Pembangkang 'berbaik' semula dengan Pengerusi SPR
MStar - Jangan ambil hati! Mungkin mesej itu yang cuba disampaikan apabila beberapa parti pembangkang menghantar wakil mereka menemui Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sejurus selepas berakhirnya pilihan raya umum ke-12.
Ketika mendedahkan perkara itu ketika berucap pada Seminar Kebangsaan Mengenai Pilihan Raya 2008: Perjalanan Demokrasi anjuran Unit Pengajian Penyelidikan Pilihan Raya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini pagi ini, beliau memberitahu:"Ada beberapa wakil parti politik datang bertemu saya, mereka dihantar oleh parti mereka."
Wakil-wakil berkenaan, kata beliau, membawa mesej mahu 'berbaik semula' selepas mereka telah mengecam dan mengkritik SPR dengan pelbagai tuduhan termasuk kononnya merancang melakukan penipuan dalam pengurusan pilihan raya.....selanjutnya.
No2umnO - Biar lah apa yang Rashit katakan, sukar untuk percaya. Kerana kita semua kenal Rashit dan Rashit kenal dirinya. Kalau bertemu ular dan Rashit ... wak akan pukul Rashit dulu baru bunuh ular.
May 18, 2008
Antara ULAR dan RASHIT ... mana satu yang anda pukul?
Labels: Belit Rashit/SPR
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
Umno jual ratusan ekar tanah, Melayu dibiar merempat
harakahdaily - [...] Tindakan pemimpin Umno Pahang menjual tanah milik parti itu sebagaimana didedahkan bekas Setiausaha Badan Perhubungannya, Dato' Ahmad Tajudin Sulaiman, baru-baru ini membuka 'belang sebenar' parti itu.
Pendedahan itu membuktikan pengkhianatan Umno negeri terhadap rakyat dan sokongan padu bangsa Melayu terhadapnya.
Ia juga mendedahkan kegagalan Umno sebagai pemerintah yang secara mudah memperolehi tanah melalui kuasa politik, kemudian menjualnya kepada pihak lain untuk mendapat keuntungan segera.
Pada masa yang sama, para pemimpin parti itu sering menasihati rakyat supaya jangan menjual tanah untuk mengaut keuntungan segera, tetapi itulah yang dilakukan oleh pemimpin Umno apabila berada di puncak kuasa.
Pendedahan Tajudin itu sesungguhnya telah membuka pekung di dada para pemimpin Umno yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan rakyat.
Rakyat yang dituba dengan janji pembangunan tidak pernah terfikir adanya pekung bernanah disebalik wajah seorang bapa.
Sikap baik pemimpin Umno/BN selama ini meyakinkan rakyat negeri ini sehingga sanggup memberi lagi mandat besar kepada parti itu dalam pilihan raya umum Mac lalu. Umno/BN Pahang seolah-olah tidak terkena langsung tsunami politik yang melanda negara 8 Mac itu. ... selanjutnya.
Labels: Belit UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Siapakah Raja Lawak?
2007 dulu....rakyat kecoh dengan penggunaan dakwat jari. Bukan main seronok lagi apabila kita menyangka bahawa SPR cuba untuk menjadi telus .... berita ini pun keluar
PRU: SPR guna tanda dakwat di kuku atau jariTiba tiba pada saat akhir menanti ketibaan PRU 12 .... disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari.....SPR buat hal lagi. Bukan setakat Rashit yang terlibat, malah Musa Hassan dan diheret sekali Gani Patail. Maka 3 burung kakak tua ni pun bercakap dengan nada yang sama. Tajuk cerita "Ku tegakkan benangku yang basah"
PRU: SPR guna tanda dakwat di kuku atau jari
Utusan Online
PUTRAJAYA 13 Ogos - Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hari ini memutuskan untuk menggunakan tanda dakwat di kuku atau jari tangan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, keputusan untuk menggunakan dakwat khas dari India itu, yang sukar dipadamkan untuk beberapa hari, adalah selaras dengan...... selanjutnya.
SPR batal tanda dakwatSelepas pengumuman tersebut ... eh eh eh .... tiba tiba rumah Rashit pula yang disimbah cat. Tapi bukan cat jari tapi cat rumah. Kononnya susah benar memegang tanggung jawab Pengarah SPR sehingga terdedah kepada pelbagai risiko. Mamat yang dituduh, ditangkap di Pulau Pinang. Mak aiiii .... jauhnya tangkap.
Bharian - [...]Polis kesan cubaan tipu babitkan empat individu di tiga negeri
"Proses pengundian serta ketenteraman dan keselamatan awam tidak boleh sekali-kali dikompromi. SPR amat dukacita atas keputusan yang dibuat ini.
