaya. UMNO dan Barisan Nasional tidak pernah tidur dan sentiasa mencari jalan walau dengan apa cara sekalipun untuk menawan Kelantan dari tangan Pas.

Pada pilihanraya Umum nanti, entah berapa lori duit yang akan dibelanjakan untuk membeli undi rakyat Kelantan. Sesungguhnya duit tak jadi masalah pada UMNO. Tokeh judi boleh sediakan. Tokeh arak boleh sediakan. Kontraktor-kontraktor yang diberi beberapa projek besar pun tak kedekut untuk keluarkan duit. Ah, tak payah cerita panjang-panjang tentang hal ini kerana kebanyakkan penduduk bumi dan langit tahu dan teramat tahu , dari sumber mana duit mengalir untuk memenangkan UMNO /BN. Mati dan hidup UMNO / BN adalah kerana duit. more...

ZAM MERAPU LAGI


Kesal pihak salah guna kebebasan media

KUALA LUMPUR 18 Jan. – Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin kesal terhadap sesetengah pihak yang didapati menyalahgunakan kebebasan media untuk memburuk-burukkan negara.

Menurut beliau, pihak terbabit terutamanya media milik pembangkang dilihat lebih gemar melakukan pembohongan daripada melaporkan segala usaha kerajaan dalam memartabatkan negara.

“Apa yang kita (kerajaan) lakukan untuk meningkatkan ekonomi dan taraf hidup rakyat tidak dilaporkan.

“Sebaliknya, mereka melakukan pembohongan dengan memburuk-burukkan negara,” katanya pada majlis sepetang bersama media di sini, malam ini.


Hadir sama, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin dan beberapa ketua pengarang kumpulan media.

Zainuddin berkata, segala pembohongan yang dilakukan bukan sahaja merendahkan imej negara tetapi menghakis nilai kewartawanan dan media.

Jelasnya, lebih memburukkan keadaan, selain menyalahgunakan kebebasan akhbar, ada juga yang dilihat dipengaruhi pemikiran Barat sehingga ingin mengikis nilai budaya setempat melalui penulisan masing-masing.

“Ini satu perkara yang tidak wajar dilakukan kerana media sememangnya mempunyai pengaruh tersendiri,” tambahnya.

8TV KENA TINDAKAN


Kerana Faizal, 8TV pun kena tindakan
Kosmo

KUALA LUMPUR – Ekoran perbuatan seorang artis membuka baju ketika menyanyi di konsert siaran langsung, stesen televisyen 8TV dikenakan tindakan tidak dibenarkan membuat siaran langsung mahupun tertunda bagi konsert dan semua rancangan hiburan untuk tempoh tiga bulan bermula 15 Januari.

Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komuniksi dan Multimedia Malaysia Muhamad Tahir Muhamad Noor berkata, kelulusan juga tidak akan diberikan bagi sebarang permohonan siaran langsung dan tertunda oleh stesen televisyen lain yang mahu menampilkan artis berkenaan dalam tempoh tiga bulan berkuat kuasa 15 Januari.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan, penelitian dan maklum balas umum mengenai siaran langsung Rockin Birthday Concert yang disiarkan pada 13 Januari lalu, pihak Suruhanjaya mendapati 8TV gagal mematuhi syarat yang ditetapkan untuk kelulusan siaran langsung dan tertunda.

Beliau berkata, Suruhanjaya mendapati tindakan artis yang menanggalkan pakaian pada konsert itu adalah sesuatu yang dilakukan dengan niat tanpa memikirkan sentimen dan sensitiviti penonton serta nilai-nilai murni masyarakat negara ini.

“Ini merupakan satu kesalahan yang serius dalam sesebuah rancangan siaran langsung,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ekoran itu, katanya Suruhanjaya menarik balik dengan serta-merta kelulusan yang diberikan untuk siaran langsung dan tertunda bagi rancangan konsert dan program berbentuk hiburan di saluran 8TV.

Bagaimanapun, katanya program prarakaman atau bukan program siaran langsung yang menampilkan artis yang sudah mendapat kelulusan dari Lembaga Penapisan Filem (LPF), boleh disiarkan.

Dalam siaran langsung rancangan Rockin Birthday Concert itu, penyanyi yang merupakan bekas anggota kumpuan nasyid Mirwana, Faizal Tahir, bertindak menanggalkan baju sehingga mendedahkan badannya yang disembur dengan cat merah berbentuk ‘S’.

Akibat tindakan itu Faizal dikenakan hukuman melakukan kerja amal selama enam bulan oleh stesen televisyen 8TV.

Bila nama PM Malaysia tidak disebut

Beberapa orang tokoh korporat tempatan yang saya kenali tidak segan silu mengutuk Paklah. Ada juga yang bertanya, "Bila Anwar akan jadi PM?"

Seorang lagi yang memegang jawatan sebagai ketua pelaburan sebuah syarikat gergasi kerajaan Dubai berkata, "Selagi Abdullah menjadi PM Malaysia, kami tidak akan melabur, cukuplah!"

Bila nama PM Malaysia tidak disebut
klpos

PM UAE bersama marhaen dalam lawatan selepas hujan lebat melanda UAE

Oleh Fudzail

BERITA dibawah dari agensi berita WAM mengenai Forum Perikatan Ketamadunan (AOC) yang mana PM Malaysia, sebagai Pengerusi OIC turut serta berucap sebagai ahli panel. Kalau diukur dari segi kedudukan beliau sebagai pengerusi OIC dan Malaysia sebagai sebuah negara majoriti Muslim, sepatutnya nama Paklah termasuk dalam senarai mereka yang berucap, seperti Erdogan, PM Turki. Tetapi PM Malaysia tidak disebut. Begitulah taraf sebenar Paklah di Timur Tengah. Paklah tidak punya populariti seperti Mahathir. Kedudukan sebagai pengerusi OIC juga sekadar pada nama.

More...

Posting terkini

Blog Archive