“Namun begitu, demi menunaikan kewajipan dan tanggungjawabnya dalam menjamin kelancaran proses pengundian, dan demi ketenteraman dan keselamatan awam, SPR perlu mengambil keputusan tegas dan muktamad ini," katanya pada sidang media di Pusat Media SPR di sini, semalam.
Turut hadir, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. ....Selanjutnya
Kediaman Pengerusi SPR disimbah cat merahUntuk menyokong tindakan batal itu, maka Pak Lah pun turut keluarkan kenyataan. Menjadikan cadangan yang diusul oleh 3 ekor buruk kakak tua itu bertambah kukuh apa bila seekor burung gagak bertindak setuju dengan cadangan burung kakak tua itu tadi ...... begini cerita nya..
Utusmeloya - [...]Ketika sibuk mengendalikan persiapan Pilihan Raya Umum Ke-12, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman dikejutkan dengan kejadian tembok pagar rumahnya disimbah cat merah hari ini.
Perbuatan menyimbah tiga tin kecil cat merah di depan rumahnya di Lorong Bukit Pantai 7, Lembah Pantai itu dipercayai dilakukan tiga lelaki kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi. ...selanjutnya.
Batal guna dakwat bukan keputusan kerajaan: PMUsul batal tidak disertai bukti, maka pada awal Persidangan dewan 2008, isu ini menjadi perhatian ..... Ahli Dewan yang dipenuhi oleh Parti Pembangkang mempersoalkan kesahihan bukti yang membawa kepada pembatalan ...
Bharian - [...] “Saya sudah bagi tahu Datuk Radzi (Setiausaha Barisan Nasional, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad) supaya mendapatkan penjelasan daripada SPR kerana ini bukan kita punya kerja. Saya diberitahu, ini adalah keputusan dibuat SPR.
“Saya pun mahu mendengar maklumat lanjut daripada mereka. Saya harap mereka (SPR) patut panggil ketua atau wakil parti untuk beri penerangan supaya tidak ada perkara yang tak baik berlaku (ekoran pembatalan itu),” katanya . ...selanjutnya
SPR Batalkan Dakwat Kekal Berdasarkan Desas-Desus SemataKenyataan ini dikukuh kan dengan kegagalan polis memberikan bukti bukti penyeludupan dakwat seperti yang didakwa oleh Musa Hassan pada awalnya. Dan selepas para kepimpinan mula bersandiwara, melakukan cerita kanak kanak, bertajuk...."aku betul kau salah" Dialog pelakun pertama pun bermula ....
Suarakeadilan - Dalam jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri Syed Hamid Albar kepada MP Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah), beliau menjelaskan SPR dan kerajaan tidak mempunyai bukti kukuh ketika membuat keputusan tersebut.
Pada 4 Mac lalu, SPR mengumumkan keputusan saat-saat terakhir membatalkan dakwat kekal atas alasan keselamatan. Pengunaan dakwat kekal ini dituntut Pakatan Rakyat dan Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (Bersih) bagi menyekat penipuan pilihanraya khususnya pengundi hantu.
Ketika membatalkan pelan tersebut, Pengerusi SPR Rashid Abdul Rahman berkata keputusan itu dibuat berdasarkan laporan polis mendakwa sebilangan pihak telah membeli dakwat-dakwat kekal dari luar negara untuk menipu dalam pilihanraya....selanjutnya.
Kemudian Dialog pelakun kedua pun menyusul........lagu yang sama "Aku yang betul, kau yang salah" ....SPR: Kabinet batalkan dakwat kekal
malaysiakini - "Saya belum menyatakan sebelum ini bahawa yang sebenarnya terjadi ialah kabinet telah menolak cadangan kami (untuk memperkenalkan dakwat kekal) pada 13 Februari, hari parlimen dibubarkan," kata pengerusinya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman di seminar mengenai pilihanraya umum 2008 di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hari ini (foto kanan).
SPR, katanya, sudah bersedia memperkenalkan langkah tersebut demi menolak keraguan orang ramai tentang pengundian berganda.
"Kami menerima tekanan dari banyak pihak (untuk melaksanakan dakwat). ...seterusnya
PM: Batal dakwat budi bicara SPRDan seterusnya kita saksikan lah lakunan badut badut ini.. kekadang kalau dunia ni sunyi sangat pun tak seronok. Nak kena ada cerita lawak lawak cam ni. Kena tanya otai otai raja lawak untuk adili ... siapakah yang lawak diantara mereka mereka ini.
Malaysiakini - [...] "Memang perkara itu menjadi tajuk yang dibincangkan dalam Kabinet sebab kita ada beberapa maklumat berkaitan perkara ini, antaranya ada pihak-pihak tertentu yang telahpun membeli dakwat ini walaupun mereka tidak ada kuasa untuk membelinya.
"Dan kita mencurigai bahawa dakwat itu akan digunakan dengan cara-cara yang boleh mengelirukan dan menimbulkan keadaan yang boleh menyulitkan, boleh membawa masalah kepada proses pengundian yang berlaku pada hari itu," katanya.
Menurut laporan Bernama, Abdullah berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman semalam, bahawa penggunaan dakwat khas itu tidak diluluskan oleh Kabinet walaupun telah dipersetujui oleh SPR....selanjutnya
Labels: Belit SPR Belit BN
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Umno nafi halang dakwat kekal
isupolitik - Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dilaporkan sebagai berkata kabinet membantah pelaksanaan dakwat kekal di jari pengundi.
“Saya dimaklumkan bahawa saya harus bertanggungjawab (sendiri) jika bersetuju melaksanakannya.
"Tidak mudah menjadi pengerusi SPR. Saya kena memikul kecaman selama setahun," katanya kepada wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur semalam.
Kenyataannya itu menjelaskan sedikit tanda tanya terhadap misteri keputusan SPR membatalkan saat-saat akhir penggunaan dakwat kekal menjelang hari mengundi pilihanraya umum 8 Mac lepas.
Bagaimanapun Perdana Menteri itu dikatakan menafikan kenyataan tersebut dengan menjelaskan suatu kenyataan yang kabur sebagaimana disiarkan visual kenyataannya di sebuah Televisyen (TV) milik Umno semalam.
Tidak jelas apa yang hendak ditegaskan oleh Pak Lah berhubung dengan persoalan ini. Dikatakan Pak Lah menjelaskan bahawa, ia hanya cadangan kabinet, tidak semestinya SPR menerima cadangan tersebut.
Terpulang kepada SPR untuk menerima cadangan kabinet itu atau sebaliknya. Jelas, ada permainan tarik tali antara Pak Lah yang mengepalai kabinet dengan Tan Sri Abdul Rashid yang mengetuai SPR.
Jika Pak Lah merasa bimbang dengan soal ketelusan dalam sistem demokrasi yang agak terbuka, saya syorkan segeralah Pak Lah dan Abdul Rashid meletakkan jawatan masing-masing, jadi orang biasa lebih baik dari tidak tahu mengurus rakyat dan negara dengan baik. ...selanjutnya
Labels: Belit SPR
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
To be open or to hide!
malaysiatoday - It is a very common practice by the Barisan Nasional government to classify most documents as being secret documents. Even contracts like the contracts with toll concessionaires are classified as secret documents. It is very odd as these contracts involve public money and hence the public has the right to know.
It is when the government wants to hide certain features of the contract that the contract is deemed as being a secret document. If not why is the need for secrecy? Will the revelation cause a national disaster? Or will the revelation cause disaster to the government? Most likely it is the latter that will happen if the document is declared as being an open document.
Most things that the Barisan Government does is shrouded in secrecy. Petronas has never, as far as memory can serve me, presented its profit and loss account. We are in the dark as to how Petronas earnings have been spent and in what amount and to which projects. Petronas money too must have been spent to bail out loss- making government companies or companies under the GLC.
For how long do we have to keep guessing as to what the actual financial position of Petronas is? The only information given to the public through the media is the billions that Petronas makes in its worldwide investment strategies. Petronas is definitely loaded if it can allocate RM1 billion annually as oil royalty payment to Trengganu.
This royalty was directly given to the state until PAS took over the government of that state in 1999. It was turned into what is called ‘wang ehsan’ and disbursed in a way to ensure that the Barisan Nasional will forever control the State government. It is the state government that knows what projects need to be carried out for the benefit of the people but is left with inadequate funding.... selanjutnya.
Labels: Belit BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Bangganya jadi artis

"lihat lah dunia....gua artis Malaysia"
Artis Malaysia dah memang berani. Acting dah kalahkan Bollywood, Mollywood dan Tigerwood. Macamana tak berani ? Sebab tak der siapa yang berani pada diorang .... Menteri menteri dan Finas sendiri pun kecut teloq nak tegur .... Prosidur entah kemana, undang undang dah bersepah. Mungkin diorang terfikir, benda syiiiiiokkk, buat per tegur .....
Dulu ada jugak artis yang sombong cam ni. Bila dah accident teruk, baru nak berubah. Masa tu la baru sedar, cantik itu bonus yang Tuhan bagi. Kalau Tuhan nak tarik balik bonus tu ............ Sepetik jari aje. Pada yang tengok tu, jangan nyumpah, doakan mangkuk ni biar berubah. Takut kena pulak batang idung. Anak makin lama makin membesar. Naluri nak jadi artis membuak buak. Nak ikut style mat salleh. Kalau tak cam tu, orang kata tak moden. Kalau pakai baju kurung .... bukan lah 'Melayu Boleh' sebab peminat tak toleh....Bila peminat terpusing kepala .... baru lah "Melayu boleh".
email oleh - "alrid"
Labels: Artis Hadhari
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
Antara Kesempitan Perkauman Dengan Keluasan Prinsip Islam
drmaza - [...] Apakah bezanya antara keluasan prinsip Islam dengan kesempitan perkauman? Jawapannya secara umum; seseorang yang dilahirkan berbangsa melayu, tidak mampu menukar dirinya menjadi arab. Seorang yang dilahirkan berbangsa cina tidak mungkin dapat menjadi melayu. Seseorang yang dilahirkan berbangsa india tidak mungkin mampu menukar dirinya menjadi cina.
Walaupun mungkin dia boleh menyamar, atau membuat tafsiran yang berbagai dalam menukar identiti dirinya, namun hakikat diri dari segi nasab keturunan tidak mungkin dapat diubah. Hal ini berbeza dengan soal pegangan akidah Islam. Di mana, seseorang walaupun apa bangsanya, boleh menjadi muslim lagi mukmin. Bahkan dia boleh mejadi muslim yang terbaik, walaupun dia daripada bangsa paling hina pada pandangan masyarakat, tetapi Islam tidak mendiskriminasikannya.
Maka, Bilal bin Rabah r.a. seorang yang berkulit hitam, berasal dari status hamba abdi yang dihina telah menduduki tempat yang tinggi dalam Islam. Sehingga setiap muslim apabila menyebut sahaja azan untuk solat akan teringat sejarah Bilal yang bertugas sebagai muazzin (tukan azan) Nabi s.a.w. Sehingga orang melayu memanggil ‘tok bilal’ kepada tukang azan.
Sabda Nabi s.a.w: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuailah! Tiada kelebihan orang arab ke atas a’jam (yang bukan arab), atau a’jam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).... selanjutnya.
Labels: MINDA MUFTI
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Terima Kasih Abdullah Siasat Mahathir!
msomelayu - Ada juga untungnya BN lemah dan kehilangan empat buah negeri kerana ia boleh menyuntik keberanian kepada kerajaan dan Perdana Menteri. Mungkin kalau Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor masih belum jatuh serta BN tidak kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen keputusan atau cadangan seperti pengsyoran Suruhanjaya itu tidak akan berlaku.
Kita percaya kalau PM bukan dipegang Abdullah dan kebetulan kalau BN tidak dalam keadaan nazak hari ini mungkin kebebasan dan ketelusan itu tidak ada. Siapakah yang berani menyiasat individu-individu berkenaan sebelum ini? Semua mereka pernah berkuasa dan dilindungi di mana pengaruh mereka ke atas pihak-pihak tertentu masih ada. Dalam erti kata lain mereka masih ada budi untuk dikenang oleh pihak tertentu!
Apabila siasatan sudah bermula ke atas individu berkenaan akan bermulalah satu lagi episod pendedahan apa yang belum terdedah sebelum ini. Mahathir ketika mengalu-alukan pengsyoran itu seperti mana dipetik kenyataan dari Johor Bharu hari ini menyatakan kesediaanya untuk disiasat dan redha dengan keputusannnya nanti.
Kenyataan beliau menjelaskan sikap berani beliau! Walaupun beliau cuba menunjukkan keberanian namun ada nada ugutan terselit dicelah-celahnya bila mana beliau menyebut, "akan banyak hal-hal yang tidak disebut sebelum ini akan dibongkarkan ini termasuklah hakim-hakim yang melobi kepada saya." Apakah maksud Mahathir berkata demikian?... selanjutnya.
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Ijtimak PAS Selangor Isnin ini bakal panas!
siasah - [...] Konvensyen itu akan dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang manakala Datuk Husam Musa, Naib Presiden dan Mohamed Hanipa Maidin, peguam yang juga AJK PAS Pusat bakal membentangkan kertas kerja masing-masing.
Konvensyen yang akan diadakan di Komplek Belia Selangor itu akan disertai kira-kira 1,500 pemimpin pelbagai peringkat PAS Selangor.
Pesuruhjaya PAS Selangor , Datuk Dr Hassan Mohamad Ali ketika ditemui sebelum ini teringin benar mengetahu apakah maklum balas rakyat Selangor terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor khasnya menjelang 100 hari pentadbirannya 18 Jun nanti.
Dalam poll yang dibuat Siasah mulai 13 Mei lalu, 92 peratus respondan menyokong kerajaan Pakatan Rakyat itu iaitu 53 peratus berkata prestasinya sangat baik, 39 peratus baik dan hanya enam peratus yang berkata buruk dan sangat buruk.
Berdasarkan poll itu, kelihatan prestasi kerajan Pakatan yang disertai PAS itu memuaskan sehingga kini.... selanjutnya.
Labels: PAS
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments



